Showing posts with label BERITA KAMPUS. Show all posts
Showing posts with label BERITA KAMPUS. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

DPP SME BANK berwajah baru

Oleh: Mohd Nazrin Shah Bin Musirin
Emel: ibongjij@yahoo.com


DPP SME BANK, 21 September 2012: Dewan Penginapan Pelajar ( DPP) SME BANK telah mengadakan satu perhimpunan bersama pengetua dan JKPS ( ROADSHOW ). Road show ini diadakan betujuan untuk memperkenalkan barisan pemimpin JKPS yang baru kepada penghuni DPP SME BANK samaada yang baru atau yang lama. Majlis itu berlangsung pada pukul 9 malam sehingga pukul 11 malam betempat di gelanggang futsal Block C DPP SME BANK.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak DPP bagi semester ini kepada pelajar-pelajar yang menghuni di kolej kediaman DPP SME BANK. Sementara itu para penghuni juga dapat melihat persembahan manifesto daripada setiap ahli JKPS.
Pengetua DPP SME BANK En. Zairil berkata, mana-mana penghuni DPPSME BANK yang tidak mempunyai mata SIRA sekurang-kurangnya lapan mata akan diapungkan daripada DPP ini. Tindakan ini menggalakkan para penghuni untuk bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak DPP SME BANK. Pelbagai kemudahan juga akan disekat jika penghuni DPP ini mempunyai mata SIRA kurang daripada lapan mata.Walaubagaimanapun, beliau berharap DPP SME BANK pada semester ini lebih bersaing dalam bilangan aktiviti yang diadakan.



GCB memperkasakan siswazah UUM

Oleh: Mohd Ridzuan bin Mohamad Jalil
Emle: wan_ganu@yahoo.com


Sintok- Pusat kaunseling Universiti Utara Malaysia(UUM) dalam usaha untuk memperkasakan siswazah keluaran UUM telah menjalankan satu program yang memberi kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi kepada pelajar.
            Program tersebut  yang dikenali sebagai GCB (Graduate Character Building) merupakan satu program yang dijalankan secara berperingkat sebanyak enam modul. Program ini telah disertai pelajar kemasukan tahun 2011 dan penutupannya pada 20 september 2012 bertempat di Dewan Muadzam Shah.
                        Program merupakan satu program wajib oleh pusat kaunseling UUM dengan pelbagai pengisian dalam setiap modul. Antara pengisian yang terdapat dalam enam modul tersebut ialah pengurusan emosi, perkembangan hubungan interpersonal yang mantap, serta mengukuhkan identiti diri.

Majlis penutupan GCB telah disempurnakan oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM Prof. Madya Dr. Amy Azhar bin Hj. Hariff. Dalam ucapannya beliau menjelaskan bahawa program ini membantu pelajar UUM untuk berinteraksi secara cermelang dalam industri kerjaya.

            Menurut seorang pelajar yang telah mengikuti keseluruhan modul ini, Norazleena Bt. Ramli (21), beliau telah merasakan perubahan positif dalam diri beliau setalah mengikuti program ini semenjak semester pertama . Menurut beliau lagi,program seperti ini dapat menyumbang kebolehpasaran pelajar UUM dalam industri pekerjaan. Beliau juga berharap program ini dapat dikembangkan mengikut keperluan semasa dan kemahuan pihak industry pekerjaan


          para peserta khusuk mendengar taklimat GCB

Monday, 1 October 2012

Critical Night

Oleh: Afeef Afzaal bin nuri
emel: nuri.afeef@yahoo.com


SINTOK :  Dewan Penginapan Pelajar  Telekom Malaysia (DPP TM) telah menganjurkan  satu  program langkah-langkah pertolongan cemas yang melibatkan seramai 200 orang pelajar  semester 1, St John Ambulance dari cawangan perlis telah sudi datang untuk memberi  sedikit  tunjuk ajar berkaitan dengan pertolongan cemas.
            Penceramah  daripada St John Ambulance iaitu Encik Mohamad Bin Abdullah telah memberi ceramah berbentuk teori  berserta dengan teknik untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar  agar dapat melakukannya dengan baik sekiranya berlaku kejadian malang.
            Dalam program tersebut beberapa teknik pertolongan cemas telah diajar antaranya Pernafasan Resutasi Kardiopulmonar dan cara merawat kaki atau tangan,CPR ialah satu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan ketika kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut,penyelamat boleh melakukan CPR sekiranya bantuan daripada pihak Hospital lambat tiba.
            “ Menurut  Mohamad lagi pertolongan yang diberikan mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang sekiranya bantuan yang diminta lambat sampai”.
             Josaphine A/P Sawarnathan berkata pengajuran program kali -2 ini telah menimbulkan kesedaran dalam diri masing-masing.
            “Menurutnya lagi penglibatan pelajar amat menggalakan kerana ada diantara mereka sememangnya sudah terdedah dengan teknik pertolongan cemas di peringkat sekolah


"social work nature care" bangkit kesedara komuniti Pulau Perhentian


Oleh : Noor Sahkira bt Kamaruddin
Emel : kieravanilla@yahoo.com

SINTOK :  Persatuan Kerja Sosial dan Pejabat Dekan Pembangunan Pelajar , Kolej Sastera dan Sains (CAS) , Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Social Work Nature Care untuk menjalankan program pembangunan sosial berbentuk khidmat sosial kepada komuniti di sekitar Pulau Perhentian , Terengganu baru-baru ini.
   Program ini dijalankan selama empat hari bermula dari 13 September sehingga 16 September 2012 yang disertai oleh 35 orang pelajar-pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dan 10 orang pegawai pengiring yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Dekan Pembangunan Pelajar CAS.
   Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk di sekitar Pulau Perhentian bahawa pentingnya memulihara dan memelihara pulau yang dikategorikan antara pulau tercantik di negara ini. Mahasiswa juga bertindak sebagai agen perubahan dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk setempat ke arah pembangunan sosioekonomi komuniti di Pulau Perhentian 
  “Pulau Perhentian seperti aset negara yang perlu dijaga rapi kerana pulau secantik ini telah memberi pendapatan kepada negara kerana ramai pelancong yang datang bercuti di sini saban tahun” kata Pengarah Projek Social Work Nature Care , Nurul Huda Ghazali ketika diminta mengulas pendapat tentang projek berkenaan.
Program berbentuk pembangunan sosial seperti ini turut mendapat sokongan penuh dari pihak kementerian apabila Jabatan Pertanian daerah Besut bersetuju memberi 100 batang pokok secara percuma kepada Persatuan Kerja Sosial UUM bagi memenuhi tentatif program mereka pada hari kedua iaitu Kempen Menanam 100 Pokok di sekitar Pulau Perhentian.



Mahasiswa dan penduduk Kampung Pulau Perhentian bertungkus-lumus menanam pokok di sekitar Pulau Perhentian.


Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012

Oleh Nurul Nadia Binti Rosli
emel: duta_lara@yahoo.com



Sintok: Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini telah mengadakan Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012 yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah.
      Penampilan istimewa penghibur ternama tanah air, Anuar Zain, memeriahkan lagi konsert ini. Anuar berjaya memukau hampir 5,000 penonton apabila menghiburkan mereka dengan enam lagu popularnya, iaitu Sedetik Lebih, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, dan Cinta Harus Memiliki.
     Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012 ini diadakan sebagai kelangsungan kepada siri persembahan Konsert Diraja yang pernah diadakan sebelum ini bersempena Hari Pengasasan Universiti kali ke-28, 16 Februari lalu. Konsert yang berlangsung hampir dua jam itu diadakan sebagai ucapan terima kasih dan tahniah kepada Tuanku Canselor UUM, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, turut mencemar duli hadir pada majlis tersebut.
     Program anjuran UUM dengan kerjasama Istana Budaya itu turut diserikan oleh persembahan penyanyi Istana Budaya, Norehan Saif; Artis Pusat Budaya UUM, Jack Zull; dan pelajar UUM, Sukena Arif, Shafiq Adri Fitri serta Norshahida Shamsudin. Melalui penyertaan artis Pusat Budaya dan pelajar-pelajar UUM ini diharapkan dapat memperkenalkan mereka kepada khalayak serta dapat meningkatkan mutu dan dan bakat yang mereka miliki sehingga mampu berganding dengan artis-artis ternama tanah air pada hari ini.