Tuesday 6 November 2012

INDUSTRI HALAL MENARIK PELABUR ASING KE MALAYSIA

Oleh Mohd Rizalman Bin Abdullah

logo halal Malaysia


Perbadanan industri halal (HDC) telah menerajui pasaran global dengan menarik pelabur asing ke Malaysia serta  mempunyai permintaan tinggi dari negara China dan India. Produk halal Malaysia juga telah berkembang sebanyak enam peratus pada tahun ini selain potensi penembusan di negara Anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Muhammed berkata, China dan India mempunyai gabungan penduduk islam yang ramai iaitu seramai 193 juta. Pada tahun lepas eksport kedua-dua negara ini telah mencecah sebanyak 5.5 billion yang menjadikan industri halal Malaysia berkembang dengan pesat serta mempunyai permintaan tinggi.

Suntikan 200 juta bagi sektor Industri Halal yang diumumkan menerusi bajet 2013 juga dapat membantu meningkatkan mutu produk halal negara dan mampu menembusi pasaran eksport. Pasaran luas ini juga menarik minat negara-negara islam dan negara-negara seperti Jepun dan Rusia untuk menceburkan diri dalam sektor berkenaan selain wujudnya pasaran halal baru seperti Eropah serta Eropah Timur.

Seterusnya (HDC) telah meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) dalam pengeluaran halal yang berasaskan herba. Pengeluaran ramuan halal berasaskan herba berpotensi besar untuk dikembangkan serta dapat menampung permintaan yang tinggi terhadap ramuan halal yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir pengguna. Walaubagaimanapun mereka mempunyai masalah dalam mendapatkan barangan ramuan halal. Dalam masa yang sama, HDC melihat produk ramuan halal mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan pada masa akan datang.

Selain itu, produk halal bukan saja boleh digunakan untuk pengeluaran produk makanan tetapi boleh juga digunakan untuk menghasilkan produk kosmetik dan ubat-ubatan. peningkatan pengeluaran ramuan halal juga boleh menarik lebih banyak syarikat asing untuk menghasilkan produk halal di negara ini. Ianya juga sekaligus dapat mengukuhkan nama Malaysia sebagai pengeksport utama barangan halal di dunia.

 pengeluaran ramuan halal penting dalam keseluruhan rantaian bekalan produk halal kerana ia bukan saja boleh digunakan untuk produk makanan tetapi juga menjadi ramuan asas kepada produk lain. Masih terdapat mentaliti dalam kalangan pengusaha bahawa halal hanya membabitkan isu berhubung penyembelihan dan makanan. Sebenarnya, halal membabitkan keseluruhan rantaian nilai. HDC juga sedang giat mempromosikan Stevia, iaitu sejenis tanaman yang daunnya digunakan sebagai manisan ramuan halal dalam menghasilkan produk makanan dan minuman. Stevia juga mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat sebagai bahan makanan yang selamat digunakan.
Stevia berpotensi besar untuk dimajukan khususnya dalam industri makanan dan minuman di dunia yang kini semakin mementingkan kesihatan.
           

Tahun lalu, sektor ramuan halal menjadi penyumbang tertinggi dengan nilai eksport RM12.3 bilion atau 35 peratus dan diikuti dengan sektor makanan dan minuman yang menyumbang sebanyak RM11.9 bilion (34 peratus). Walaubagaimanapun Selain itu, sektor minyak sawit derivatif seperti oleokimia menyumbang RM7 bilion (20 peratus); bahan kimia industri bernilai RM2 bilion (enam peratus); sektor kosmetik menyumbang RM1.8 bilion (lima peratus) dan sektor farmaseutikal bernilai RM290 juta.

Menurut HDC juga, jumlah eksport halal di Malaysia antara Januari dan Disember 2011 adalah RM 35.4 billion naik 53 peratus dari 2010 daripada keseluruhan eksport sebanyak RM 513.6 billion. Dengan ini industri halal di Malaysia telah membuka peluang untuk menarik lebih lagi negara-negara islam yang saling memerlukan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara negara.

No comments:

Post a Comment