Tuesday, 6 November 2012

170 000 PEMBAYAR CUKAI NIKMATI PENJIMATAN

Oleh Siti Salihah Saidin


Pada 28 September yang lalu, Bajet 2013 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertempat di Dewan Rakyat. Semua rakyat di Malaysia mengharapkan keselesaan serta kemakmuran melalui pembentangan bajet tersebut untuk kelangsungan hidup. Dapat dilihat, bajet kali ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya yang boleh menarik minat pelbagai pihak. Antara aspek yang mendapat perhatian melalui pengurangan cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan yang bermula pada tahun depan.
Takrifan cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan yang diterima di Malaysia . Cukai ini dikenakan ke atas individu dan bukan individu  yang layak dikenakan cukai dan mula dikuatkuasakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM) pula dilantik oleh kerajaan sebagai wadah terbaik dalam menguatkuasakan akta tersebut dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.
            Pengurangan cukai pendapatan ini sedikit sebanyak mendatangkan manfaat terhadap kira-kira 170 000 individu di Malaysia. Bajet yang dibuat oleh pihak kerajaan merupakan salah satu perancangan yang menggariskan dasar, matlamat serta strategi yang akan kerajaan laksanakan dalam tahun bajet tersebut. Hal ini termasuklah dalam pengagihan sumber kewangan mengikut segmentasi-segmentasi tertentu dengan lebih cekap. Seperti kita sedia maklum hasil utama negara adalah melalui kutipan cukai yang dibuat saban tahun. Cukai merupakan sumber hasil terbesar negara dan menjadi keutamaan.
            Pastinya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu oleh satu mata peratusan bagi setiap cukai pendapatan. Sudah semestinya penurunan kadar cukai ini akan mendatangkan keuntungan terhadap kumpulan individu dengan pendapatan cukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000. Selain itu, penurunan cukai pendapatan ini juga turut dinikmati oleh golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan mempunyai pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
            Walaupun satu mata peratusan pengurangan adalah kecil namun dapat  memberi manfaat terhadap rakyat negara ini. Setiap isi rumah di Malaysia dapat  menampung kos ataupun keperluan lain melalui pengurangan cukai pendapatan tersebut. Hal ini bermakna terdapat baki dalam perbelanjaan lain seperti ansuran kereta, ansuran rumah, keperluan dapur serta sebagainya yang berkaitan. Kelompok yang berada dalam kumpulan berpendapatan sederhana berpeluang untuk mendapat manfaat paling besar daripada pengurangan tersebut. Dalam anggaran penjimatan sebanyak RM 425, mereka mampu untuk menggunakan wang ini untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.
            Pertumbuhan ekonomi negara yang terus kukuh menyumbang kepada pembentangan Bajet 2013 kali ini. Dapat dilihat terdapat perbezaan terhadap bajet yang diumumkan pada setiap tahun. Bajet 2011 boleh dilihat melalui lanjutan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015 serta pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada. Bajet  2011 yang bertemakan “ Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi ” yang turut menumpukan kepada 4 strategi utama. Antaranya iaitu mensejahterakan hidup rakyat dan membangunkan modal insan  . Terdapat perubahan dalam setiap bajet yang diumumkan sama ada perubahan secara langsung ataupun tidak langsung.
            Sebanyak 170,000 penduduk di Malaysia menikmati pengurangan kadar satu mata peratusan bagi tahun depan. Pengurangan ini  merupakan insentif serta galakan kerajaan dalam membantu rakyatnya mencapat keselesaan serta kemakmuran dalam meneruskan kelangsungan kehidupan masing-masing. Hal ini termasuk dalam insentif cukai langsung dalam memberikan pelepasan sebahagian atau penuh daripada pembayaran cukai pendapatan untuk tempoh tertentu. Khalayak sasaran  dapat menjimatkan kos pembayaran bagi cukai pendapatan mengikut purata pendapatan masing-masing.
             Diharapkan, rakyat yang menikmati penjimatan ini mampu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih maju lagi. Disamping itu, dapat meringankan bebanan kewangan kepada golongan tersebut. Seterusnya, lebihan pendapatan tersebut boleh digunakan untuk  perbelanjaan harian atau simpanan. Kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyatnya dan sehubungan itu, penurunan kadar cukai pendapatan diperkenalkan bagi membantu golongan-golongan yang terbabit. Penyediaan bajet yang dibuat adalah berdasarkan dengan mengambil kira faktor utama senario ekonomi negara dan dunia.
            Pengenalan melalui pemotongan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan dalam cadangan Bajet 2013 yang telah dibentangkan dapat dilihat sebagai persediaan kerajaan dalam memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST) sebagai ganti kepada cukai pendapatan. Pengerusi Taxand Malaysia, lembaga runding cara cukai, Veerinderjeet Singh menyifatkan bahawa pemotongan cukai pendapatan boleh dilihat positif oleh kerana penstrukturan semula sedang dilakukan dan Malaysia sedang dalam keadaan transisi sebelum GST diperkenalkan. Dianggarkan sebanyak 170,000 pembayar cukai dari daftar pembayar cukai dan menjimatkan simpanan sesetengah masyarakat dalam bil cukai mereka.
            Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa pengurangan kadar satu mata peratusan ini adalah sebagai langkah yang positif sebelum kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST). Kerajaan cuba menstrukturkan semula pemotongan cukai perkhidmatan supaya dapat diterima oleh orang ramai. Kerajaan dijangka menggunakan  platform bajet 2013 sebagai wadah terbaik untuk terus membuktikan kepada rakyat bahawa kemampuan dalam memimpin serta membawa rakyat menuju ke era negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
            Sebelum ini, kerajaan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang. Dalam pada itu, kerajaan juga turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan pada semua kumpulan pendapatan bercukai. Hal ini menjadikan seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat dalam memberi galakan bagi meningkatkan lagi keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

No comments:

Post a Comment