Sunday 28 October 2012

KERAJAAN TERUS MENGUTAMAKAN MODAL INSAN NEGARA

OLEH :MOHD KHUZAIMI BIN JUHARI

          Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat  Sebuah Janji Ditepati" telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di  Dewan Rakyat pada 28 September 2012. Ucapan bajet yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit itu terus mengutamakan rakyat kerana terus mendekati setiap lapisan masyarakat dan ini bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke lima itu iaitu “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Lima fokus yang bajet 2013 ini ialah Lima fokus itu ialah Merangsang Aktiviti Pelaburan, Memperkasa Pendidikan dan Latihan, Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti, Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Rakyat.  Kanak-kanak berlainan keupayaan (OKU), petani, nelayan, pesara kerajaan, bekas tentera tanpa pencen, pengusaha bas sekolah, pelajar dan pengguna feri di Sarawak, Labuan dan Sabah adalah antara kumpulan yang mendapat perhatian kerajaaan.
Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2012. Hasil kerajaan persekutuan bagi tahun depan dianggarkan RM208.6 bilion dan kerajaan akan terus mengurangkan defisit kepada empat peratus. 


          Bajet yang dibentangkan  memberi peruntukan besar kepada sektor pendidikan iaitu sejumlah RM38.7 bilion atau 21 peratus daripada keseluruhan belanjawan. Bajet ini adalah kerana kerajaan komited dalam memastikan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara maju lain. Selain itu ia menampakkan kerajaan komited dalam memastikan rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti dan sewajarnya. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang merupakan menteri kewangan ke 2  menjelaskan bajet pendidikan kali ini adalah usaha  memangkin pelaksanaan program transformasi pendidikan ke arah yang lebih maju disamping itu ia merupakan sektor memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkat ekonomi negara. Beliau menjelaskan lagi bahawa perubahan dari segi ekonomi memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berbeza pada masa sekarang dan akan datang.

           Antara bajet pendidikan yang mendapat tumpuan para  peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) adalah pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus(sehingga 30/9/2013) dengan pemberian diskaun ini dapatlah para pemimjam mengurangkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung. Cara ini juga  dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan memastikan lebih ramai peminjam PTPTN melunaskan hutang mereka kerana potongan yang diberikan adalah lumayan dan sesiapa yang ingin melunaskan pinjaman mereka secara sekaligus ini adalah peluang baik buat mereka. Menurut Halijah Abu Bakar,25 yang merupakan Pembantu Pengurus Telekom Malaysia  sebenarnya “para peminjam lebih terbeban kepada kos pentadbiran satu peratus akibatnya  walaupun hutang telah dibayar secara ansuran tetapi jumlah pinjaman tidak berkurangan”. Di dalam bajet tersebut juga dijelaskan bahawa para peminjam PTPTN akan menikmati diskaun 10 % setahun bagi bayaran secara konsisten dan ini adalah peluang kepada golongan yang kurang mampu membayar secara sekaligus secara ansuran dan lebih teratur disamping menikmati kadar diskaun 10 %. Seorang perkerja swasta, Mohd Adni Wahab menyambut baik cadangan berkenaan dan ujarnya lagi “sukar baginya melunaskan bayaran secara sekaligus tetapi beliau memuji usaha kerajaan menyediakan inisiatif bagi mengurangkan hutang peminjam.” Bagi Datuk Ismail Mohamad Said, pengerusi PTPTN pula menjangkakan peningkatan sehingga 70 peratus bayaran balik daripada RM 3.5 bilion kini dengan jumlah keseluruhan pinjaman berjumlah RM 7.083 bilion.

Selain itu, kerajaan melalui bajet pendidikan juga menyediakan baucer buku 1 Malaysia kepada mahasiswa dan pelajar tingkatan 6  bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Nilai baucer juga telah ditambah dari RM 200 ke RM 250. Usaha ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan bebanan hidup mahasiswa yang semakin bertambah. Penambahan nilai baucer adalah sesuatu yang patut ini adalah kerana buku ilmiah dan rujukan harganya lebih mahal dan dengan kenaikan nilai baucer ini dapatlah mahasiswa membeli lebih banyak buku rujukan.  Menurut Seorang mahasiswi Universiti  Sains Malaysia(USM), Nur Amira Shahirah,  menyifatkan “kos di IPT semakin meningkat setiap tahun dan pemberian ini membolehkan pelajar nenampung kos pembelajaran dan ujarnya lagi walaupun hanya RM250 impaknya adalah sangat besar”.

Bajet pendidikan juga memperuntukkan bantuan persekolahan RM 100 kepada pelajar sekolah dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Peruntukan ini amat bersuaian bagi mengurangkan kos perbelanjaan pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar. Walaupun jumlahnya kecil namun ia amat bermakna bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah membeli keperluan asas sekolah anak – anak mereka. Dengan RM100 juga yuran persekolah disifatkan sebagai percuma kerana pelajar boleh menjelaskan bayaran yuran mengunakan wang bantuan berkenaan. “Terima kasih” itulah ungkapan yang diberikan oleh Rasyid bin Salleh yang menyifatkan pemberian bantuan berkenaan sebagai langkah prihatin kerajaan dalam mengurangkan  beban hidup rakyat berpendapatan rendah.

     Kerajaan juga memperuntukkan tabung penyelenggaraan sekolah sebanyak RM 1 bilion. Penyelenggaraan ini meliputi sekolah jenis Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJK C), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJK C), Sekolah Agama,Sekolah Mubaligh, Maktab Rendah Sains Mara(MRSM), dan Sekolah Beasrama Penuh(SBP). Peruntukan ini dilihat penting kerana ini membolehkan guru menyampaikan pendidikan dengan lebih berkesan. Bajet ini meliputi aspek penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Bagi memastikan infrastruktur sekolah dapat disempurnakan terutama sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman maka kerajaan telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion lagi. Ini bermakna bagi tujuan meningkatkan keupayaan infrastruktur sekolah sebanyak RM2 bilion telah disediakan. Di samping itu Tabung Khas pula diwujudkan iaitu peruntukan sebanyak RM400 juta daripada RM2 bilion itu akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan dan RM100 juta lagi diperuntukkan kepada setiap aliran sekolah lain iaitu SRJK(C), SRJK(T), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah berasrama penuh.

    Bajet 2013 memberi tumpuan bagi menjayakan transformasi pendidikan. Aspek pertama ialah meningkatkan kualiti pengajaran guru. Bagi tujuan tersebut kerajaan menyediakan  peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk membolehkan guru melaksanakan pengajaran melalui pendekatan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran subjek-subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Bagi seorang guru, Aidil Khidir Abd Habib  pula berpendapat “kursus peningkatan profesionalisme guru atau teknik pengajaran perlu diperbanyakkan seiring kemajuan teknologi terutamanya bidang sains”