Thursday 6 December 2012

Wanita tulang belakang arus pembangunan negara

Oleh   Noor Shahkira Bt Kamaruddin



Di sebalik pelbagai kejayaan negara yang diraih, sebahagian daripada kejayaan tersebut adalah hasil usaha golongan yang dulunya sentiasa dipandang rendah dan dipinggirkan. Namun, pada hari ini kebangkitan golongan wanita semakin terserlah melalui penglibatan golongan tersebut dalam menceburi pelbagai bidang. Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menampakkan keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap wanita apabila beliau sendiri telah menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku gabenor Bank Negara Malaysia, telah disenaraikan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik Dunia. Beliau antara enam ketua bank pusat yang mencapai mata ‘A’ dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang diterbitkan oleh majalah itu. Ratu terjun negara, Pandelela Rinong pula telah berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London Ogos lalu. Kejayaannya itu melayakkan Pandelela dipilih menjadi Ikon Wanita Muda Cemerlang oleh KPWKM. Manakala, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar menerima Global Empowerment Award 2012, Mei lalu kerana pembabitannya dalam Kesatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia, selain gigih membantu pasangan yang tidak mempunyai anak menerusi Yayasan Fertili Tunku Azizah (TAFF).
Berikut adalah antara pencapaian wanita Malaysia di peringkat dunia pada tahun 2012 yang memperlihatkan kaum hawa pada era ini bukanlah hanya tahu duduk di rumah dan goyang kaki sahaja malah mereka telah berusaha gigih agar kejayaan mereka diiktiraf di peringkat global. Bagi menghargai prestasi cemerlang mereka, kerajaan tidak pernah lupa untuk memberi ganjaran melalui bajet tahunan negara kepada golongan wanita. Tidak terkecuali dalam Bajet 2013 pada 28 September 2012 yang lalu, tanpa memilih faktor gender, kebolehan dan kepakaran wanita dilihat perlu diberi perhatian serius seiring dengan peranan kaum adam dalam pembangunan negara.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, “selama ini isu yang menyentuh golongan wanita seolah-olah dipinggirkan, suara mereka tidak didengari sedangkan mereka adalah alat yang amat penting untuk membangunankan negara dari segenap aspek”. Justeru, kerajaan memberi peruntukan keseluruhan sebanyak RM 50 juta kepada golongan wanita pada Bajet 2013 kali ini agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing sekali gus memberi peluang kepada golongan tersebut melebarkan sayap dalam bidang yang diminati.
 Antara insentif yang diperoleh golongan wanita dalam Bajet 2013 ini ialah Program Pengarah Wanita bagi melatih 500 wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat. Usaha ini dilaksanakan atas dasar peningkatan keterlibatan kaum wanita dalam menyandang pelbagai jawatan tinggi sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta. Golongan ibu tunggal juga akan diberi rangsangan melalui program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) dengan memberi khidmat nasihat dan latihan kepada mereka dalam bidang keusahawanan. Perdana Menteri turut memberitahu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengagihkan peruntukan berjumlah RM 50 juta dalam bentuk geran RM 1,000 kepada 50 usahawan kecil terutamanya wanita untuk meningkatkan jualan secara atas talian melalui Program Get Malaysian Business Online (GMBO). Program ini dilihat dapat melahirkan usahawan-usahawan wanita bekerja secara kreatif dan inovatif bagi membantu menambah pendapatan keluarga.
Dalam pembentangan Bajet 2013 yang diadakan di Dewan Rakyat, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 25 juta untuk pemeriksaan mamogram secara percuma kepada wanita berusia 40 tahun dan ke atas. Usaha ini dijangka dapat memberi faedah kepada kira-kira 100,000 wanita. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur, berkata subsidi ini membantu menggalakkan wanita membuat pemeriksaan kesihatan, khususnya golongan berpendapatan rendah dan berada di kawasan luar bandar. Pada masa yang sama, program ini mampu mengurangkan kos ekonomi dan psikologi yang bakal ditanggung oleh wanita sekiranya mereka dikesan positif menghidap barah payudara melalui pengesahan awal.

“Memang benar, wanita bukan sahaja penting dalam pembentukan keluarga bahagia malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” mengimbas kembali kata-kata Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet untuk Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Wanita sememangnya tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, namun kaum hawa pada hari ini sangat komited dalam membina kerjaya masing-masing. Oleh sebab itu, tidak hairanlah terdapat beberapa tokoh wanita memegang jawatan penting seperti naib canselor universiti awam, gabenor bank pusat dan ketua setiausaha atau ketua pengarah di jabatan dan kementerian.

Bantuan persekolahan RM100 Bajet 2013


Oleh  Mohd Nazrin Shah Musirin

Kerajaan meneruskan Bantuan rm 100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam bajet 2013. Ini  adalah salah satu langkah untuk membantu rakyat Malaysia dalam mengurangkan beban kehidupan untuk menyara anak-anak yang bersekolah di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Sebanyak RM540 juta telah diperuntukkkan untuk bantuan persekolahan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2013. Kerajaan amat mengambil berat terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia dan ingin memberi sumbangan sekali lagi ekoran bajet 2012  berdasarkan usaha rakyat selama ini yang membangunkan Negara Malaysia.

Pengagihan bantuan persekolahan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata  sebanyak RM540 juta itu akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional dan Bank akan menyerahkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan bertanggungjawab untuk memastikan setiap pelajar haruslah mempunyai sebuah akaun daripada Bank Simpanan Nasional. Bagi sekolah yang belum mempunyai akaun sementara bersetuju akan membuat satu akaun sementara sebelum diagihkan kepada pelajar januari 2013 depan.
Kelayakan bantuan persekolahan Rm100
Sebanyak 5.4 juta pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dari seluruh Negara akan layak mendapatkan bantuan persekolahan RM100. Keseluruhan pelajar yang bersekolah di di sektor kerajaan akan diberi terus dan juga pelajar sekolah di sekolah-sekolah swasta juga akan dapat menikmati bantuan ini.

Kebajikan pelajar
Bantuan persekolahan RM100 yang disalurkan oleh kerajaan dalam bajet 2013 ini banyak membantu kepada ibu-bapa untuk mengurangkan beban perbelanjaan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebaik sahaja sekolah dibuka pada tahun hadapan. Kepada ibu-bapa yang mempunyai ramai anak juga akan dapat mengurangkan beban perbelanjaan ekoran dengan pemberian RM100 kepada setiap seorang pelajar. Objektif bajet 2013 yang dikeluarkan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anaknya untuk ke sekolah pada bulan Disember 2012 sebelum sekolah dibuka.

Wednesday 5 December 2012

WARTAWAN PEMANGKIN PERUBAHAN



Oleh :   Nurul Nadia Rosli
            Afeef Afzaal Nuri
            Masitah Jaafar
            Siti Salihah Saidin

Wartawan merupakan nadi dalam dunia komunikasi dan media massa. Hampir semua maklumat yang disampaikan melalui penulisan untuk media cetak, elektronik ataupun online digaraf oleh wartawan. Kepesatan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) membolehkan pengaliran maklumat dalam dunia tanpa sempadan, meletakkan peranan pembekal maklumat seperti golongan wartawan semakin kritikal. Sesungguhnya, kepesatan perkembangan media baru yang dibawa oleh internet memerlukan tenaga para wartawan yang terlatih bukan sahaja dari segi teori, prinsip, dan falsafah tetapi juga celik ilmu, budaya, politik, dan teknologi.
            Secara umumnya jika ditanya mengenai siapa wartawan, mungkin ramai yang akan menjawab wartawan adalah golongan penyampai ilmu dan maklumat melalui penulisan mereka. Malah tidak kurang juga yang akan mengatakan secara negatif bahawa wartawan adalah golongan yang suka menjaga tepi kain orang dan memutarbelitkan fakta untuk kepentingan satu-satu pihak.
            Wartawan merupakan golongan profesional yang berperanan yang cukup besar dalam konteks masyarakat pada masa kini. Antara lain peranan wartawan ialah untuk mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui laporan atau tulisan. Oleh yang demikian, wartawan dianggap sebagai agen perubahan kepada masyarakat amnya. Di samping itu, wartawan juga mempunyai etika profesionalnya sebagai panduan dan peraturan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang wartawan dengan penuh disiplin dan bertanggujawab dalam menyampaikan maklumat berita.
            Peranan wartawan sejak dahulu sampai sekarang tidak pernah lari dari objektif utama iaitu menyebarkan maklumat mendidik dan menyedarkan masyarakat serta mengenai apa yang sedang berlaku dalam Negara, dalam masa yang sama cuba untuk menjadi perantaraan bagi menyelesaikan apa juga kemelut yang melanda masyarakat dan Negara. Sebagai wartawan yang menjadi mata kepada masyarakat dan telinga kepada kerajaan, sudah pasti tidak boleh lari daripada perubahan yang berlaku. Oleh itu, tugas dan peranan wartawan pada hari ini sangat mencabar.
            Perkembangan teknologi komunikasi pada masa kini sangat cepat sehingga kejadian yang berlaku di luar Negara boleh akses dalam sekelip mata. Malah penciptaan media baharu, memperlihatkan perubahan keatas arus penyampaian maklumat yang ketara berlaku. Sebagai contoh generasi terdahulu lebih senang memilih media cetak berbanding generasi pada alaf ini lebih tertarik untuk memilih media baharu iaitu maklumat dalam talian atau online news.
Selain mempunyai tanggungjawab terhadap segala laporan yang dibuat, wartawan juga perlu mempunyai beberapa ciri yang membolehkannya bertugas dengan jujur, yakin, dan menjadikan tugasnya mudah serta berkesan. Ciri-ciri yang perlu ada pada setiap wartawan ialah perasaan ingin tahu yang hanya  bukan sahaja untuknya tetapi bagi pihak pembaca juga, mempunyai daya imaginasi untuk mengetahui apa yang pembaca inginkan, dan dedikasi iaitu berusaha sendiri untuk mendapatkan bahan yang tepat dan benar. Selain itu, wartawan juga perlu memiliki kebenaran iaitu tidak ada kompromi dalam laporan yang berdasarkan kebenaran, hubungan yang baik iaitu gemar mendekati semua peringkat manusia kerana semuanya sumber berita, berpengetahuan di mana seseorang wartawan haruslah mempunyai pengetahuan yang luas, up-to-date dengan segala perkembangan dan sanggup menambah ilmu, serta komunikasi di mana wartawan perlu bijak berkomunikasi dengan setiap golongan masyarakat.

Mendidik dan menyedarkan masyarakat dan pemerintah

            Pepatah Melayu ada menyebut “mata pena itu lebih tajam dari sebilah pedang” merujuk kepada ketajaman penulisan seseorang wartawan dalam mengkritik sesuatu isu dan seterusnya memberi impak kepada pembaca dan masyarakat secara umumnya. Peranan wartawan sejak dulu hingga sekarang tidak pernah lari dari matlamat utama iaitu menyebarkan maklumat mendidik dan menyedarkan masyarakat dan pemerintah mengenai apa yang berlaku serta menyelesaikan apa jua kemelut yang melanda masyarakat dan negara. Tugas wartawan ini juga boleh disamakan sebagai penyambung lidah antara kerajaan dan rakyat. Rintihan, keluhan, keresahan, kegembiraan, dan kebahagiaan rakyat dapat disampaikan kepada kerajaan melalui laporan wartawan. Para pemimpin pula tidak akan mampu secara bersendirian untuk melihat dan mendengar rintihan serta keluhan rakyat sekiranya tidak mendapat laporan daripada wartawan. Jadi, jelaslah di sini bahawa wartawan memainkan peranan yang cukup penting sebagai orang tengah atau penghubung antara masyarakat dengan pemerintah pada hari ini.
Wartawan sebagai pendidik dan pemimpin
            Wartawan juga berperanan sebagai pendidik, di mana maklumat dalam bentuk yang disebarkan oleh wartawan bukan sekadar maklumat biasa tetapi mengandungi pelbagai maklumat yang meliputi pelbagai subjek dari yang umum kepada yang lebih khusus serta spesifik yang mampu meningkatkan ilmu dan membuka minda masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui sesuatu penulisan yang ditulis atau dilaporkan oleh wartawan di dalam sesebuah majalah atau akhbar yang dapat menarik minat serta mendorong masyarakat untuk membaca dan membuka minda mereka terhadap sesuatu kes atau isu yang diketengahkan oleh wartawan. Selain itu, wartawan juga merupakan pemimpin masyarakat kerana mereka boleh mewujdkan sentimen, meraih simpati, serta merangsang tindakan di kalangan beribu-ribu malah berjuta-juta manusia di dunia ini. Ini adalah kerana masyarakat akan mudah percaya akan kesahihan bukti terhadap sesuatu isu atau masalah yang dilapor oleh wartawan. Contohnya dapat dilihat seperti program-program yang berunsurkan kemiskinan atau kesusahan hidup yang ditayang dan dilaporkan oleh wartawan di televisyen seperti program Bersamamu banyak mendorong mempengaruhi tindakan dan perubahan sikap masyarakat untuk turut menderma wang ringgit kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Penghibur
            Selain daripada itu, wartawan juga berperanan selaku penghibur. Maklumat yang disampaikan melalui pelbagai saluran media dapat menghiburkan masyarakat. Berita-berita ringan dan rencana-rencana mengenai kisah hidup manusia, pemimpin negara dan masyarakat, golongan artis, jaguh negara, individu-individu yang unik dalam masyarakat, serta hal-hal kemanusiaan dan keajaiban dalam dunia ini semuanya memberi inspirasi, pengajaran, pedoman, dan hiburan kepada masyarakat.
Memujuk dan mempengaruhi rakyat
            Peranan yang dimainkan oleh kaum wartawan dalam memastikan maklumat yang diperolehi dapat disampaikan secara telus kepada khalayak umum. Bajet 2013 merupakan belanjawan kerajaan dalam membangunkan negara ini dan insentif yang bakal diterima oleh rakyat, yang demikian maklumat yang berkaitan dengan bajet mesti disampaikan dengan cepat agar tidak timbul persoalan dalam kalangan rakyat. Justeru, wartawan hendaklah memujuk atau mempengaruhi rakyat melalui berita atau rencana agar mereka yakin bahawa bajet yang dikeluarkan memberikan manfaat yang cukup besar kepada mereka. Seperti mana yang telah peneroka bagi menghargai sumbangan mereka terhadap negara yang berjumlah RM100.9 juta pada tahun lalu.
Menjadi telinga kepada pihak kerajaan dan rakyat
            Sebagai agen perubahan, wartawan perlu menjadi telinga di kedua-dua pihak iaitu di pihak kerajaan dan rakyat. Hal ini sangat penting dalam menyedarkan dan menyampaikan maklumat tentang tanggungjawab kerajaan kepada orang ramai dalam memastikan kabajikan rakyat terjamin. Ini termasuklah dalam pembangunan sosial, pendidikan, politik dan lain-lain lagi. Contoh peranan wartawan sebagai agen perubahan dalam bidang politik dalam negara ini, di mana wartawan berperanan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat berkaitan dengan politik dan membantu masyarakat untuk mengemaskini keadaan politik dari masa ke semasa. Golongan ini juga, bertindak menyampaikan maklumat pembangunan seperti mana yang berlaku di Johor iaitu pembangunan Iskandar Malaysia di Johor, di mana Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan selatan Johor yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pembukaan ini telah menyebabkan 800,000 peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Iskandar Malaysia telah dibuka. Di samping membuka pintu pelancongan yang baharu di Johor, ini sudah pasti dapat mengubah pandangan atau konsep masyarakat terhadap kerajaan melalui pembangunan telah dilaksanakan secara menyeluruh.
Pencetus idea, pemerhati dan pemikir
            Oleh yang demikian, wartawan dalam agen perubahan memikul tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dalam memastikan maklumat berkaitan dengan pembangunan di negara ini mendapat semua orang tanpa mengira lapisan masyarakat dan latar belakang. Wartawan juga menjadi pencetus idea, pemerhati dan pemikir dalam meningkatkan ilmu pengetahuan khalayak dan membuka minda masyarakat tentang perubahan yang sedang berlaku masa sekarang. Dengan bantuan media baharu menjadikan maklumat yang disebarkan oleh wartawan semakin cepat medapat maklum balas daripada masyarakat tentang sesuatu isu yang terjadi. Hal ini terjadi disebabkan oleh, media sosial seperti facebook, twitter, blog, web dan sebagainya.
Mencorak pemikiran masyarakat  
Wartawan juga memainkan peranan yang cukup mencabar dalam mencorak pemikiran masyarakat pada masa kini iaitu cuba untuk membentuk masyarakat yang berfikiran yang positif atau membentuk masyarakat yang berfikiran negatif kepada masyarakat dan kerajaan. Kuasa penulisan wartawan cukup untuk memberi impak yang sangat besar kepada negara. Oleh itu, wartawan yang menjadi agen perubahan ini perlu tangkas dalam menghasilkan tulisan yang boleh menarik perhatian umum serta boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat agar segala yang terjadi dapat diselesaikan dengan baik. Ini amat penting dalam memujuk hati rakyat agar menerima perubahan yang cuba dibawa oleh pihak kerajaan demi kebaikan bersama.
Pencetus pemikiran kritis
            Pada hari ini ,wartawan menjadi pencetus pemikiran kritis dalam acuan minda masyarakat. Banyak penulisan berita menjadi rujukan kepada perubahan yang berlaku. Sebagai contoh wartawan menjadi telinga kepada pihak kerajaan untuk mengetahui permasalahan yang timbul dalam masyarakat, dengan berita yang diterbitkan dapatlah pihak yang bertanggungjawab memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu dengan cepat. Seperti mana, wartawan liputan TV3 iaitu Karam Singh Walia banyak ketengahkan berita pembangunan sosial dalam masyarakat yang mana lebih kepada alam sekitar. Adanya berita permasalahan ini dikeluarkan maka tindakan susulan akan diambil oleh pihak berwajib. Ini jelas menunjukan bahawa sejak dari dahulu lagi wartawan banyak membantu dalam membangunkan negara melalui laporan dan maklumat yang mereka sampaikan.
Meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat melalui penulisan
            Dalam masa yang sama, wartawan juga menjadi pemangkin dalam meningkatkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat melalui penulisan. Antaranya pengetahuan am, pengetahuan kesihatan, pengetahuan teknologi moden, pengetahuan akademik pelajar dan lain-lain dalam surat khabar atau rencana yang telah dihasilkan oleh wartawan. Mungkin kadang-kadang berita yang dihasilkan  dimasukan dalam blog atau web tertentu. Sebagai contoh stesen tv, rancangan pertandingan mengeja di TV3 yang bercorak pendidikan iaitu “Spell It Right”.
            Hal ini jelas menunjukkan bahawa wartawan memainkan peranan yang penting dalam pembinaan masyarakat. Dalam aspek ini wartawan bertindak sebagai agen sosialisasi masyarakat dan sudah pasti peranannya amat mustahak. Ini kerana kewartawanan menyumbang kepada pelbagai impak dalam proses perubahan gaya hidup masyarakat daripada pelbagai lapisan. Mesej yang dibawa oleh wartawan mampu menyentuh perasaan dan mempengaruhi pemikiran serta mencorakkan sikap tertentu sesetengah masyarakat. Selain itu, wartawan juga mempunyai peranan yang amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan negara yang cemerlang. Pihak pengamal media, organisasi yang bertanggungjawab serta pengguna media massa yang semakin hari semakin bertambah perlu sama-sama menilai dan mengkritik dalam usaha menambah nilai untuk kebaikan, bukannya mengkritik untuk meruntuhkan. Mesej yang disampaikan bukan hanya sekadar makluman untuk tatapan, bahkan mesejnya mampu mengubah persepsi dan sikap masyarakat terhadap sesuatu.

  

ETIKA KEWARTAWANAN DI MALAYSIA.


OLEH :
Mohd Khuzaimi Bin Juhari (204396)
Nik Mohd Haris Bin Nik Setapa (204625)
1.      Pendahuluan.
Kewartawanan merupakan satu bidang yang melibatkan kegiatan mengumpul, menakrif, menyusun maklumat, menulis, melapor, menyunting dan menyiar cerita-cerita mengenai sesuatu peristiwa melalui media cetak, media elektronik dan internet dalam bentuk berita atau rencana yang mampu menarik perhatian dan memberi manfaat kepada masyarakat. Etika kewartawanan pula merupakan satu set peraturan yang diwujudkan sebagai garis panduan kepada para wartawan dalam menghasilkan penulisan mereka. Etika diwujudkan bukanlah untuk menghukum secara fizikal, tetapi ianya lebih memberi kesan dalam bentuk moral kepada wartawan yang melanggar etika dan juga memberi kesan yang negatif kepada audien akibat sikap yang tidak beretika wartawan semasa menghasilkan penulisannya.
Melihat situasi di Malaysia, etika kewartawanan dilihat kurang dipatuhi oleh para wartawan tempatan. Pelbagai isu dan tindakan tidak beretika dilakukan oleh para wartawan telah menyebabkan bidang kewartawanan di negara ini seakan-akan menjadi satu landasan untuk melemparkan fitnah, tuduhan dan agenda-agenda kepada individu atau kumpulan dengan niat untuk merendah-rendahkan dan menjatuhkan maruah seseorang atau sesuatu kumpulan.
Isu-isu yang wujud ini jika terus dibiarkan akan mengganggu-gugat ketenteraman dan kesejahteraan negara. Penyebaran fitnah melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik jika tidak dibendung dengan segera akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam masyarakat daripada sebuah masyarakat yang asalnya sopan menjadi sebuah masyarakat yang suka akan perkara yang negatif seperti gosip liar dan fitnah.

Etika Kewartawanan Islam
Jika dilihat dari sudut dunia etika kewartawanan dalam islam sebenarnya tiada.  Kebanyakkan media antarabangsa dimiliki oleh tokoh – tokoh yahudi. Jika mereka yang memiliki media ini maka mereka akan menceritakan kebaikan mereka lebih – lebih lagi berkaitan Rejim Zionis. Lihat saja siapa di belakang media antarabangsa seperti Cnn, Cnbc, Fox,Reuters, Bbc dan lain-lain yang sama ada secara langsung atau tidak langsung pasti berkaitan dengan rejim Zionis. Disebabkan itu juga kesengsaraan warga Palestine tidak dihebahkan oleh masyarakat antarabangsa. Menurut Nik Roskiman Abdul Samad(2011) menyatakan bahawa etika kewartawanan islam tidak diamalkan oleh media antarabangsa bahkan oleh pengamal media beragama islam sendiri dan akibatnya sesuatu berita tidak mempunyai sumber yang kukuh. Didalam islam sesuatu perkara mementingkan kebenaran bukan sahaja dalam penulisan berita bahkan di dalam kehidupan seharian. . Contohnya, pada sifat Rasullulah SAW yang terkenal 'al-Siddiq' yang membawa maksud benar dalam tutur kata dan tingkah laku.
Di dalam penulisan kewartawanan juga kita mestilah mempunyai niat yang baik di dalam penulissan bukannya niat untuk menjatuhkan sesorang atau cuba mengancam keselamatan negara. Jika dilihat di negara islam Malaysia sebagai contohnya perkara seperti ini di kawal oleh kerajaan namun begitu kewujudan laman – laman blog telah mennjadikan bidang penulisan sukar dikawal dan menjadikan ia lebih terbuka namun ia masih dikawal oleh kerajaan kerana kerajaan cuba menyekat dari berita – berita palsu yang boleh menjatuhkan kerajaan dari tersebar. Di dalam islam niat kita untuk melakukan sesuatu perkara mestilah baik agar mendapat balasan di akhirat kelak. Di dalam penulisaan niat yang baik penting supaya tidak menjatuhkan negara dan imej seseorang. Menurut Nik Roskiman Abdul Samad(2011) Mana-mana wartawan berjuang dengan ikhlas mencari berita yang benar dan menyampaikan kebenaran itu kepada masyarakat sebenarnya menjalankan tugas murni di sisi Islam.
Kewartawanan disisi islam juga mestilah menulis berdasarkan fakta dan dan sumber yang sahih. Jika mereka menulis tidak berdasarkan fakta dan sumber dianggap tidak benar dan tidak tidak beretika. Akibatnya sesuatu berita dan penulissan akan dianggap tidak sah kerana tidak mempunyai sumber. Di dalam islam sumber adalah penting untuk membentuk kebenaran setiap penulisaan yang ditulis dan tidak menyebabkan ia menyimpang dari tujuan asal penulisan.

Kod Etika Wartawan Mengikut Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia(NUJM)            Terdapat lapan kod etika dalam bidang kewartawanan yang ditetapkan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia(NUJM) sebagai panduan kepada para wartawan di Malaysia. Antaranya ialah untuk memastikan wartawan melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar. Kod etika yang seterusnya ialah di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat, wartawan akan mempertahankan dua prinsip iaitu kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil. Kod etika ketiga yang digariskan oleh NUJM ialah wartawan hanya akan melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Sebagai wartawan, tidak akan timbul isu menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen semasa berita diterbitkan.
            NUJM turut menggariskan bahawa wartawan perlu menggunakan kaedah yang adil untuk memperoleh berita, gambar dan dokumen. Perkara ini amat dititikberatkan untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa wartawan semasa proses mendapatkan informasi terutamanya yang melibatkan organisasi-organisasi tertentu. Dalam garis panduan kod etika itu juga, NUJM menyebut bahawa sebarang maklumat yang tidak tepat yang telah dilaporkan oleh wartawan haruslah diperbetulkan. Wartawan yang melaporkan maklumat tersebut harus berusaha untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan olehnya bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat dan tidak terkeliru selain daripada untuk menjaga imej individu atau organisasi yang terlibat.
            Perkara yang turut digariskan dalam kod etika tersebut ialah wartawan harus menghormati rahsia professional berhubung dengan sumber maklumat. Merujuk kepada perkara tersebut, dalam mencari dan mengumpul maklumat,seseorang wartawan itu harus tahu membezakan antara maklumat yang boleh disiarkan kepada umum dengan maklumat yang dianggap sulit. Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran dan urusan dalaman organisasi yang dianggap sebagai rahsia tidak seharusnya dijadikan isu oleh wartawan untuk disiarkan kepada umum kerana ia akan mendedahkan maklumat sulit sesuatu organisasi kepada orang ramai.
            Dalam kod etika yang digariskan oleh NUJM itu juga ada menyebut bahawa segala perbuatan seperti plagiat, mengumpat, fitnah lisan, fitnah bertulis dan tuduhan-tuduhan tidak berasas serta rasuah adalah kesalahan yang paling besar dalam dunia kewartawanan. Ini adalah kerana segala perbuatan tersebut merupakan jenayah yang membolehkan seseorang wartawan itu dihadapkan ke mahkamah di bawah beberapa akta seperti contoh Akta Fitnah 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda kepada pesalah. Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang diberikan kepada wartawan adalah mempunyai had-had tertentu bagi memastikan wartawan tidak melakukan perkara  yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara.
            Kod etika yang terakhir yang digariskan oleh NUJM ialah pengiktirafan antara sesama wartawan berhubung dengan soal-soal professional bidang itu di mana wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak yang lain. Melihat kepada kod etika tersebut, dapat dihuraikan bahawa setiap wartawan seharusnya bebas daripada campur tangan luar dalam penulisan yang dihasilkannya. Para wartawan seharunya bersikap lebih professional dengan mengenepikan hal-hal peribadi terutamanya fahaman politik semasa melakukan penulisan bagi memastikan tidak wujudnya ulasan yang berat sebelah mengenai sesuatu isu yang menjadi topic perbicaraan dalam penulisannya.


Peranan Etika Dalam Bidang Kewartawanan.
            Dalam sesuatu bidang, etika merupakan elemen yang paling penting bagi memastikan segala yang dilakukan adalah betul. Peranan etika kewartawanan yang pertama ialah untuk mendidik para wartawan supaya menjadi pelapor yang jujur dan telus. Dalam melaporkan sesuatu isu, tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir dalam golongan wartawan yang melanggar etika demi untuk keuntungan diri mahupun orang lain. Sejak kebelakangan ini, isu manipulasi media untuk kepentingan sesuatu organisasi dilihat semakin meningkat di mana wujudnya saluran-saluran yang bersifat berat sebelah menyebabkan penyaluran maklumat tidak berlaku dengan sempurna. Dengan adanya kod etika dalam bidang kewartawanan ini, para wartawan dapat dididik supaya bersifat professional dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
            Peranan etika kewartawanan yang seterusnya ialah sebagai garis panduan kepada para wartawan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. Kewujudan kod etika wartawan yang ditetapkan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia(NUJM) telah memudahkan para wartawan dalam menjalankan tugas. Mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih lancar apabila mereka mengikuti segala yang telah ditetapkan dalam kod etika tersebut. Selain itu, kod etika tersebut juga menjadi panduan agar para wartawan tidak melakukan kesalahan yang menyebabkan mereka boleh disabitkan dengan undang-undang yang wujud di negara ini.
            Peranan etika dalam bidang kewartawanan ialah sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara wartawan. Pada kod etika kelapan yang digariskan oleh NUJM, para wartawan diminta untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam menjalankan tugas. Hal ini dititik beratkan dalam bidang kewartawanan kerana ianya membantu dalam proses mencari dan mengumpul bahan. Seseorang wartawan perlu mempunyai rangkaian yang luas agar proses mencari dan mengumpul bahan dapat dilakukan dengan mudah. Dengan penerapan nilai etika tersebut dalam bidang kewartawanan, ianya secara langsung membantu mengeratkan hubungan antara wartawan.

 Kelemahan dalam etika kewartawanan
Dalam etika kewartawanan mempunyai kelemahannya dalam pelaksanan kerana menyebabkan wartawatan tiada kebebasan dalam penulissan. Kebebasan sebagai wartawan adalah penting supaya wartawan dapat melaporkan setiap apa yang berlaku secara tepat dan terpecinci. Jika wartawan disekat kebebasannya  mereka tidak dapat melaporkan perkara sebenar dan kebebasan mereka juga akan  disekat. Selain itu wartawan juga akan menjadikan mereka di dalam lingkup yang sempit dan tidak dapat mengembangkan penulissan mereka mengikut gaya penulissan dan arah tuju penulissan mereka. Sebagai contohnya di Malaysia setiap wartawan telah ditetapkan etika dalam kewartawanan supaya mereka tidak menyimpang dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman. Menurut bekas Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir Akhbar semasa berucap di ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-12 Pertubuhan Agensi-agensi Berita Asia-Pasifik (Oana) stesen televisyen tidak boleh lagi menyuarakan pandangan sebagaimana sebelumnya. Alasan `kepentingan negara' dan alasan-alasan lain diberi dalam mempertahankan tindakan kawalan ketat terhadap media
Selain itu setiap berita juga ditapis oleh pihak berkepentingan sebagai contohnya penampan. Ini menyebabkan berita asal telah diedit supaya dan kebenaran sesuatu berita juga tidak dapat disampaikan dan menyebabkan masyarakat tidak tahu berita sebenarnya dan kebenaran tidak dapat disampaikan. Akibatnya masyarakat tidak mendapat maklumat yang betul yang tepat. Ini berlaku kerana wujudnya pihak – pihak yang mempunyai kepentingan di dalam sesuatu perkara. Sebagai contohnya semasa perhimpunan bersih pihak media di barisan kerajaan melaporkan hanya sedikit sahaja berbanding media pro kerajaan yang menyiarkan perhimpunan tersebut mendapat sambutan dan berjaya.
Akibat dari perkembangan pelbagai media yang berlaku menyebabkan penulisan sesuatu berita sukar dikawal. Ini juga telah menyebabkan etika kewartawanan tidak lagi dipatuhi dan akibat dari perkembangan media juga menyebabkan sesiapa sahaja bebas menulis mengikut kehendak dan pemikiran serta idealogi mereka tanpa berlandaskan fakta dan sumber yang sahih. Akibatnya wujud fitnah dan pelbagai salah laku yang menyebabkan isu – isu sensitif dibincangkan secara umun tanpa fakta dan pihak yang lebih arif dalam sesuatu perkara berbangkit.

WARTAWAN DAN UNDANG-UNDANG


Oleh   Mohamad Amin Bin Abd Rani
           Siti Khalidah Bt Mazlan
           Noor Sahkira Kamaruddin
           Mohd Nazrin Shah Musirin


Wartawan
            Karier sebagai seorang wartawan bukanlah semudah yang disangkakan.Wartawan mempunyai tanggungjawab besar dalam menyampaikan pelbagai informasi dan maklumat kepada masyarakat.Namun, pada masa yang sama golongan wartawan terdedah dengan risiko dikenakan tindakan undang-undang setiap kali melaporkan sesebuah berita. Undang-undang diwujudkan untuk mengawal salah laku individu atau kumpulan terhadap penguatkuasaan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Undang-undang
            Selaras dengan itu, akta-akta berkaitan dengan dunia kewartawanan digubal supaya para wartawan mengikut etika dalam menjalankan tugasan mereka.Wartawan-wartawan di Malaysia harus peka dengan enam undang-undang utama yang sering dikaitkan dengan dunia kewartawanan serta menjadikannya sebagai garis panduan dalam menulis sebarang berita. Undang-undang tersebut terdiri daripada Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, AktaRahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,  Akta Hakcipta 1987, dan Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2004.

Akta fitnah
            Akta Fitnah 1957 merupakan akta berhubung dengan undan-undang libel dan slander serta kepalsuan berniat jahat. Fitnah dalam konteks undang-undang tort merupakan kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang menjejaskan reputasi seseorang dan mendedahkan diri kepada kebencian dan penghinaan diri di dalam masyarakat.Wartawan sering disamandi bawah akta ini kerana mendedahkan berita yang tidak benar dan memalukan bagi sesetengah pihak.

Akta Hasutan
            Akta Hasutan 1948 yang sebelum ini dikenali sebagai Ordinan Hasutan 1948 telah dipinda dalam tahun 1970.Pindaan ini bertujuan bagi mengekalkan keharmonian dan mengelakkan sensitiviti pelbagai kaum di negara ini. Menurut seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948, antara  kecenderungan menghasut adalah, bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana raja atau kerajaan. Lazimnya, undang-undang ini dikenakan kepada wartawan yang menulis berkaitan dengan hal politik negara sehingga timbul isu hasutan dalam berita yang disampaikan.

Akta Rahsia Rasmi
            Akta Rahsia Rasmi 1972 pula merupakan satu akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan rahsia rasmi. Rahsia rasmi didefinisikan sebagai apa-apa dokumen, maklumat dan  bahan berhubung dengannya, termasuklah apa-apa dokumen rasmi, maklumat dan bahan lain yang dikelaskan sebagai “Rahsia Besar” , “Rahsia”, “Sulit”, atau “Terhad”. Rasmi itu sendiri didefinisikan sesuatu yang berhubung dengan perkhidmatan awam. Akta ini berkaitan dengan semua orang dan para wartawan tidak terkecuali kerana mereka adalah antara orang terawal yang mengetahui sebarang berita sama ada berita tersebut ‘suam-suam kuku’ atau berita ‘panas’ dan sulit yang perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
            Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ditubuhkan bagi tujuan mengawal penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil penerbitan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Saluran yang digunakan oleh para wartawan dalam penyampaian berita sudah tentu melalui media cetak dan elektronik. Oleh itu, golongan wartawan harus berhati-hati dalam penulisan mereka yang dipaparkan khususnya dalam surat khabar. Ulasan dan penerangan yang sahih dalam sesebuah berita oleh seseorang wartawan adalah penting bagi mengelakkan pihak penerbitan disaman di bawah akta ini.

Akta Hakcipta
            Akta Hakcipta 1987 berperanan melindungi hak pemilikan pencipta berhubung dengan hasil karya. Sesuatu karya itu dilindungi tanpa mengira  kualiti dan nilainya, tetapi yang diutamakan ialah perlu bersifat asli. Akta ini amat penting dalam menangani masalah hakcipta di Malaysia terutamanya masalah berkaitan pelanggaran hakcipta. Seseorang wartawan akhbar contohnya, tidak sepatutnya “mencedok” atau mengambil maklumat daripada akhbar lain dan kemudiannya mengumpul maklumat-maklumat tersebut agar dapat menghasilkan sebuah berita tanpa mencari sendiribahan berita berkenaan.

Akta Komunikasi dan Multimedia
            Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2004 digubal bagi mengawal industri komunikasi dan multimedia yang menjurus ke arah percantuman industri-industri telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan perkara-perkara berkaitan dengannya.Penubuhan akta ini dilihat penting dalam ledakan maklumat melalui sebaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penulis-penulis bebas seperti blogger bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana mereka menganggap cara menyebarkan maklumat sebegini mudah dan seronok serta tidak terikat dengan prosedur penulisan seperti mana yang perlu dilakukan oleh wartawan akhbar. Hal ini menyebabkan banyak timbul berita-berita yang tidak sepatutnya diketahui umum di alam maya.

Risiko
            Undang-undang sedia ada memperlihatkan kekangan kepada wartawan dalam melaporkan sesebuah isu.Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada penulis yang dianggap melanggar hak seseorang individu. Dalam kes Melan Abdullah dan Anor melawan pendakwaraya, beliau telah  dituduh kerana menyiarkan artikel menghasut di bawah akta hasutan kerana telah dituduh menerbitkan satu penerbitan “hapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil”di akhabr Utusan Melayu. Namun mahkamah telah mendapati kedua-duanya bersalah dan kedua-duanya juga merayu atas alasan dibawah peruntukan artikel 1952 (a). Dalam pada itu wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita. Penyamaran sering dilakukan oleh wartawan semasa mencari bahan berita.Namun haruslah diingat penyamaran tersebut perlu mematuhi undang-undang sedia ada.Risiko yang ditanggung sangat tinggi apabila mereka mengambil keputusan untuk menyamar semasa bertugas.Kadangkala perkara-perkara seperti ini boleh membawa kepada tindakan undang-undang kerana mencabul hak asasi seseorang individu jika dia merasakan haknya diceroboh. Dalam kes Tan Sri Dato’ Tan Kok Ping selaku pengerusi kepada Magnum corporation Berhad, beliau telah melawan The New Straits Time Press di mahkamah kerana laporan berita yang telah dikeluarkan akhbar tersebut membawa unsur fitnah.

Terikat
            Walaupun dikatakan terdapat kebebasan media, wartawan di Malaysia masih terikat dengan etika dan undang-undang yang telah ditetapkan.Wartawan yang cekap dapat menyediakan laporan berita yang mampu menarik minat pembaca.Perjuangan wartawan adalah untuk menyampaikan kebenaran tanpa halangan yang bersifat konkrit.Kepuasan seseorang wartawan berlaku apabila mereka diberi peluang untuk menghasilkan laporan berita tanpa disunting secara berlebihan. Memang tidak dinafikan proses suntingan diwujudkan bagi menjaga ketepatan berita. Namun jika dibuat secara berlebihan dengan alasan untuk menjaga sensitiviti dan keharmonian masyarakat adalah tidak wajar.Wartawan sudah didik untuk melaporkan berita yang sahih dan adil.

Tanggungjawab sosial
            Wartawan juga bertindak sebagai agen perubahan dalam sesebuah masyarakat.Mereka befungsi sebagai jambatan diantara pihak kerajaan dan masyarakat untuk berhubung. Malahan hasil penulisan merekalah yang menyebabkan sesuatu tindakan itu akan diambil. Kadangkala isu yang dianggap remeh oleh masyarakat menjadi penting hasil laporan berita yang disiarkan.Sebagai contoh, pembongkaran mengenai ijazah palsu yang dibuat oleh wartawan Berita Harian telah membuka mata orang ramai termasuklah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.Risiko yang dihadapi oleh wartawan ini amat tinggi ketika mendapatkan informasi untuk dimuatkan dalam ruang penulisannya. Senario ini jelas menunjukkan mereka sangat komited untuk menghasilkan berita yang berkualiti dan pada masa yang sama membuka mata masyarakat tentang sesuatu isu.

Oleh yang demikian, wartawan haruslah diberi lebih ruang dan kebebasan dalam menyampaikan berita yang kepada rakyat.Hal ini bagi memastikan bahawa rakyat sentiasa mendapat maklumat yang tepat tanpa mengira fahaman politik mahupun kaum.Situasi ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang
yang beruntung”. (Surah Ali-Imran: Ayat 104).
Secara dasarnya, kita dapat memperhalusi kata-kata Allah SWT yang menyeru kepada umatNya untuk menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada orang lain. Malah, Allah SWT juga menyeru kepada kita untuk melakukan kebaikan dan mencegah akan kemungkaran. Berdasarkan ayat Al-Quran tersebut, seorang wartawan haruslah bertanggungjawab mengajak rakyat untuk melakukan perubahan yang positif serta menjadi pelapor dalam permasalahan rakyat.Walaubagaimanapun, setiap berita yang disampaikan oleh seseorang wartawan itu haruslah bertunjangkan kepada kebenaran supaya rakyat tidak keliru dan berlaku percanggahan maklumat. Berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud :
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesandengan
kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr: Ayat 3).
Ayat tersebut telah menerangkan bahawa kita sebagai hambaNya, haruslah menyampaikan sesuatu maklumat yang benar kepada orang lain serta hendaklah bersabar dengan dugaan yang ditempuhi agar tidak termasuk dalam golongan yang kerugian. Ayat Al-Quran amat signifikan

Namun, persoalan yang timbul dalam dunia kewartawanan pada hari ini adalah tentang masa depan kebebasan media yang turut mempengaruhi peranan wartawan dalam menyampaikan berita. Umum mengetahui bahawa, undang-undang di Malaysia dikatakan telah menyekat kebebasan media dalam menyampaikan berita yang telus.Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa media arus perdana hanyalah boneka kerajaan dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.Sejauh manakah kebenaran tentang polemik yang menjadi igauan kepada wartawan dalam menyampaikan berita yang telus kepada rakyat?Namun, turut menjadi persoalannya adalah media alternatif turut diberi peluang dan ruang untuk menyampaikan berita kepada rakyat walaupun dalam keadaan yang terhad.

KONSEP DAN FALSAFAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN

Oleh    >> Mohd Zamri Bin Anuar
                 Nor Azura Bt Awi
.........................................................
KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN??




            Kewartawanan boleh didefinisikan sebagai proses yang melibatkan komunikasi bagi menyampaikan sesuatu berita atau ulasan berita mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku seshari-hari yang umum dan sebenar dengan kadar yang secepat-cepatnya. Pembangunan membawa maksud keadaan berbentuk fizikal dan bukan fizikal yang mengalami perubahan ke arah yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya iaitu membawa maksud berlakunya penyebaran maklumat yang bermatlamat untuk mengubah pemikiran dan sikap masyarakat ke arah pemodenan pembangunan.
            Dalam konteks kewartawanan pembangunan, ia merupakan satu konsep di mana para wartawan digalakkan untuk menyampaikan sesuatu berita atau ulasan berita yang menjurus ke arah pelaporan yang berhubung dengan isu-isu pembangunan terutamanya berkaitan dengan kerajaan dan negara. Secara umumnya, kewartawanan pembangunan bertindak sebagai agen perubahan dan dianggap wartawan kerajaan dalam menyalurkan sesuatu mesej berhubung dengan sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kewartawanan pembangunan juga menyumbang kepada usaha untuk membuka minda masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup , ekonomi, nilai kemasyarakatan, norma dan sikap ke arah yang lebih baik. Kewartawanan pembangunan juga sebagai penggerak utama kerajaan dalam membangkitkan aspirasi nasional dan memainkan peranan penting sebagai pemangkin serta pengembleng pembangunan masyarakat.
            Kewartawanan pembangunan juga memperincikan apa yang dikatakan oleh kerajaan mengenai sesuatu isu. Dalam erti kata yang lain, kewartawanan pembangunan bukan sahaya bertindak untuk memberi maklumat kepada masyarakat tetapi dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melakukan perubahan. Kewartawanan pembangunan mempunyai konsep dan falsafah yang saling berkaitan yang menjadi disiplin utama untuk mencapai objektifnya.
           
 KONSEP KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
            Konsep utama kewartawanan pembangunan ialah berteraskan kepada penyebaran maklumat kepada masyarakat denagan misi untuk membentuk dan memperkenalkan nilai baru, sikap baru dan perlakuan baru yang bersesuaian dengan arus pemodenan melalui saluran seperti media massa. Kewartawanan pembangunan juga dikenali sebagai perutusan pembangunan negara dengan membentuk kefahaman melalui penulisan untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Di Asia, perkembangan peringkat awal komunikasi pembangunan adalah diusahakan oleh para wartawan yang menggunakan istilah kewartawanan pembangunan yang bertujuan untuk melaksanakan pemberitaan yang mendukung kepada liputan pembangunan negara.
            Kewartawanan pembangunan sebagai kerjaya penyebaran maklumat yang juga bertindak sebagai  agen perubahan yang penting dalam memberi kesan yang berterusan kepada individu dan masyarakat. Kewartawanan pembangunan sebagai agen perubahan dalam pembinaan modal insan yang seimbang, penyusunan institusi keluarga yang tenteram dan pembentukan masyarakat yang aman damai yang mungkin tidak dapat dilakukan sekiranya sebaran am dan bacaan umum yang membentuk serta menggalakkan pemikiran masyarakat ke arah keruntuhan akhlak dan pemikiran mundur serta negatif terhadap kerajaan dan negara menerusi penonjolan berita atau ulasan berita yang menuju ke arah tersebut. Oleh itu, konsep kewartawanan pembangunan menegaskan penulisan sesuatu berita dan ulasan berita yang mempunyai nilai pelaporan yang dapat mendidik serta mendedahkan masyakat kepada perubahan yang positif yang berkaitan dengan perubahan dasar kerajaan.
            Kewartawanan pembangunan juga bertindak melalui komunikasi dari atas kebawah iaitu sebagai wartawan kerajaan dengan menyalurkan maklumat berdasarkan sumber daripada pihak kerajaan terus kepada masyarakat.Ia juga memfokus kepada sesuatu isu yang ada kaitan dengan masyarakat. Selain itu berlakunya komunikasi dari bawah ke atas iaitu wartawan pembangunan bertindak sebagai pelapor penyiasatan iaitu melaporkan apa yang berlaku di peringkat bawahan. Dalam erti kata lain wartawan bertindak sebagai pihak masyarakat untuk menyatakan pandangan dan pemasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Pokoknya, kewartawanan pembangunan berkonsepkan penyampaian maklumat yang mengandungi unsur membujuk, mendidik dan ideologi untuk mengalakkan partisipasi masyarakat dalam melakukan sesuatu perubahan sosial.

 PERKEMBANGAN KEWARTAWANAN DI MALAYSIA
            Perkembangan kewartawanan di Malaysia dapat dilihat dari segi perubahan fungsi dan perjuangan wartawan sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan negara.Sebelum mencapai kemerdekaan negara, fungsi dan perjuangan para wartawan lebih bertindak sebagai guru, budayawan, dan golongan intelek. Pada ketika itu juga fungsi mereka lebih kepada agen perubahan dalam menyebarkan propaganda kemerdekaan dan pada masa yang sama membangkitkan identiti bangsa melalui karya berunsur seni dan sastera bagi membangkitkan kesedaran kepada masyarakat. Namun kini, selepas kemerdekaan negara, wartawan berfungsi sebagai agen perubahan yang mengisi makna kemerdekaan dan mewujudkan kesedaran perpaduan antara lapisan masyarakat.Selain itu, wartawan bertindak dalam pembangunan negara dan membantu dalam pembangunan modal insan.
     Jika diperingkat awal penerbitan akhbar negara kita, tumpuan kandungannya lebih kepada perkara-perkara seperti adat budaya, agama, pengumuman dan kenegaraan, tetapi kini bidang penerbitan majalah dan akhbar semakin rancak dengan pelbagai judul dan pelbagai bidang diterbitkan.Perkembangan ini sejajar dengan bidang kewartawanan yang semakin mendapat tempat di negara kita dan setiap penulisan yang dikeluarkan boleh memberi impak kepada individu dan masyarakat.Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik ekoran daripada perkembangan ekonomi negara telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya kewartawanan khususnya di sektor swasta.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk adalah kritikal bagi wartawan menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.Oleh kerana itu, wujudnya undang-undang dan akta berkaitan dengan kewartawanan bagi mengawal salahlaku seperti kenyataan yang boleh membawa fitnah dan sebagainya. Wartawan juga mempunyai etika yang perlu dipatuhi agar pelaporan berita atau apa –apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan tidak berbaur hasutan atau membawa keburukan kepada individu,masyarakat dan negara. Perkembangan kewartawanan di Malaysia kini dilihat semakin berkembang sejajar dengan kepesatan negara. Penulisan dan pelaporan berita  akan memberi impak sama ada positif dan negatif bergantung kepada seseorang wartawan itu mengulas sesuatu kenyataan. Namun dapat dilihat kini, penulisan wartawan lebih bersifat lantang dan lebih berani bersuara berbanding dulu.

PERANAN MEDIA MASSA DALAM PEMBANGUNAN
            Media massa yang merangkumi media elektronik dan media cetak merupakan saluran yang penting dalam penyebaran maklumat secara skala besar dan dapat mempunyai pengaruh yang luas. Media massa terutamanya radio, televisyen dan internet dapat mencapai khalayak yang besar dalam menyebarkan maklumat mengenai pembangunan negara. Media massa saluran utama untuk menyampaikan  kepada masyarakat mengenai maklumat tentang pembangunan sosial agar mereka memusatkan perhatian kepada keperluan untuk sesuatu perubahan , kesempatan dalam melakukan perubahan , saranan perubahan dan menggalakkan kebangkitan aspirasi nasional. Sebagai contoh, pembentangan bajet 2013 melalui saluran media massa seperti televisyen dapat memberi maklumat dan pendedahan mengenai perangkaan bajet kerajaan kepada masyarakat.
            Media massa juga berperanan dalam menggalakkan penyertaan masyarakat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembuatan keputusan , memperluas dialog agar melibatkan semua pihak yang akan membuat keputusan tentang perubahan, memberi kesempatan kepada para pemimpin masyarakat untuk memimpin dan mendengar pendapat rakyat kecil dan mencipta arus maklumat yang berjalan lancar dari bawah ke atas. Selain itu, media massa berperanan dalam mendidik tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan daripada orang dewasa hinggalah kepada anak-anak sehingga ketrampilan teknik yang mengubah hidup masyarakat. Sebagai contoh penggunaan laman sosial seperti Facebook juga dapat menyampaikan maklumat secara pantas kepada semua lapisan masyarakat.
            Di samping itu, media massa berperanan besar dalam pembangunan yang dapat dilihat dari segi mempengaruhi sikap dan perilaku masyarakat dan cukup efektif dalam membangun kesedaran seseorang mengenai sesuatu isu. Media massa memiliki peranan utama dalam menjaring informasi dan membentuk pendapat masyarakat serta menjadi alat untuk kawalan sosial. Pemilihan media yang efektif berpotensi untuk mempengaruhi masyarakat ke arah perubahan sosial yang positif. Media massa juga menjadi alat penyampai yang berkesan mengenai isu dan dasar baru yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Media massa yang bersifat mudah untuk diakses akan menggalakkan informasi mudah untuk disampaikan terus kepada semua lapisan masyarakat. Dengan itu, sesuatu mesej pembangunan dapat disalurkan dengan baik.

FALSAFAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
     Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno (philosophia), dandalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah" berdasarkan (Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauhserta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Selain itu juga falsafah boleh dikatakan sebagai pegagan yang diamalkan oleh seseorang wartawan dimana ia berkaitan dengan tugas-tugas yang menjurus kepada perkara yang positif.Menurut Schramm seseorang wartawan haruslah membuat sesuatu berita dan ulasan, beritanya diwarnai motif-motif tertentu menjadi pembentukan bangsa, menyatukan rakyat yang berbilang kaum dalam satu masalah dan yang terakhir ialah kepentingan nasional secara bersama.

     Falsafah dalam kewartawanan pembangunan merupakan jendela utama kepada masyarakat tersisih dan tradisi.Hal ini boleh dijelaskan lagi kewartawanan pembagunan mempunyai fungsi yang tinggi kepada mereka yang tersisih.Perkataa “tersisih” merujuk kepda mereka yang tidak mendapat maklumat, oleh itu, peranan wartawan pembagunan seharusnya menyampaikan maklumat kepada mereka berkenaan.Selain itu juga, mereka berfungsi dalam Hal Ehwal Komuniti, mereka seharusnya mempunyai komunikasi interpersonal yang baik dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat yan tersisih, dan mereka sewajarnya melibatkan diri secara terus kepada komuniti tersebut. Hal ini membolehkan masyarakat akan mendapat maklumat secara terus daripada pihak atasan kepada semua rakyat.  Hal ini membolehkan tangapan negatif masyarakat kepada penyampai mesej  dapat diatasi.

     Disamping itu juga, falsafah ini menekankan aspek tugas kewartawanan dalam menyampaikan maklumat kepada semua masyarakat sama ada menggunakan medium cetak ,elektronik atau media baru. Menurut Dr.DamardjatiSupedjarmejelaskan tugas kewartawanan pada dasarnya adalah “Belayar pada layar kesedaran sehingga hasilnya dapat memberi manfaat bagi pembangunan masyarakat”. Perkara ini sangat penting menjadi seorang wartawan pembangunan ,kerana mereka harus memberi manfaat kepada semua  golongan sama ada pada peringkat atasan atau bawahan . Sesuatu tugas yang dilakukan oleh wartawan harus melihat kepada pokok utama iaitu mereka merupakan agen perubahan dan mereka seharusnya bertindak untuk melakukan tranformasi pembangunan kepada semua masyarakat umum

PERANAN AGEN PERUBAHAN 
      Secara umum jika ditanya mengenai siapa wartawan pembangunan, mungkin ramai menjawab mereka adalah golongan penyampai ilmu dan maklumat melalui penulisan.Namun, ada juga persepsi negatif, wartawan suka menjaga tepi kain orang dan memutarbelitkan fakta untuk kepentingan sesuatu pihak. Walau apapun pandangan mengenai kerjaya dan dunia kewartawanan pembangunan, peranan mereka dan media massa dalam pembangunan serta pemodenan tidak dinafikan. Pengamal media terkemuka, Datuk A Kadir Jasin, berkata wartawan adalah ejen menyampai maklumat kepada masyarakat. Sejajar perkembangan teknologi moden, media baru mula mendapat tempat dalam pemikiran masyarakat masa kini. Kemunculan media baru kata Kadir, adalah saingan hebat kepada media cetak.

     Media baru berpaksikan internet. Contoh, laman berita, akhbar dalam talian, laman web sosial seperti youtube dan twitter kini menjadi sebahagian sumber maklumat. “Keadaan ini memberi saingan kepada media tradisional iaitu media cetak dan secara tidak langsung menyebabkan sambutan terhadap medium berkenaan merosot.Ironinya, media cetak yang masih menjadi wadah pengguna adalah media hiburan.Senario ini menyebabkan generasi muda malas membaca, berfikir dan membuat analisis serta bergantung kepada teknologi semata-mata. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, peranan media dan wartawan sebagai ejen pembangunan dan pemodenan tidak akan lancar. Oleh kerana itu, sebagai wartawan pembangunan mereka harus peka dengan isu diatas kerana isu tersebut membolehkan khalayak sentiasa berfikiran negatif.

    Peranan Wartawan Sebagai Ejen Pembangunan dan Pemodenan.peranan media sebagai ejen pembangunan dan pemodenan merangkumi aspek terlalu luas termasuk sumbangannya ke arah pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sementara itu, Prof Dr Ahmad Murad Merican, dari Universiti Teknologi Petronas, Perak berkata, wartawan perlu memodenkan diri dengan berfikiran kritis selain menguasai ilmu dan pengetahuan sebagai langkah menerajui pemodenan dan pembangunan negara.Beliau berkata, profesion kewartawanan adalah bidang yang mendahului idea, pemikiran, pembangunan, negara dan bangsa. Namun, wartawan itu sendiri perlu memantapkan diri dengan dedikasi tinggi untuk mengorak langkah lebih jauh dan berpotensi tinggi dalam membantu untuk kemajuan dan kemodenan negara.

  PRINSIP KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
     Kewartawanan pembangunan untuk perubahan sosial dan pembangunan Negara.Namun begitu keberkesanan pelaksanaanya perlu kepada beberapa perkara yang menunjukkan wartawan mempunyai fungsi dalam pembangunan Negara Malaysia.Sebagai wartawan pembangunan mereka seharusnya mempunyai matlamat untuk mendorong, melibatkan dan membuat khalayak dalam rancangan pembangunan. Dalam konteks ini, khalayak merupakan orang yang akan membuat persepsi adakah wartawan menjalankan tugas pembangunan atau sebalikknya. Oleh itu, wartawan seharusnya membuat sesuatu kenyataan seharusnya melibatkan masyaraktsupaya mereka tahu dan diberitahu oleh golongan yang dikenali  sebagai agen perubahan. Segala program yang dilaksanakan oleh kerajaan, wartawan pembangunan seharusnya memberi penekanan kepada khalayak supaya mereka turut serta dalam apa-apa yang dikeluarkan oleh pemimpin Negara.

      Selain itu juga, wartawan pembangunan mesti mempunyai sifat dua hala, dinamis dan saling bertindak.Hal ini membolehkan maklumat yang disampaikan oleh pihak atasan juga boleh diterima oleh kumpulan bawahan ataupun khalayak.Wartawan mesti mempunyai tahap komunikasi secara interpersonal yang baik antara orang atasan dan bawahan.Mereka juga mesti bersifat dinamik iaitu sentiasa berterusan menyampaikan maklumat dari semasa ke semasa kepada semua khalayak.Mereka juga harus peka terhadap perkara-perkara yang menjadi bualan masyarakat, dan sekali gus menjadi penyelesai masalah diantara mereka ataupun dengan pihak yang lain. Hal ini merupakan prinsip yang harus dipatuhi oleh wartawan pembangunan bagi membolehkan mereka menjalankan sesuatu tindakan dimana fokus utamanya adalah kepada khalayak sasaran.

    Disamping itu juga, wartawan pembangunan perlu mendapatkan penyertaan khalayak dalam mengenalpasti masalah, keutamaan, penyelesaian pilihan dan implikasinya. Sebagai wartawan mereka seharusnya mempunyai nilai yang positif yang menjadi idola kepada masyarakat kerana mereka merupakan orang tengah yang akanmenyampaikan maklumat. Sebarang maklumat yang mengelirukamkhalayalak untuk membuat pilihan, wartawan haruslah memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik yang dialami oleh mereka.Sebelummereyelesaikan masalah yang dihadapi oleh khalayak wartawan juga mesti mempunyai pemikiran yang kritis dalam menilai masalah yang dihadapi oleh khalayak tersebut.Hal ini membolehkan segala tindakan yang dilakukan merupakan tindakan yang terbaik.

        Secara keseluruhannya konsep dan falsafah kewartawanan pembangunan ianya lebih memfokuskan kepada tugas dan tanggungjawab sebagai wartawanpembagunan dalam menguruskan hal-hal pembangunan komuniti masyarakat. Dengan penjelasan diatas dapat dirumuskan bahawa wartawan pembangunan merupakan orang penting dalam pembangunan Negara kerana dengan adanya wartawan pembangunan mereka dapat menyampaikan maklumat daripada pihak atasan kepada khalayak bawahan, mereka juga merupakan orang yang akan menulis berita-berita yang mempunyai kaitan dengan pembangunan masyarakat.

       Dalam dunia kewartawanan pembangunan banyak perkara yang harus dipatuhi dalam melakukan sesuatu perkara.MenurutSociety of (US) Professional Journalists dalam buku “Doing Ethics in Journalism” menyatakan“Ditinjau kebaikannya, sesuatu kod etika kewartawanan dapat membantu wartawan mengenal pasti banyak masalah dan menyedarkan wartawan bahawa tugas mereka ialah bertanggungjawab mencari dan melaporkan berita dengan lengkap dan tepat, dan juga mengingatkan wartawan supaya sentiasa berwaspada terhadap tekanan-tekanan yang akan akhirnya melenyapkan kebebasan akhbar.“Sebaliknya, kod etika kewartawanan boleh membatasi kemampuan individu wartawan untuk bertindak dan membuat keputusan secara bebas”Etika Kewartawanan Malaysia telah disusun oleh wartawan untuk wartawan. Oleh yang demikian kaum wartawan Malaysia bertanggungjawab untuk menghayati dan  mematuhinya.
      Menurut penjelasan di atas ianya ada menyentuh tentang konsep, falsafah, peranan wartawan dalam pembangunan dan sebagainya.Hal ini merupakan aspek penting dalam dunia kewartawanan yang mencorakkan pemikiran masyarakat supaya mereka lebih berfikiran positif dan bersama-sama dalam pembangunan Negara Malaysia. Tidak dinafikan tugas sebagai wartawan merupakan suatu perkara yang agak sukar kerana meraka seharusnya mempunyai hubungan yang baik dengan khalayak bagi membolehkan khalayak akan lebih mudah untuk menerima sesuatu maklumat dan mudah untuk memberikan maklum balas tentang sesuatu yang mesej yang disampaikan. 

                                                                                                                  


                                                                                                                            Penulis:
  Pelajar Jurusan Sarjana Muda Komunikasi,
Universiti Utara Malaysia.
___________________________________________
zam_azu@rencanaTV.com