Showing posts with label RENCANA BAJET. Show all posts
Showing posts with label RENCANA BAJET. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

Wanita tulang belakang arus pembangunan negara

Oleh   Noor Shahkira Bt Kamaruddin



Di sebalik pelbagai kejayaan negara yang diraih, sebahagian daripada kejayaan tersebut adalah hasil usaha golongan yang dulunya sentiasa dipandang rendah dan dipinggirkan. Namun, pada hari ini kebangkitan golongan wanita semakin terserlah melalui penglibatan golongan tersebut dalam menceburi pelbagai bidang. Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menampakkan keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap wanita apabila beliau sendiri telah menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku gabenor Bank Negara Malaysia, telah disenaraikan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik Dunia. Beliau antara enam ketua bank pusat yang mencapai mata ‘A’ dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang diterbitkan oleh majalah itu. Ratu terjun negara, Pandelela Rinong pula telah berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London Ogos lalu. Kejayaannya itu melayakkan Pandelela dipilih menjadi Ikon Wanita Muda Cemerlang oleh KPWKM. Manakala, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar menerima Global Empowerment Award 2012, Mei lalu kerana pembabitannya dalam Kesatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia, selain gigih membantu pasangan yang tidak mempunyai anak menerusi Yayasan Fertili Tunku Azizah (TAFF).
Berikut adalah antara pencapaian wanita Malaysia di peringkat dunia pada tahun 2012 yang memperlihatkan kaum hawa pada era ini bukanlah hanya tahu duduk di rumah dan goyang kaki sahaja malah mereka telah berusaha gigih agar kejayaan mereka diiktiraf di peringkat global. Bagi menghargai prestasi cemerlang mereka, kerajaan tidak pernah lupa untuk memberi ganjaran melalui bajet tahunan negara kepada golongan wanita. Tidak terkecuali dalam Bajet 2013 pada 28 September 2012 yang lalu, tanpa memilih faktor gender, kebolehan dan kepakaran wanita dilihat perlu diberi perhatian serius seiring dengan peranan kaum adam dalam pembangunan negara.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, “selama ini isu yang menyentuh golongan wanita seolah-olah dipinggirkan, suara mereka tidak didengari sedangkan mereka adalah alat yang amat penting untuk membangunankan negara dari segenap aspek”. Justeru, kerajaan memberi peruntukan keseluruhan sebanyak RM 50 juta kepada golongan wanita pada Bajet 2013 kali ini agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing sekali gus memberi peluang kepada golongan tersebut melebarkan sayap dalam bidang yang diminati.
 Antara insentif yang diperoleh golongan wanita dalam Bajet 2013 ini ialah Program Pengarah Wanita bagi melatih 500 wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat. Usaha ini dilaksanakan atas dasar peningkatan keterlibatan kaum wanita dalam menyandang pelbagai jawatan tinggi sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta. Golongan ibu tunggal juga akan diberi rangsangan melalui program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) dengan memberi khidmat nasihat dan latihan kepada mereka dalam bidang keusahawanan. Perdana Menteri turut memberitahu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengagihkan peruntukan berjumlah RM 50 juta dalam bentuk geran RM 1,000 kepada 50 usahawan kecil terutamanya wanita untuk meningkatkan jualan secara atas talian melalui Program Get Malaysian Business Online (GMBO). Program ini dilihat dapat melahirkan usahawan-usahawan wanita bekerja secara kreatif dan inovatif bagi membantu menambah pendapatan keluarga.
Dalam pembentangan Bajet 2013 yang diadakan di Dewan Rakyat, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 25 juta untuk pemeriksaan mamogram secara percuma kepada wanita berusia 40 tahun dan ke atas. Usaha ini dijangka dapat memberi faedah kepada kira-kira 100,000 wanita. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur, berkata subsidi ini membantu menggalakkan wanita membuat pemeriksaan kesihatan, khususnya golongan berpendapatan rendah dan berada di kawasan luar bandar. Pada masa yang sama, program ini mampu mengurangkan kos ekonomi dan psikologi yang bakal ditanggung oleh wanita sekiranya mereka dikesan positif menghidap barah payudara melalui pengesahan awal.

“Memang benar, wanita bukan sahaja penting dalam pembentukan keluarga bahagia malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” mengimbas kembali kata-kata Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet untuk Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Wanita sememangnya tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, namun kaum hawa pada hari ini sangat komited dalam membina kerjaya masing-masing. Oleh sebab itu, tidak hairanlah terdapat beberapa tokoh wanita memegang jawatan penting seperti naib canselor universiti awam, gabenor bank pusat dan ketua setiausaha atau ketua pengarah di jabatan dan kementerian.

Bantuan persekolahan RM100 Bajet 2013


Oleh  Mohd Nazrin Shah Musirin

Kerajaan meneruskan Bantuan rm 100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam bajet 2013. Ini  adalah salah satu langkah untuk membantu rakyat Malaysia dalam mengurangkan beban kehidupan untuk menyara anak-anak yang bersekolah di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Sebanyak RM540 juta telah diperuntukkkan untuk bantuan persekolahan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2013. Kerajaan amat mengambil berat terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia dan ingin memberi sumbangan sekali lagi ekoran bajet 2012  berdasarkan usaha rakyat selama ini yang membangunkan Negara Malaysia.

Pengagihan bantuan persekolahan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata  sebanyak RM540 juta itu akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional dan Bank akan menyerahkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan bertanggungjawab untuk memastikan setiap pelajar haruslah mempunyai sebuah akaun daripada Bank Simpanan Nasional. Bagi sekolah yang belum mempunyai akaun sementara bersetuju akan membuat satu akaun sementara sebelum diagihkan kepada pelajar januari 2013 depan.
Kelayakan bantuan persekolahan Rm100
Sebanyak 5.4 juta pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dari seluruh Negara akan layak mendapatkan bantuan persekolahan RM100. Keseluruhan pelajar yang bersekolah di di sektor kerajaan akan diberi terus dan juga pelajar sekolah di sekolah-sekolah swasta juga akan dapat menikmati bantuan ini.

Kebajikan pelajar
Bantuan persekolahan RM100 yang disalurkan oleh kerajaan dalam bajet 2013 ini banyak membantu kepada ibu-bapa untuk mengurangkan beban perbelanjaan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebaik sahaja sekolah dibuka pada tahun hadapan. Kepada ibu-bapa yang mempunyai ramai anak juga akan dapat mengurangkan beban perbelanjaan ekoran dengan pemberian RM100 kepada setiap seorang pelajar. Objektif bajet 2013 yang dikeluarkan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anaknya untuk ke sekolah pada bulan Disember 2012 sebelum sekolah dibuka.

Friday, 23 November 2012

SINAR BARU PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2013


SINAR BARU PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2013
OLEH: NIK MOHD HARIS BIN NIK SETAPA

            Perbentangan Belanjawan 2013 oleh yang amat berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di dalam dewan rakyat pada 28 september lalu telah memberikan sinar baru kepada semua penjawat awam di negara ini. Dengan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat Sebuah Janji Ditepati", belanjawan kali ini membawa pelbagai perubahan baru terhadap negara dan rakyat terutamanya sesuai dengan slogan kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Perbentangan yang berlangsung selama 2 jam 15 minit itu telah disaksikan oleh seluruh ahli parlimen dan disiarkan secara langsung melalui beberapa stesyen televisyen dan radio tempatan.
Motivasi
Dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, pelbagai ganjaran diperuntukkan kepada penjawat awam. Ini adalah merupakan satu bentuk motivasi yang diberikan oleh kerajaan pimpinan yang amat berhormat perdana menteri agar semua penjawat awam terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan berdaya saing setanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta.
Beruntung
 Menurut salah seorang juruaudit syarikat swasta, Syazana Mohd Kamal, kakitangan kerajaan beruntung kerana  mendapat lebih banyak manfaat melalui belanjawan tersebut jika dibandingkan dengan pekeja swasta sepertinya. Menurutnya lagi, perhatian yang diberikan oleh kerjaan mengenai penjagaan kesihatan kakitangan swasta sudah cukup berharga bagi pekerja swasta sepertinya. Pemberian bonus sebulan gaji untuk penjawat awam serta lima ratus ringgit kepada pesara telah menunjukkan bertapa kerajaan menghargai kakitangan awam yang terus memberikan khidmat mereka kepada negara.
Meningkat
            Selain itu, melalui bajet ini juga, kerajaan telah meningkatkan kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan. Jika sebelum ini, pesara kerajaan hanya menikmati kadar pencen minimum sebanyak tujuh ratus dua puluh ringgit sebulan, namun melalui bajet ini mereka akan menikmati pencen bulanan sebanyak lapan ratus dua puluh ringgit iaitu kenaikan kadar pencen sebanyak seratus ringgit. Jumlah tesebut adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan pesara kerajaan terus terjamin dan tidak terbeban dengan peningkatan harga barangan keperluan semasa.
Warga emas
            Ganjaran yang diberikan juga tidak mengenepikan hak pesara kerajaan yang berstatus warga emas. Dengan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport daripada tiga ratus ringgit kepada seratus lima puluh ringgit bagi tempoh sah laku lima tahun kepada warga emas telah memberikan satu lagi sebab untuk terukirnya senyuman pada wajah pesara kerajaan. Dengan caj yang jauh lebih murah, mereka mampu mengurangkan kos untuk melancong ke luar negara setelah memberikan sepenuh jiwa kepada negara semasa perkhidmatan mereka.
            Dengan perbentangan belanjawan 2013 tersebut, maka diharapkan segala inisiatif yang diberikan oleh kerajaan dari segala aspek mampu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seluruh warga negara Malaysia. Belanjawan yang lebih memfokuskan kepada memberi manfaat kepada rakyat seperti ini harus disokong dari akar umbi oleh segenap lapisan masyarakat yang tinggal di negara ini agar masyarakat dapat membangun menjadi sebuah bangsa yang maju dan disegani.

Tuesday, 6 November 2012

DURIAN RUNTUH KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Oleh Muhd Muslim Bin Mat Daud



Pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini bukan sahaja menggembirakan rakyat dan kakitangan awam, malah turut disambut baik oleh kementerian-kementerian kerajaan. Menurut menteri pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, peruntukan besar kepada ATM merupakan hadiah paling berharga dan sememangnya dinanti-nantikan golongan tersebut.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera professional Negara Malaysia. ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM
Dalam usaha kerajaan untuk menghargai jasa anggota tentera, kerajaan telah memberi insentif khas RM200 sebulan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM301 juta yang memberi manfaat kepada seramai 125,708 pegawai dan anggota ATM. Dengan pemberian insentif khas ini ia akan lebih meningkatkan motivasi tentera untuk mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan daripada pihak musuh yang cuba untuk menceroboh pertahanan negara.
Keprihatinan kerajaan terhadap angota tentera khususnya  kepada angota berpangkat rendah terserlah apabila kerajaan  telah memperkenalkan sistem atau kaedah kenaikan pangkat secara time-based iaitu peluang kenaikan pangkat anggota ATM yang merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan kemajuan kerjaya serta motivasi anggota ATM.  Dengan penggunaan sistem time-based ini, ia telah meningkatkan peluang kerjaya yang lebih dinamik bagi angota berpangkat rendah disamping dapat menyuntik semangat kepada angota tentera untuk terus memberi khidmat dalam pasukan.
Selain itu,sebagai penghargaan kepada jasa anggota tentera kerajaan telah menyelaraskan elaun khidmat bertugas bagi Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara daripada RM4 sejam bagi angota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai ,daripada RM5.80 sejam Kepada RM7.80 sejam melibatkan 65,000 anggota simpanan tentera. Langkah ini adalah sebagai satu tanda sokongan dan penghargaan pihak kerajaan kepada angota tentera.
pemberian sumbangan sebanyak RM1000 secara one-off kepada bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun serta tidak berpencen oleh Kerajaan sebagai simbol pengiktirafan jasa mereka dalam mempertahankan negara. peruntukan sebanyak RM24 juta yang melibatkan 224,000 bekas tentera ini akan dikongsi bersama oleh Kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Selain itu juga,Skim Perlindungan Insurans Berkelompok yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat dengan peruntukan RM12 juta memberi had perlindungan maksimum sehingga RM15000.  Pelbagai insentif yang diberikan kepada pegawai, anggota serta pesara tentera dalam bajet 2013 adalah sebagai penghargaan kerajaan terhadap jasa dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
di samping itu juga,bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM591 juta Ringgit untuk meningkatkan kecekapan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Buat pertama kali sejak 1969, pendekatan Belanjawan 2013 menyebut secara khusus mengenai penambahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Penambahan anggota PDRM ini amat penting memandangkan jumlah anggota tersebut yang kurang berbanding rakyat dengan nisbah satu anggota kepada 257 penduduk. Selain itu, skim penambahbaikan dalam laluan kerjaya PDRM menerusi pengumuman Bajet 2013 juga membolehkan pihak PDRM menarik minat orang ramai menyertai badan beruniform tersebut.
Sejajar dengan matlamat Kementerian Pertahanan untuk membabitkan semua pihak membanteras kelakuan jenayah, kerajaan telah memperkenalkan langkah mengurangkan kadar jenayah sebagai salah satu inisiatif dibawah NKRA.  Peruntukan sebanyak RM591 juta Ringgit tersebut disediakan bagi tahun 2013 untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
Pertama: Menambah bilangan perjawatan baru Polis DiRaja Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas rondaan dan pencegahan jenayah serta menaik taraf infrastruktur dan menyediakan perlatan moden;
Kedua: Menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal untuk memantau kawasan perumahan.  Untuk ini, kerajaan akan menyediakan 1,000 buah motosikal dengan peruntukan sebanyak RM20 juta;
Ketiga: Menambah bilangan ahli Pasukan Sukarelawan Polis seramai 10,000 orang dengan peruntukan RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah; dan
Keempat: Menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Selain langkah-langkah tersebut, kerajaan juga mengambil inisiatif dalam mewujudkan kejiranan yang selamat dan harmoni dengan penglibatan swasta dan komuniti setempat secara menyeluruh bersama Kerajaan adalah penting bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat.  Sehubungan itu, kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti menyokong peranan persatuan penduduk bagi tujuan menggalakan aktiviti rondaan dikawasan kejiranan.  Untuk ini, kerajaan bercadang memberi geran berjumlah RM10,000 kepada 4,025 persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan kos sebanyak RM40 juta.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, komitmen tinggi kerajaan menyediakan pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan PDRM bukan saja mencatat sejarah, tetapi memperkasakan pasukan keselamatan itu. Penambahan peruntukan sebanyak RM68.8 paratus di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), membuktikan kerajaan serius dan komited untuk menurunkan kadar jenayah di negara ini.  Usaha yang bakal dilaksanakan oleh pihak polis itu akan lebih berhasil jika mendapat kerjasama daripada masyarakat khususnya merealisasikan matlamat mewujudkan komuniti selamat.
Tuntasnya disini, memang selayak dan sewajarnya anggota pertahanan diberi insentif dan keistimewaan  berdasarkan tanggungjawab yang dipikul serta beban yang digalas, namun perlu ditekankan juga isu ketelusan dalam belanjawan pertahanan sangat perlu diberi perhatian dan pertahanan serius.  rasuah dalam pertahanan akan melesapkan dan membazir sumber wang dan tenaga manusia yang sangat besar, ia sekaligus menyebabkan keberkesanan operasi terjejas.  Dalam masa yang sama keyakinan awam tergugat terhadap kecekapan tentera dan seluruh khidmat keselamatan yang sepatutnya dijamin untuk rakyat.

INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR : BAJET 2013 LUAR NABDAR DULU DAN KINI

Oleh Afeef Afzal Nuri
       nuri.afeef@yahoo.com



Satu lagi berita gembira bakal dinikmati oleh warga Malaysia khususnya di kawasan luar bandar kerana Kawasan luar bandar akan terus dibangunkan. Ini dapat mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar. 4.5 bilion ringgit akan disediakan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada tahun 2013.
Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di parlimen yang lalu. Hal ini, akan menyaksikan penerusan dasar afirmatif untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion yang mana sedikit sahaja untuk rakyat di luar bandar berbanding penduduk di bandar. Oleh yang demikian, pada tahun 2013 sebanyak RM 4.5 bilion akan diberlanjakan untuk masyarakat di luar bandar. Bagi memastikan tiada jurang terlalu besar.
Bajet 2013 adalah seiring dengan prinsip “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang mana kira aspirasi rakyat khususnya di luar bandar untuk kehidupan yang lebih baik. Di samping bersadarkan kepada asas ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Masyarakat luar bandar merupakan komponen penting dalam demografi negara. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan, nelayan, perusahan kecil dan sederhana serta pelbagi pekerjaan rencam (kerja kampung)  untuk menyara keluarga. Justeru,usaha membina kesejahteraan hidup  penduduk kawasan luar bandar menjadi perhatian kerajaan sejak dulu lagi.
Walaupun pelbagai kemajuan telah dinikmati oleh penduduk luar bandar,  namun tidak dinafikan  bahawa masih terdapat  mereka yang hidup susah kerana memperolehi pendapatan yang rendah. Oleh itu, kerajaan  menekankan programm transformasi luar bandar (RTP). RTP akan terus mempertingkatkan pembangunan infrastruktur  dan pembangunan ekonomi luar bandar.
Senarai projek
 Antara projek yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam bajet 2013 adalah Pertama Sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan 441 kilometer projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa yang memanfaatkan 220 ribu penduduk.
Kedua Sebanyak 1.6 bilion ringgit diperuntukkan untuk projek infrastruktur utiliti luar bandar bagi projek bekalan air kepada 24 ribu buah rumah dan projek penyambungan bekalan elektrik kepada 19 ribu buah rumah.
Ketiga Sebanyak 137 juta ringgit diperuntukkan bagi membiayai Program Desa Lestari melibatkan 29 buah kampung di seluruh negara dan memanfaatkan 38 ribu penduduk. Program utama termasuk menaik taraf kilang pemprosesan hasil laut dan makanan, pembinaan jeti baru, pembinaan pusat pemasaran serta menambah baik pakej dan aktiviti homestay serta rekreasi.
Keempat Sebanyak 88 juta ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi dan projek bekalan air bagi masyarakat Orang Asli.
Kelima Sebanyak 100 juta ringgit bagi membekal 40 ribu tangki air menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
            Dari pembangunan ekonomi, telah memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menjaga kebajikan masyarakat di luar bandar. Sebagai contoh, sebanyak RM1.6 bilion telah diperuntukan untuk projek infrastruktur utiliti luar bandar. Seperti projek bekalan air kepada 24 ribu buah rumah dan projek penyambungan bekalan elektrik kepada 19 ribu buah rumah menjelang tahun 2013.
            Jurang pembangunan atau ekonomi antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan. Berbanding dahulu jurang pembangunan ekonomi amat rendah sehingga kebanyakkan masyarakat boleh dikatakan “ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Oleh yang demikian, bajet 2013 merupakan nikmat yang akan dirasakan oleh masyarakat luar bandar.
Masyarakat Orang Asli juga tidak dipinggirkan di bawah RTP. Kebajikan Orang Asli akan dipertingkatkan melalui program pembangunan dan pemindahan pendudukan ke kawasan yang lebih sesuai dan selamat. Kerajaan akan menyalurkan RM90 juta untuk menyediakan kemudahan asas yang lebih baik termasuk program pemindahan orang asli ke kawasan ynag lebih selamat pada tahun 2012. Malah menyediakan perumahan serta membangun pendidikan masyarakat orang asli. 
Melalui bajet 2013, Sebanyak 88 juta ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi dan projek bekalan air bagi masyarakat Orang Asli. Ini merupakan hasrat Kerajaan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli agar tidak terpinggir. Justeru itu, masyarakat Orang Asli pada masa akan datang lebih berdaya saing dengan kaum lain di Negara ini.
Pastinya beberapa pengumuman yang diberikan Kerajaan Persekutuan  kepada rakyat melalui Bajet 2013 akan dapat meringankan bebanan hidup golongan berpendapatan rendah. Dengan ini objektif Kerajaan untuk mengurangkan jurang diantara bandar dan luar bandar akan tercapai. Jika pelaksanaan itu bergerak seiring kemajuan yang dinikmati oleh masyarakat bandar tanpa mempinggirkan mereka di luar bandar.


PERUBAHAN ISU PERUMAHAN

Oleh Siti Khalidah Mazlan
        sitikhalidah90@gmail.com




            Projek perumahan terbengkalai, golongan berpendapatan rendah, dan dilema golongan muda adalah satu rangkaian masalah  dalam pembangunan perumahan di Malaysia. Bajet 2013 menunjukkan pola perubahan dalam menangani isu pemilikan rumah. Bermula daripada pembentangan bajet 2008 kerajaan telah memperkenalkan pelbagai cara bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri. Pembangunan perumahan dilihat semakin meningkat selaras dengan intipati yang terdapat dalam bajet terdahulu.
             Persoalannya adakah bilangan tersebut dapat memenuhi kemampuan kewangan rakyat pada masa ini? Kongres Kesatuan Pekerja-Perkerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agar kerajaan menubuhkan jawatankuasa perumahan negara bagi menangani masalah ketidakmampuan rakyat untuk memiliki rumah. Majoriti rakyat memberikan tindak balas yang positif selepas berakhirnya pembentangan bajet 2013. Sepanjang tempoh pelancaran program-program perumahan terdapat perubahan daripada segi sasaran dan strategi. Tidak kurang juga dengan permintaan demi permintaan yang dilakukan pelbagai pihak yang menuntut pembaikpulihan program yang dilancarkan. CUEPACS umpamanya mengharapkan sistem permohonan perumahan kos rendah bagi memastikan pembeli, hanya mereka yang tidak memiliki rumah dan berpendapatan rendah.
            Program Rakyat Disewa (PPR), PPR Bersepadu, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Cukai Keuntungan Harta Tanah ( CKHT)  adalah salah satu bentuk program yang mampu mengatasi masalah pemilikan rumah. Bajet 2013 mencatatkan sebanyak 1.9 billion diperuntukkan untuk membina rumah bernilai RM 30 000 hingga RM 400 000 oleh PR1MA, SPNB dan Jabatan Perumahan Negara. Hari ini permintaan begitu tinggi dan mengatasi penawaran. Hasilnya pembentangan bajet pada kali ini kerajaan memberi jaminan akan membina lebih banyak rumah untuk golongan berpendapatan rendah. Ketua Ekskutif Mas Building Society Bhd (MBSB) Ahmad Zaini Othman berkata pendekatan yang diketengahkan Perdana Menteri dalam bajet dilihat menyeluruh dan turut merangsang sektor lain berkaitan seperti institusi kewangan dan penyeliaan pembelian.
            Program Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas, kerajaan menawarkan jaminan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit. Skim ini diwujudkan khas bagi golongan yang berpendapatan tiga ribu terutamanya golongan muda. Kebiasaanya sebaik sahaja tamat pengajian di universiti mereka perlu menyelesaikan pinjaman kewangan. Isu pembelian rumah mungkin perlu difikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.
             Realitinya dengan trend harga rumah yang semakin meningkat akan membataskan golongan ini untuk memiliki rumah sendiri. Hal ini tidak termasuk hasrat untuk memiliki kenderaan sendiri dan berumah tangga. Harga rumah yang meningkat dengan tidak munasabah terutama sekali di bandar sejak kebelakangan ini menjadi kekangan kepada mereka yang berminat untuk membeli rumah terutamanya golongan muda. Sebelum intipati bajet dibentangkan baru-baru ini, Idris Haron Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengharapkan kerajaan dapat menyelesaikan masalah pemilikan rumah mampu milik tanpa terikat dengan sistem birokrasi sehingga pemohon bosan dan akhirnya gagal mendapatkan pinjaman. Golongan muda harus diberi insentif seperti Skim Rumah Pertamaku katanya lagi.
            Sehingga kini banyak aduan berkaitan rumah terbengkalai berlaku. Perkara ini terjadi apabila pemaju gagal menyiapkan sesuatu projek pada masa yang ditetapkan. Definisi terbengkalai yang dimaksudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ialah sesuatu projek perumahan telah terhenti selama enam bulan atau lebih secara berterusan di luar tempoh Surat Perjanjian Jual Beli. Pembeli akan menanggung beban hutang yang berganda apabila terpaksa membayar hutang pinjaman dan rumah sewa pada masa yang sama. Perumahan terbengkalai juga mendatangkan risiko kesihatan. Manakala pelabur, pemaju tanah dan pembeli sendiri akan takut melabur dan membeli di negeri yang mempunyai banyak projek perumahan terbengkalai.
             Bajet kali ini sebanyak 100 juta ringgit telah disalurkan bagi membiayai kos rumah terbengkalai. 30 projek rumah terbengkalai telah dipilih bagi menyelesaikan kemelut ini. Insentif cukai kepada para kontraktor penyelamat juga diperkenalkan bagi menggalakkan penyertaan mereka dalam program ini. Sebelum ini, bajet terdahulu juga telah mewujudkan Program Pemulihan Rumah Terbengkalai. Tahun 2012 mencatatkan,63 juta diperuntukkan  bagi memulihkan 1270 unit rumah terbengkalai.
           
            Golongan berpendapatan rendah barangkali boleh menarik nafas lega apabila kerajaan  mengumumkan akan membina 123 000 unit rumah mampu milik di seluruh negara. Pengumuman ini sebenarnya telah membawa pelbagai kesan dalam kehidupan mereka. Kos hidup yang semakin meningkat tidak memungkinkan bagi mereka untuk  memiliki rumah sendiri. Apatah lagi bagi mereka yang sudah melepasi paras usia muda. Mempunyai  keluarga yang besar, menanggung persekolahan anak-anak dan beban kerja adalah satu pakej yang terpaksa ditanggung oleh kebanyakkan masyarakat pada hari ini. Kadangkala sehingga usia yang sepatutnya mereka berehat di rumah diganti dengan bekerja di pejabat kerana masih dibebani hutang.
             Perubahan paling ketara dalam pembentangan bajet kali ini adalah berkaitan dengan kenaikan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang dapat mengurangkan aktiviti spekulasi hartanah. Sebelum ini bajet perumahan hanya berkaitan bagaimana ingin memiliki rumah. CKHT adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah. Maka wujud pro dan kontra dalam isu ini. Walaupun rata-rata penganalisis bersetuju dengan kenaikan CKHT kerana didakwa tidak menjejaskan industri dan hanya akan memberi impak yang minima kepada spekulasi hartanah. Namun dikatakan CKHT juga sebenarnya kurang memberi kesan dalam mengatasi spekulasi hartanah kerana kenaikan hanya pada kadar 5 peratus berbanding kadar semasa.
             Pengawalan harga rumah yang efektif  diharap mampu mengubah situasi rakyat yang tidak mampu untuk memiliki rumah. Negara maju yang diangankan mungkin akan mengalami jalan yang sukar jika masalah dalaman tidak mampu diselesaikan dengan baik. Walaupun negara maju sering dikaitkan dengan pelbagai masalah namun kita boleh mengubah persepsi tersebut melalui perancangan yang teratur dan bersih. Segala masalah dapat diselesaikan jika perancangan tersebut tidak dicemari dengan konspirasi negatif.
            Perubahan demi perubahan isu perumahan dalam sejarah bajet negara membawa kebaikan kepada golongan sasaran. Secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka sebagai pengguna. Kebiasaanya walaupun mereka bekerja dengan gaji empat angka, namun masih tidak mampu membeli sebuah rumah. Menyewa rumah adalah inisiatif terbaik dan jalan yang paling mudah untuk mencari tempat berteduh selepas usaha untuk membeli rumah gagal. Selain itu apabila hasrat memiliki rumah tercapai, sebenarnya dapat mengurangkan kos hidup yang semakin meningkat. Penjimatan dapat dimaksimumkan dan pembaziran pula dapat diminimakan. 

170 000 PEMBAYAR CUKAI NIKMATI PENJIMATAN

Oleh Siti Salihah Saidin


Pada 28 September yang lalu, Bajet 2013 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertempat di Dewan Rakyat. Semua rakyat di Malaysia mengharapkan keselesaan serta kemakmuran melalui pembentangan bajet tersebut untuk kelangsungan hidup. Dapat dilihat, bajet kali ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya yang boleh menarik minat pelbagai pihak. Antara aspek yang mendapat perhatian melalui pengurangan cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan yang bermula pada tahun depan.
Takrifan cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan yang diterima di Malaysia . Cukai ini dikenakan ke atas individu dan bukan individu  yang layak dikenakan cukai dan mula dikuatkuasakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM) pula dilantik oleh kerajaan sebagai wadah terbaik dalam menguatkuasakan akta tersebut dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.
            Pengurangan cukai pendapatan ini sedikit sebanyak mendatangkan manfaat terhadap kira-kira 170 000 individu di Malaysia. Bajet yang dibuat oleh pihak kerajaan merupakan salah satu perancangan yang menggariskan dasar, matlamat serta strategi yang akan kerajaan laksanakan dalam tahun bajet tersebut. Hal ini termasuklah dalam pengagihan sumber kewangan mengikut segmentasi-segmentasi tertentu dengan lebih cekap. Seperti kita sedia maklum hasil utama negara adalah melalui kutipan cukai yang dibuat saban tahun. Cukai merupakan sumber hasil terbesar negara dan menjadi keutamaan.
            Pastinya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu oleh satu mata peratusan bagi setiap cukai pendapatan. Sudah semestinya penurunan kadar cukai ini akan mendatangkan keuntungan terhadap kumpulan individu dengan pendapatan cukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000. Selain itu, penurunan cukai pendapatan ini juga turut dinikmati oleh golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan mempunyai pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
            Walaupun satu mata peratusan pengurangan adalah kecil namun dapat  memberi manfaat terhadap rakyat negara ini. Setiap isi rumah di Malaysia dapat  menampung kos ataupun keperluan lain melalui pengurangan cukai pendapatan tersebut. Hal ini bermakna terdapat baki dalam perbelanjaan lain seperti ansuran kereta, ansuran rumah, keperluan dapur serta sebagainya yang berkaitan. Kelompok yang berada dalam kumpulan berpendapatan sederhana berpeluang untuk mendapat manfaat paling besar daripada pengurangan tersebut. Dalam anggaran penjimatan sebanyak RM 425, mereka mampu untuk menggunakan wang ini untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.
            Pertumbuhan ekonomi negara yang terus kukuh menyumbang kepada pembentangan Bajet 2013 kali ini. Dapat dilihat terdapat perbezaan terhadap bajet yang diumumkan pada setiap tahun. Bajet 2011 boleh dilihat melalui lanjutan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015 serta pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada. Bajet  2011 yang bertemakan “ Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi ” yang turut menumpukan kepada 4 strategi utama. Antaranya iaitu mensejahterakan hidup rakyat dan membangunkan modal insan  . Terdapat perubahan dalam setiap bajet yang diumumkan sama ada perubahan secara langsung ataupun tidak langsung.
            Sebanyak 170,000 penduduk di Malaysia menikmati pengurangan kadar satu mata peratusan bagi tahun depan. Pengurangan ini  merupakan insentif serta galakan kerajaan dalam membantu rakyatnya mencapat keselesaan serta kemakmuran dalam meneruskan kelangsungan kehidupan masing-masing. Hal ini termasuk dalam insentif cukai langsung dalam memberikan pelepasan sebahagian atau penuh daripada pembayaran cukai pendapatan untuk tempoh tertentu. Khalayak sasaran  dapat menjimatkan kos pembayaran bagi cukai pendapatan mengikut purata pendapatan masing-masing.
             Diharapkan, rakyat yang menikmati penjimatan ini mampu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih maju lagi. Disamping itu, dapat meringankan bebanan kewangan kepada golongan tersebut. Seterusnya, lebihan pendapatan tersebut boleh digunakan untuk  perbelanjaan harian atau simpanan. Kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyatnya dan sehubungan itu, penurunan kadar cukai pendapatan diperkenalkan bagi membantu golongan-golongan yang terbabit. Penyediaan bajet yang dibuat adalah berdasarkan dengan mengambil kira faktor utama senario ekonomi negara dan dunia.
            Pengenalan melalui pemotongan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan dalam cadangan Bajet 2013 yang telah dibentangkan dapat dilihat sebagai persediaan kerajaan dalam memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST) sebagai ganti kepada cukai pendapatan. Pengerusi Taxand Malaysia, lembaga runding cara cukai, Veerinderjeet Singh menyifatkan bahawa pemotongan cukai pendapatan boleh dilihat positif oleh kerana penstrukturan semula sedang dilakukan dan Malaysia sedang dalam keadaan transisi sebelum GST diperkenalkan. Dianggarkan sebanyak 170,000 pembayar cukai dari daftar pembayar cukai dan menjimatkan simpanan sesetengah masyarakat dalam bil cukai mereka.
            Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa pengurangan kadar satu mata peratusan ini adalah sebagai langkah yang positif sebelum kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST). Kerajaan cuba menstrukturkan semula pemotongan cukai perkhidmatan supaya dapat diterima oleh orang ramai. Kerajaan dijangka menggunakan  platform bajet 2013 sebagai wadah terbaik untuk terus membuktikan kepada rakyat bahawa kemampuan dalam memimpin serta membawa rakyat menuju ke era negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
            Sebelum ini, kerajaan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang. Dalam pada itu, kerajaan juga turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan pada semua kumpulan pendapatan bercukai. Hal ini menjadikan seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat dalam memberi galakan bagi meningkatkan lagi keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

INDUSTRI HALAL MENARIK PELABUR ASING KE MALAYSIA

Oleh Mohd Rizalman Bin Abdullah

logo halal Malaysia


Perbadanan industri halal (HDC) telah menerajui pasaran global dengan menarik pelabur asing ke Malaysia serta  mempunyai permintaan tinggi dari negara China dan India. Produk halal Malaysia juga telah berkembang sebanyak enam peratus pada tahun ini selain potensi penembusan di negara Anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Muhammed berkata, China dan India mempunyai gabungan penduduk islam yang ramai iaitu seramai 193 juta. Pada tahun lepas eksport kedua-dua negara ini telah mencecah sebanyak 5.5 billion yang menjadikan industri halal Malaysia berkembang dengan pesat serta mempunyai permintaan tinggi.

Suntikan 200 juta bagi sektor Industri Halal yang diumumkan menerusi bajet 2013 juga dapat membantu meningkatkan mutu produk halal negara dan mampu menembusi pasaran eksport. Pasaran luas ini juga menarik minat negara-negara islam dan negara-negara seperti Jepun dan Rusia untuk menceburkan diri dalam sektor berkenaan selain wujudnya pasaran halal baru seperti Eropah serta Eropah Timur.

Seterusnya (HDC) telah meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) dalam pengeluaran halal yang berasaskan herba. Pengeluaran ramuan halal berasaskan herba berpotensi besar untuk dikembangkan serta dapat menampung permintaan yang tinggi terhadap ramuan halal yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir pengguna. Walaubagaimanapun mereka mempunyai masalah dalam mendapatkan barangan ramuan halal. Dalam masa yang sama, HDC melihat produk ramuan halal mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan pada masa akan datang.

Selain itu, produk halal bukan saja boleh digunakan untuk pengeluaran produk makanan tetapi boleh juga digunakan untuk menghasilkan produk kosmetik dan ubat-ubatan. peningkatan pengeluaran ramuan halal juga boleh menarik lebih banyak syarikat asing untuk menghasilkan produk halal di negara ini. Ianya juga sekaligus dapat mengukuhkan nama Malaysia sebagai pengeksport utama barangan halal di dunia.

 pengeluaran ramuan halal penting dalam keseluruhan rantaian bekalan produk halal kerana ia bukan saja boleh digunakan untuk produk makanan tetapi juga menjadi ramuan asas kepada produk lain. Masih terdapat mentaliti dalam kalangan pengusaha bahawa halal hanya membabitkan isu berhubung penyembelihan dan makanan. Sebenarnya, halal membabitkan keseluruhan rantaian nilai. HDC juga sedang giat mempromosikan Stevia, iaitu sejenis tanaman yang daunnya digunakan sebagai manisan ramuan halal dalam menghasilkan produk makanan dan minuman. Stevia juga mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat sebagai bahan makanan yang selamat digunakan.
Stevia berpotensi besar untuk dimajukan khususnya dalam industri makanan dan minuman di dunia yang kini semakin mementingkan kesihatan.
           

Tahun lalu, sektor ramuan halal menjadi penyumbang tertinggi dengan nilai eksport RM12.3 bilion atau 35 peratus dan diikuti dengan sektor makanan dan minuman yang menyumbang sebanyak RM11.9 bilion (34 peratus). Walaubagaimanapun Selain itu, sektor minyak sawit derivatif seperti oleokimia menyumbang RM7 bilion (20 peratus); bahan kimia industri bernilai RM2 bilion (enam peratus); sektor kosmetik menyumbang RM1.8 bilion (lima peratus) dan sektor farmaseutikal bernilai RM290 juta.

Menurut HDC juga, jumlah eksport halal di Malaysia antara Januari dan Disember 2011 adalah RM 35.4 billion naik 53 peratus dari 2010 daripada keseluruhan eksport sebanyak RM 513.6 billion. Dengan ini industri halal di Malaysia telah membuka peluang untuk menarik lebih lagi negara-negara islam yang saling memerlukan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara negara.

SUNTIKAN 30 JUTA BANGUNAKAN TEKNOLOGI PERTANIAN NEGARA

Oleh Mohd Ridzuan Bin Mohamad Jalil


Perbentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Najib B. Tun Haji Abdul Razak 28 september lalu dijangka mampu memberi sinar baharu kepada sektor pertanian negara. Malaysia kini memerlukan satu revolusi baru dalam dunia pertanian. Pertanian juga tidak lari daripada perkembangan teknologi terkini. Negara kita tidak pernah meminggirkan faktor teknologi dalam usaha mengkormesialkan pertanian negara. Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan import makanan daripada sumber luar dengan menyuntik dana sebanyak 30 Juta Ringgit untuk memajukan sektor ini.
Dana bermanfaat
            Bajet yang dibentangkan banyak menfokuskan kepada sektor pertanian negara menampakkan usaha kerajaan prihatin akan pemantapan sektor ini. Pembangunan teknologi dan penyelidikan (R&D) dikatakan dapat dimanfaatkan oleh para petani untuk meningkatkan produktiviti. Jika ingin dibandingkan dengan negara jiran (Thailand), mereka lebih mendahului kita dalam pertanian. Bahkan produk meraka turut digilai oleh warga kita sendiri. Persoalannya mampukah kita untuk menyaingi teknologi mereka dalam meningkatkan hasil yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Dengan pengagihan dana yang besar ini kita sebagai warganegara ingin melihat sesuatu yang drastik  dalam teknologi pertanian negara.
Teknologi canggih
            Dalam era yang serba canggih kini, manusia sentiasa berlumba-lumba mengejar kecanggihan teknologi. Begitu juga dalam sektor tani. Setiap negara berlumba-lumba meningkatkan pengeluaran tanaman bagi menampung keperluan sumber makanan yang semakin kritikal pada masa kini. Negara kita tidak terkecuali daripada usaha untuk meningkatkan produktiviti tani. Bahkan dengan penambahan penduduk kini jelas kita memerlukan satu lonjakan dalam teknologi pertanian. Penggunaan teknologi canggih dalam bidang pertanian terbukti mampu meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian. Pengagihan dana untuk sektor ini dapat membantu para petani untuk meningkatkan pengeluaran mereka dengan menggunakan teknologi canggih seperti pengunaan benih bermutu, baja yang berkualiti, serta penyelidikan yang lain.
Kajian yang mendalam
            Dengan hanya bergantung kepada teknologi yang canggih kita masih tidak mampu untuk memastikan bahawa kita maju dalam pertanian. Segala teknologi yang digunakan haruslah bergantung kepada kajian yang mendalam untuk disesuaikan dengan keadaan dan iklim negara. Misalnya dalam menanangi penyakit tanaman, walaupun menggunakan baja yang berkualiti tetapi tanaman masih diserang penyakit. Hal ini kerana penggunaan baja yang canggih tidak akan berhasil apabila nutrient baja  tidak menepati keperluan tanaman berkenaan. Oleh yang demikian penyelidikan yang mendalam dikatakan mampu untuk megenalpasti keperluan tanaman untuk memperolehi hasil yang baik.
Mampukah dimanfaat
Pengagihan 30 juta Ringgit untuk segmen teknologi pertanian sahaja adalah satu jumlah yang besar. Namun terdapat persoalan mampukah para pertani kita untuk mengikuti keperluan teknologi semasa?. Para petani perlu membuang sikap ortodok dan berani mencuba. Dalam pertanian kita harus menitikberatkan segala aspek secara holistik untuk memenuhi setiap keperluan tanaman untuk hasil yang menepati piawaian. Sehubungan dengan itu kita mampu berharap agar jumlah wang yang besar ini mampu menyumbang sinar untk aktiviti pertanian di negara ini.


penggunaan teknologi terkini telah menjadi keperluan dalam meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran tani.


penekanan secara holistik perlu dilaksanakn dalam sektor pertanian dalam menjanjikan hasil yang terbaik.

Sunday, 28 October 2012

KERAJAAN TERUS MENGUTAMAKAN MODAL INSAN NEGARA

OLEH :MOHD KHUZAIMI BIN JUHARI

          Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat  Sebuah Janji Ditepati" telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di  Dewan Rakyat pada 28 September 2012. Ucapan bajet yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit itu terus mengutamakan rakyat kerana terus mendekati setiap lapisan masyarakat dan ini bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke lima itu iaitu “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Lima fokus yang bajet 2013 ini ialah Lima fokus itu ialah Merangsang Aktiviti Pelaburan, Memperkasa Pendidikan dan Latihan, Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti, Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Rakyat.  Kanak-kanak berlainan keupayaan (OKU), petani, nelayan, pesara kerajaan, bekas tentera tanpa pencen, pengusaha bas sekolah, pelajar dan pengguna feri di Sarawak, Labuan dan Sabah adalah antara kumpulan yang mendapat perhatian kerajaaan.
Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2012. Hasil kerajaan persekutuan bagi tahun depan dianggarkan RM208.6 bilion dan kerajaan akan terus mengurangkan defisit kepada empat peratus. 


          Bajet yang dibentangkan  memberi peruntukan besar kepada sektor pendidikan iaitu sejumlah RM38.7 bilion atau 21 peratus daripada keseluruhan belanjawan. Bajet ini adalah kerana kerajaan komited dalam memastikan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara maju lain. Selain itu ia menampakkan kerajaan komited dalam memastikan rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti dan sewajarnya. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang merupakan menteri kewangan ke 2  menjelaskan bajet pendidikan kali ini adalah usaha  memangkin pelaksanaan program transformasi pendidikan ke arah yang lebih maju disamping itu ia merupakan sektor memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkat ekonomi negara. Beliau menjelaskan lagi bahawa perubahan dari segi ekonomi memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berbeza pada masa sekarang dan akan datang.

           Antara bajet pendidikan yang mendapat tumpuan para  peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) adalah pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus(sehingga 30/9/2013) dengan pemberian diskaun ini dapatlah para pemimjam mengurangkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung. Cara ini juga  dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan memastikan lebih ramai peminjam PTPTN melunaskan hutang mereka kerana potongan yang diberikan adalah lumayan dan sesiapa yang ingin melunaskan pinjaman mereka secara sekaligus ini adalah peluang baik buat mereka. Menurut Halijah Abu Bakar,25 yang merupakan Pembantu Pengurus Telekom Malaysia  sebenarnya “para peminjam lebih terbeban kepada kos pentadbiran satu peratus akibatnya  walaupun hutang telah dibayar secara ansuran tetapi jumlah pinjaman tidak berkurangan”. Di dalam bajet tersebut juga dijelaskan bahawa para peminjam PTPTN akan menikmati diskaun 10 % setahun bagi bayaran secara konsisten dan ini adalah peluang kepada golongan yang kurang mampu membayar secara sekaligus secara ansuran dan lebih teratur disamping menikmati kadar diskaun 10 %. Seorang perkerja swasta, Mohd Adni Wahab menyambut baik cadangan berkenaan dan ujarnya lagi “sukar baginya melunaskan bayaran secara sekaligus tetapi beliau memuji usaha kerajaan menyediakan inisiatif bagi mengurangkan hutang peminjam.” Bagi Datuk Ismail Mohamad Said, pengerusi PTPTN pula menjangkakan peningkatan sehingga 70 peratus bayaran balik daripada RM 3.5 bilion kini dengan jumlah keseluruhan pinjaman berjumlah RM 7.083 bilion.

Selain itu, kerajaan melalui bajet pendidikan juga menyediakan baucer buku 1 Malaysia kepada mahasiswa dan pelajar tingkatan 6  bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Nilai baucer juga telah ditambah dari RM 200 ke RM 250. Usaha ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan bebanan hidup mahasiswa yang semakin bertambah. Penambahan nilai baucer adalah sesuatu yang patut ini adalah kerana buku ilmiah dan rujukan harganya lebih mahal dan dengan kenaikan nilai baucer ini dapatlah mahasiswa membeli lebih banyak buku rujukan.  Menurut Seorang mahasiswi Universiti  Sains Malaysia(USM), Nur Amira Shahirah,  menyifatkan “kos di IPT semakin meningkat setiap tahun dan pemberian ini membolehkan pelajar nenampung kos pembelajaran dan ujarnya lagi walaupun hanya RM250 impaknya adalah sangat besar”.

Bajet pendidikan juga memperuntukkan bantuan persekolahan RM 100 kepada pelajar sekolah dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Peruntukan ini amat bersuaian bagi mengurangkan kos perbelanjaan pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar. Walaupun jumlahnya kecil namun ia amat bermakna bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah membeli keperluan asas sekolah anak – anak mereka. Dengan RM100 juga yuran persekolah disifatkan sebagai percuma kerana pelajar boleh menjelaskan bayaran yuran mengunakan wang bantuan berkenaan. “Terima kasih” itulah ungkapan yang diberikan oleh Rasyid bin Salleh yang menyifatkan pemberian bantuan berkenaan sebagai langkah prihatin kerajaan dalam mengurangkan  beban hidup rakyat berpendapatan rendah.

     Kerajaan juga memperuntukkan tabung penyelenggaraan sekolah sebanyak RM 1 bilion. Penyelenggaraan ini meliputi sekolah jenis Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJK C), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJK C), Sekolah Agama,Sekolah Mubaligh, Maktab Rendah Sains Mara(MRSM), dan Sekolah Beasrama Penuh(SBP). Peruntukan ini dilihat penting kerana ini membolehkan guru menyampaikan pendidikan dengan lebih berkesan. Bajet ini meliputi aspek penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Bagi memastikan infrastruktur sekolah dapat disempurnakan terutama sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman maka kerajaan telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion lagi. Ini bermakna bagi tujuan meningkatkan keupayaan infrastruktur sekolah sebanyak RM2 bilion telah disediakan. Di samping itu Tabung Khas pula diwujudkan iaitu peruntukan sebanyak RM400 juta daripada RM2 bilion itu akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan dan RM100 juta lagi diperuntukkan kepada setiap aliran sekolah lain iaitu SRJK(C), SRJK(T), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah berasrama penuh.

    Bajet 2013 memberi tumpuan bagi menjayakan transformasi pendidikan. Aspek pertama ialah meningkatkan kualiti pengajaran guru. Bagi tujuan tersebut kerajaan menyediakan  peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk membolehkan guru melaksanakan pengajaran melalui pendekatan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran subjek-subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Bagi seorang guru, Aidil Khidir Abd Habib  pula berpendapat “kursus peningkatan profesionalisme guru atau teknik pengajaran perlu diperbanyakkan seiring kemajuan teknologi terutamanya bidang sains”