Friday 23 November 2012

SINAR BARU PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2013


SINAR BARU PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2013
OLEH: NIK MOHD HARIS BIN NIK SETAPA

            Perbentangan Belanjawan 2013 oleh yang amat berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di dalam dewan rakyat pada 28 september lalu telah memberikan sinar baru kepada semua penjawat awam di negara ini. Dengan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat Sebuah Janji Ditepati", belanjawan kali ini membawa pelbagai perubahan baru terhadap negara dan rakyat terutamanya sesuai dengan slogan kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Perbentangan yang berlangsung selama 2 jam 15 minit itu telah disaksikan oleh seluruh ahli parlimen dan disiarkan secara langsung melalui beberapa stesyen televisyen dan radio tempatan.
Motivasi
Dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, pelbagai ganjaran diperuntukkan kepada penjawat awam. Ini adalah merupakan satu bentuk motivasi yang diberikan oleh kerajaan pimpinan yang amat berhormat perdana menteri agar semua penjawat awam terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan berdaya saing setanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta.
Beruntung
 Menurut salah seorang juruaudit syarikat swasta, Syazana Mohd Kamal, kakitangan kerajaan beruntung kerana  mendapat lebih banyak manfaat melalui belanjawan tersebut jika dibandingkan dengan pekeja swasta sepertinya. Menurutnya lagi, perhatian yang diberikan oleh kerjaan mengenai penjagaan kesihatan kakitangan swasta sudah cukup berharga bagi pekerja swasta sepertinya. Pemberian bonus sebulan gaji untuk penjawat awam serta lima ratus ringgit kepada pesara telah menunjukkan bertapa kerajaan menghargai kakitangan awam yang terus memberikan khidmat mereka kepada negara.
Meningkat
            Selain itu, melalui bajet ini juga, kerajaan telah meningkatkan kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan. Jika sebelum ini, pesara kerajaan hanya menikmati kadar pencen minimum sebanyak tujuh ratus dua puluh ringgit sebulan, namun melalui bajet ini mereka akan menikmati pencen bulanan sebanyak lapan ratus dua puluh ringgit iaitu kenaikan kadar pencen sebanyak seratus ringgit. Jumlah tesebut adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan pesara kerajaan terus terjamin dan tidak terbeban dengan peningkatan harga barangan keperluan semasa.
Warga emas
            Ganjaran yang diberikan juga tidak mengenepikan hak pesara kerajaan yang berstatus warga emas. Dengan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport daripada tiga ratus ringgit kepada seratus lima puluh ringgit bagi tempoh sah laku lima tahun kepada warga emas telah memberikan satu lagi sebab untuk terukirnya senyuman pada wajah pesara kerajaan. Dengan caj yang jauh lebih murah, mereka mampu mengurangkan kos untuk melancong ke luar negara setelah memberikan sepenuh jiwa kepada negara semasa perkhidmatan mereka.
            Dengan perbentangan belanjawan 2013 tersebut, maka diharapkan segala inisiatif yang diberikan oleh kerajaan dari segala aspek mampu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seluruh warga negara Malaysia. Belanjawan yang lebih memfokuskan kepada memberi manfaat kepada rakyat seperti ini harus disokong dari akar umbi oleh segenap lapisan masyarakat yang tinggal di negara ini agar masyarakat dapat membangun menjadi sebuah bangsa yang maju dan disegani.

No comments:

Post a Comment