Thursday 27 September 2012

Pelancaran KADS1M dan HOPE Day


Oleh : Khairul bariah Bt Mohamad 
 emel:bariahmohamad@gmail.com

SINTOK: Majlis penyerahan Kad Diskaun  Siswa 1Malaysia(KADS1M) dan Perasmian Hari Organisasi Pelajar (HOPE DAY) berjaya menarik perhatian seluruh warga Universiti Utara Malaysia (UUM). Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, YB Dato’ Mukhriz Mahathir. 

      Penyerahan KADS1M dilancarkan di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/S) memberikan pelbagai kemudahan kepada seluruh Mahasiswa di Negara. Melalui KADS1M ini pelajar dapat membeli keperluan pembelajaran dengan harga yang istimewa.

     Pada hari yang sama juga berlakunya perasmian HOPE DAY yang memperlihatkan pelbagai pameran dan aktiviti yang dilakukan oleh badan Organisasi Pelajar. HOPE DAY dilaksanakan untuk menarik penyertaan lebih ramai pelajar terutamanya pelajar baru semesta pertama.
      Majlis tersebut dilaksanakan secara serentak bertujuan untuk menarik perhatian pelajar terhadap yang aktif dalam bidang organisasi untuk menonjolkan bakat dan kelebihan dalam penyertaan mereka di universiti. pada masa yang sama juga, YB Dato’ Mukhriz Mahathir tertarik untuk melihat secara lebih dekat pelbagai aktiviti dan program yang telah dilaksanan oleh mahasiswa UUM

     Ia jelas menunjukkan keberkesanan bahan organisasi yang ditubuhkan. Majlis ini berakhir sebelah petang sesi majlis penyerahan KADS1M kepada wakil pelajar dan penyerahan cenderahati kepada seluruh badan organisasi pelajar uum. 
      Sebanyak 31,000 pelajar ijazah pertama dari UUM akan menerima KADS1M itu. Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, pihaknya berharap agar peljara dapat menggunakan kad tersebut dengan sebaik-baiknya.  Dan pelajar menggunakan kad tersebut dengan bermanfaat. 

     Tambah mukhriz sebanyak 231 syarikat berkaitan pendidikan yang mempunyai cawangan diseluruh Negara menyertainya. 
  “pemberian KADS1Mini bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa, tetapi turut menjana pulangan perniagaan kepada syrikat-syarikat yang menyertainya.