Perbentangan
bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Najib B. Tun Haji Abdul
Razak 28 september lalu dijangka mampu memberi sinar baharu kepada sektor
pertanian negara. Malaysia kini memerlukan satu revolusi baru dalam dunia
pertanian. Pertanian juga tidak lari daripada perkembangan teknologi terkini.
Negara kita tidak pernah meminggirkan faktor teknologi dalam usaha
mengkormesialkan pertanian negara. Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan
kebergantungan import makanan daripada sumber luar dengan menyuntik dana
sebanyak 30 Juta Ringgit untuk memajukan sektor ini.
Dana bermanfaat
Bajet yang dibentangkan banyak
menfokuskan kepada sektor pertanian negara menampakkan usaha kerajaan prihatin
akan pemantapan sektor ini. Pembangunan teknologi dan penyelidikan (R&D)
dikatakan dapat dimanfaatkan oleh para petani untuk meningkatkan produktiviti.
Jika ingin dibandingkan dengan negara jiran (Thailand), mereka lebih mendahului
kita dalam pertanian. Bahkan produk meraka turut digilai oleh warga kita
sendiri. Persoalannya mampukah kita untuk menyaingi teknologi mereka dalam
meningkatkan hasil yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Dengan pengagihan
dana yang besar ini kita sebagai warganegara ingin melihat sesuatu yang
drastik dalam teknologi pertanian
negara.
Teknologi canggih
Dalam
era yang serba canggih kini, manusia sentiasa berlumba-lumba mengejar
kecanggihan teknologi. Begitu juga dalam sektor tani. Setiap negara
berlumba-lumba meningkatkan pengeluaran tanaman bagi menampung keperluan sumber
makanan yang semakin kritikal pada masa kini. Negara kita tidak terkecuali
daripada usaha untuk meningkatkan produktiviti tani. Bahkan dengan penambahan
penduduk kini jelas kita memerlukan satu lonjakan dalam teknologi pertanian.
Penggunaan teknologi canggih dalam bidang pertanian terbukti mampu meningkatkan
kuantiti dan kualiti hasil pertanian. Pengagihan dana untuk sektor ini dapat
membantu para petani untuk meningkatkan pengeluaran mereka dengan menggunakan
teknologi canggih seperti pengunaan benih bermutu, baja yang berkualiti, serta
penyelidikan yang lain.
Kajian yang mendalam
Dengan hanya bergantung kepada
teknologi yang canggih kita masih tidak mampu untuk memastikan bahawa kita maju
dalam pertanian. Segala teknologi yang digunakan haruslah bergantung kepada
kajian yang mendalam untuk disesuaikan dengan keadaan dan iklim negara.
Misalnya dalam menanangi penyakit tanaman, walaupun menggunakan baja yang
berkualiti tetapi tanaman masih diserang penyakit. Hal ini kerana penggunaan
baja yang canggih tidak akan berhasil apabila nutrient baja tidak menepati keperluan tanaman berkenaan.
Oleh yang demikian penyelidikan yang mendalam dikatakan mampu untuk
megenalpasti keperluan tanaman untuk memperolehi hasil yang baik.
Mampukah dimanfaat
Pengagihan 30 juta Ringgit untuk segmen teknologi
pertanian sahaja adalah satu jumlah yang besar. Namun terdapat persoalan
mampukah para pertani kita untuk mengikuti keperluan teknologi semasa?. Para
petani perlu membuang sikap ortodok dan berani mencuba. Dalam pertanian kita
harus menitikberatkan segala aspek secara holistik untuk memenuhi setiap
keperluan tanaman untuk hasil yang menepati piawaian. Sehubungan dengan itu
kita mampu berharap agar jumlah wang yang besar ini mampu menyumbang sinar untk
aktiviti pertanian di negara ini.
penggunaan teknologi terkini telah menjadi keperluan dalam meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran tani.
penekanan secara holistik perlu dilaksanakn dalam sektor pertanian dalam menjanjikan hasil yang terbaik.
No comments:
Post a Comment