Oleh >> Mohd Zamri Bin Anuar
Nor Azura Bt Awi
.........................................................
|
KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN?? |
Kewartawanan boleh didefinisikan
sebagai proses yang melibatkan komunikasi bagi menyampaikan sesuatu berita atau
ulasan berita mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku seshari-hari yang umum
dan sebenar dengan kadar yang secepat-cepatnya. Pembangunan membawa maksud
keadaan berbentuk fizikal dan bukan fizikal yang mengalami perubahan ke arah
yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya iaitu membawa maksud berlakunya
penyebaran maklumat yang bermatlamat untuk mengubah pemikiran dan sikap masyarakat
ke arah pemodenan pembangunan.
Dalam konteks kewartawanan
pembangunan, ia merupakan satu konsep di mana para wartawan digalakkan untuk
menyampaikan sesuatu berita atau ulasan berita yang menjurus ke arah pelaporan
yang berhubung dengan isu-isu pembangunan terutamanya berkaitan dengan kerajaan
dan negara. Secara umumnya, kewartawanan pembangunan bertindak sebagai agen
perubahan dan dianggap wartawan kerajaan dalam menyalurkan sesuatu mesej
berhubung dengan sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Kewartawanan pembangunan juga menyumbang kepada usaha untuk membuka minda
masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup , ekonomi, nilai kemasyarakatan,
norma dan sikap ke arah yang lebih baik. Kewartawanan pembangunan juga sebagai
penggerak utama kerajaan dalam membangkitkan aspirasi nasional dan memainkan
peranan penting sebagai pemangkin serta pengembleng pembangunan masyarakat.
Kewartawanan pembangunan juga
memperincikan apa yang dikatakan oleh kerajaan mengenai sesuatu isu. Dalam erti
kata yang lain, kewartawanan pembangunan bukan sahaya bertindak untuk memberi
maklumat kepada masyarakat tetapi dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada
masyarakat untuk melakukan perubahan. Kewartawanan pembangunan mempunyai konsep
dan falsafah yang saling berkaitan yang menjadi disiplin utama untuk mencapai
objektifnya.
KONSEP KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
Konsep utama kewartawanan
pembangunan ialah berteraskan kepada penyebaran maklumat kepada masyarakat
denagan misi untuk membentuk dan memperkenalkan nilai baru, sikap baru dan
perlakuan baru yang bersesuaian dengan arus pemodenan melalui saluran seperti
media massa. Kewartawanan pembangunan juga dikenali sebagai perutusan
pembangunan negara dengan membentuk kefahaman melalui penulisan untuk menyebarkan
maklumat kepada masyarakat. Di Asia, perkembangan peringkat awal komunikasi
pembangunan adalah diusahakan oleh para wartawan yang menggunakan istilah
kewartawanan pembangunan yang bertujuan untuk melaksanakan pemberitaan yang
mendukung kepada liputan pembangunan negara.
Kewartawanan pembangunan sebagai
kerjaya penyebaran maklumat yang juga bertindak sebagai agen perubahan yang penting dalam memberi
kesan yang berterusan kepada individu dan masyarakat. Kewartawanan pembangunan
sebagai agen perubahan dalam pembinaan modal insan yang seimbang, penyusunan
institusi keluarga yang tenteram dan pembentukan masyarakat yang aman damai
yang mungkin tidak dapat dilakukan sekiranya sebaran am dan bacaan umum yang
membentuk serta menggalakkan pemikiran masyarakat ke arah keruntuhan akhlak dan
pemikiran mundur serta negatif terhadap kerajaan dan negara menerusi penonjolan
berita atau ulasan berita yang menuju ke arah tersebut. Oleh itu, konsep
kewartawanan pembangunan menegaskan penulisan sesuatu berita dan ulasan berita
yang mempunyai nilai pelaporan yang dapat mendidik serta mendedahkan masyakat
kepada perubahan yang positif yang berkaitan dengan perubahan dasar kerajaan.
Kewartawanan pembangunan juga
bertindak melalui komunikasi dari atas kebawah iaitu sebagai wartawan kerajaan
dengan menyalurkan maklumat berdasarkan sumber daripada pihak kerajaan terus
kepada masyarakat.Ia juga memfokus kepada sesuatu isu yang ada kaitan dengan
masyarakat. Selain itu berlakunya komunikasi dari bawah ke atas iaitu wartawan
pembangunan bertindak sebagai pelapor penyiasatan iaitu melaporkan apa yang
berlaku di peringkat bawahan. Dalam erti kata lain wartawan bertindak sebagai
pihak masyarakat untuk menyatakan pandangan dan pemasalahan yang berlaku dalam
masyarakat. Pokoknya, kewartawanan pembangunan berkonsepkan penyampaian
maklumat yang mengandungi unsur membujuk, mendidik dan ideologi untuk
mengalakkan partisipasi masyarakat dalam melakukan sesuatu perubahan sosial.
PERKEMBANGAN KEWARTAWANAN DI
MALAYSIA
Perkembangan
kewartawanan di Malaysia dapat dilihat dari segi perubahan fungsi dan
perjuangan wartawan sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan negara.Sebelum
mencapai kemerdekaan negara, fungsi dan perjuangan para wartawan lebih
bertindak sebagai guru, budayawan, dan golongan intelek. Pada ketika itu juga
fungsi mereka lebih kepada agen perubahan dalam menyebarkan propaganda
kemerdekaan dan pada masa yang sama membangkitkan identiti bangsa melalui karya
berunsur seni dan sastera bagi membangkitkan kesedaran kepada masyarakat. Namun
kini, selepas kemerdekaan negara, wartawan berfungsi sebagai agen perubahan
yang mengisi makna kemerdekaan dan mewujudkan kesedaran perpaduan antara
lapisan masyarakat.Selain itu, wartawan bertindak dalam pembangunan negara dan
membantu dalam pembangunan modal insan.
Jika
diperingkat awal penerbitan akhbar negara kita, tumpuan kandungannya lebih
kepada perkara-perkara seperti adat budaya, agama, pengumuman dan kenegaraan,
tetapi kini bidang penerbitan majalah dan akhbar semakin rancak dengan pelbagai
judul dan pelbagai bidang diterbitkan.Perkembangan ini sejajar dengan bidang
kewartawanan yang semakin mendapat tempat di negara kita dan setiap penulisan
yang dikeluarkan boleh memberi impak kepada individu dan
masyarakat.Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik ekoran
daripada perkembangan ekonomi negara telah membuka peluang yang banyak kepada
kerjaya kewartawanan khususnya di sektor swasta.
Dalam
konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk adalah kritikal bagi wartawan
menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat perkauman, melampau dan
bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.Oleh kerana itu,
wujudnya undang-undang dan akta berkaitan dengan kewartawanan bagi mengawal
salahlaku seperti kenyataan yang boleh membawa fitnah dan sebagainya. Wartawan
juga mempunyai etika yang perlu dipatuhi agar pelaporan berita atau apa –apa
sahaja kenyataan yang dikeluarkan tidak berbaur hasutan atau membawa keburukan
kepada individu,masyarakat dan negara. Perkembangan kewartawanan di Malaysia
kini dilihat semakin berkembang sejajar dengan kepesatan negara. Penulisan dan
pelaporan berita akan memberi impak sama
ada positif dan negatif bergantung kepada seseorang wartawan itu mengulas
sesuatu kenyataan. Namun dapat dilihat kini, penulisan wartawan lebih bersifat
lantang dan lebih berani bersuara berbanding dulu.
PERANAN MEDIA MASSA DALAM
PEMBANGUNAN
Media massa yang merangkumi media
elektronik dan media cetak merupakan saluran yang penting dalam penyebaran
maklumat secara skala besar dan dapat mempunyai pengaruh yang luas. Media massa
terutamanya radio, televisyen dan internet dapat mencapai khalayak yang besar
dalam menyebarkan maklumat mengenai pembangunan negara. Media massa saluran
utama untuk menyampaikan kepada
masyarakat mengenai maklumat tentang pembangunan sosial agar mereka memusatkan
perhatian kepada keperluan untuk sesuatu perubahan , kesempatan dalam melakukan
perubahan , saranan perubahan dan menggalakkan kebangkitan aspirasi nasional.
Sebagai contoh, pembentangan bajet 2013 melalui saluran media massa seperti
televisyen dapat memberi maklumat dan pendedahan mengenai perangkaan bajet
kerajaan kepada masyarakat.
Media massa juga berperanan dalam
menggalakkan penyertaan masyarakat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam
proses pembuatan keputusan , memperluas dialog agar melibatkan semua pihak yang
akan membuat keputusan tentang perubahan, memberi kesempatan kepada para
pemimpin masyarakat untuk memimpin dan mendengar pendapat rakyat kecil dan
mencipta arus maklumat yang berjalan lancar dari bawah ke atas. Selain itu,
media massa berperanan dalam mendidik tenaga kerja yang diperlukan untuk
pembangunan daripada orang dewasa hinggalah kepada anak-anak sehingga
ketrampilan teknik yang mengubah hidup masyarakat. Sebagai contoh penggunaan
laman sosial seperti Facebook juga dapat menyampaikan maklumat secara pantas
kepada semua lapisan masyarakat.
Di samping itu, media massa
berperanan besar dalam pembangunan yang dapat dilihat dari segi mempengaruhi
sikap dan perilaku masyarakat dan cukup efektif dalam membangun kesedaran
seseorang mengenai sesuatu isu. Media massa memiliki peranan utama dalam
menjaring informasi dan membentuk pendapat masyarakat serta menjadi alat untuk
kawalan sosial. Pemilihan media yang efektif berpotensi untuk mempengaruhi
masyarakat ke arah perubahan sosial yang positif. Media massa juga menjadi alat
penyampai yang berkesan mengenai isu dan dasar baru yang diperkenalkan oleh
pihak kerajaan. Media massa yang bersifat mudah untuk diakses akan menggalakkan
informasi mudah untuk disampaikan terus kepada semua lapisan masyarakat. Dengan
itu, sesuatu mesej pembangunan dapat disalurkan dengan baik.
FALSAFAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
Perkataan
falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno (philosophia), dandalam
pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah" berdasarkan
(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu
pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauhserta
matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai
oleh pengetahuan biasa. Selain itu juga falsafah boleh dikatakan sebagai
pegagan yang diamalkan oleh seseorang wartawan dimana ia berkaitan dengan
tugas-tugas yang menjurus kepada perkara yang positif.Menurut
Schramm seseorang wartawan haruslah membuat sesuatu berita dan ulasan, beritanya
diwarnai motif-motif tertentu menjadi pembentukan bangsa, menyatukan rakyat
yang berbilang kaum dalam satu masalah dan yang terakhir ialah kepentingan
nasional secara bersama.
Falsafah dalam kewartawanan pembangunan merupakan
jendela utama kepada masyarakat tersisih dan tradisi.Hal ini boleh dijelaskan
lagi kewartawanan pembagunan mempunyai fungsi yang tinggi kepada mereka yang
tersisih.Perkataa “tersisih” merujuk kepda mereka yang tidak mendapat maklumat,
oleh itu, peranan wartawan pembagunan seharusnya menyampaikan maklumat kepada
mereka berkenaan.Selain itu juga, mereka berfungsi dalam Hal Ehwal Komuniti,
mereka seharusnya mempunyai komunikasi interpersonal yang baik dalam
menyampaikan mesej kepada masyarakat yan tersisih, dan mereka sewajarnya
melibatkan diri secara terus kepada komuniti tersebut. Hal ini membolehkan
masyarakat akan mendapat maklumat secara terus daripada pihak atasan kepada
semua rakyat. Hal ini membolehkan
tangapan negatif masyarakat kepada penyampai mesej dapat diatasi.
Disamping itu juga, falsafah ini menekankan aspek
tugas kewartawanan dalam menyampaikan maklumat kepada semua masyarakat sama ada
menggunakan medium cetak ,elektronik atau media baru. Menurut
Dr.DamardjatiSupedjarmejelaskan tugas kewartawanan pada dasarnya adalah
“Belayar pada layar kesedaran sehingga hasilnya dapat memberi manfaat bagi
pembangunan masyarakat”. Perkara ini sangat penting menjadi seorang wartawan
pembangunan ,kerana mereka harus memberi manfaat kepada semua golongan sama ada pada peringkat atasan atau
bawahan . Sesuatu tugas yang dilakukan oleh wartawan harus melihat kepada pokok
utama iaitu mereka merupakan agen perubahan dan mereka seharusnya bertindak
untuk melakukan tranformasi pembangunan kepada semua masyarakat umum
PERANAN AGEN PERUBAHAN
Secara umum jika ditanya mengenai siapa wartawan
pembangunan, mungkin ramai menjawab mereka adalah golongan penyampai ilmu dan
maklumat melalui penulisan.Namun, ada juga persepsi negatif, wartawan suka
menjaga tepi kain orang dan memutarbelitkan fakta untuk kepentingan sesuatu
pihak. Walau apapun pandangan mengenai kerjaya dan dunia kewartawanan
pembangunan, peranan mereka dan media massa dalam pembangunan serta pemodenan
tidak dinafikan. Pengamal media terkemuka, Datuk A Kadir Jasin, berkata
wartawan adalah ejen menyampai maklumat kepada masyarakat. Sejajar perkembangan
teknologi moden, media baru mula mendapat tempat dalam pemikiran masyarakat
masa kini. Kemunculan media baru kata Kadir, adalah saingan hebat kepada media
cetak.
Media baru berpaksikan internet. Contoh, laman
berita, akhbar dalam talian, laman web sosial seperti youtube dan twitter kini
menjadi sebahagian sumber maklumat. “Keadaan ini memberi saingan kepada media
tradisional iaitu media cetak dan secara tidak langsung menyebabkan sambutan
terhadap medium berkenaan merosot.Ironinya, media cetak yang masih menjadi
wadah pengguna adalah media hiburan.Senario ini menyebabkan generasi muda malas
membaca, berfikir dan membuat analisis serta bergantung kepada teknologi
semata-mata. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, peranan media dan wartawan
sebagai ejen pembangunan dan pemodenan tidak akan lancar. Oleh kerana itu,
sebagai wartawan pembangunan mereka harus peka dengan isu diatas kerana isu
tersebut membolehkan khalayak sentiasa berfikiran negatif.
Peranan Wartawan Sebagai Ejen Pembangunan dan
Pemodenan.peranan media sebagai ejen pembangunan dan pemodenan merangkumi aspek
terlalu luas termasuk sumbangannya ke arah pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Sementara itu, Prof Dr Ahmad Murad Merican, dari Universiti Teknologi Petronas,
Perak berkata, wartawan perlu memodenkan diri dengan berfikiran kritis selain
menguasai ilmu dan pengetahuan sebagai langkah menerajui pemodenan dan
pembangunan negara.Beliau berkata, profesion kewartawanan adalah bidang yang
mendahului idea, pemikiran, pembangunan, negara dan bangsa. Namun, wartawan itu
sendiri perlu memantapkan diri dengan dedikasi tinggi untuk mengorak langkah
lebih jauh dan berpotensi tinggi dalam membantu untuk kemajuan dan kemodenan
negara.
PRINSIP
KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
Kewartawanan pembangunan untuk perubahan sosial dan
pembangunan Negara.Namun begitu keberkesanan pelaksanaanya perlu kepada
beberapa perkara yang menunjukkan wartawan mempunyai fungsi dalam pembangunan
Negara Malaysia.Sebagai wartawan pembangunan mereka seharusnya mempunyai
matlamat untuk mendorong, melibatkan dan membuat khalayak dalam rancangan
pembangunan. Dalam konteks ini, khalayak merupakan orang yang akan membuat
persepsi adakah wartawan menjalankan tugas pembangunan atau sebalikknya. Oleh
itu, wartawan seharusnya membuat sesuatu kenyataan seharusnya melibatkan
masyaraktsupaya mereka tahu dan diberitahu oleh golongan yang dikenali sebagai agen perubahan. Segala program yang
dilaksanakan oleh kerajaan, wartawan pembangunan seharusnya memberi penekanan
kepada khalayak supaya mereka turut serta dalam apa-apa yang dikeluarkan oleh
pemimpin Negara.
Selain itu juga, wartawan pembangunan mesti
mempunyai sifat dua hala, dinamis dan saling bertindak.Hal ini membolehkan
maklumat yang disampaikan oleh pihak atasan juga boleh diterima oleh kumpulan
bawahan ataupun khalayak.Wartawan mesti mempunyai tahap komunikasi secara interpersonal
yang baik antara orang atasan dan bawahan.Mereka juga mesti bersifat dinamik
iaitu sentiasa berterusan menyampaikan maklumat dari semasa ke semasa kepada
semua khalayak.Mereka juga harus peka terhadap perkara-perkara yang menjadi
bualan masyarakat, dan sekali gus menjadi penyelesai masalah diantara mereka
ataupun dengan pihak yang lain. Hal ini merupakan prinsip yang harus dipatuhi
oleh wartawan pembangunan bagi membolehkan mereka menjalankan sesuatu tindakan
dimana fokus utamanya adalah kepada khalayak sasaran.
Disamping itu juga, wartawan pembangunan perlu
mendapatkan penyertaan khalayak dalam mengenalpasti masalah, keutamaan,
penyelesaian pilihan dan implikasinya. Sebagai wartawan mereka seharusnya
mempunyai nilai yang positif yang menjadi idola kepada masyarakat kerana mereka
merupakan orang tengah yang akanmenyampaikan maklumat. Sebarang maklumat yang
mengelirukamkhalayalak untuk membuat pilihan, wartawan haruslah memainkan
peranan dalam menyelesaikan konflik yang dialami oleh
mereka.Sebelummereyelesaikan masalah yang dihadapi oleh khalayak wartawan juga
mesti mempunyai pemikiran yang kritis dalam menilai masalah yang dihadapi oleh
khalayak tersebut.Hal ini membolehkan segala tindakan yang dilakukan merupakan
tindakan yang terbaik.
Secara keseluruhannya konsep dan falsafah kewartawanan pembangunan ianya
lebih memfokuskan kepada tugas dan tanggungjawab sebagai wartawanpembagunan
dalam menguruskan hal-hal pembangunan komuniti masyarakat. Dengan penjelasan
diatas dapat dirumuskan bahawa wartawan pembangunan merupakan orang penting
dalam pembangunan Negara kerana dengan adanya wartawan pembangunan mereka dapat
menyampaikan maklumat daripada pihak atasan kepada khalayak bawahan, mereka
juga merupakan orang yang akan menulis berita-berita yang mempunyai kaitan
dengan pembangunan masyarakat.
Dalam dunia kewartawanan pembangunan banyak perkara yang harus dipatuhi
dalam melakukan sesuatu perkara.MenurutSociety of (US) Professional Journalists
dalam
buku “Doing Ethics in Journalism” menyatakan“Ditinjau kebaikannya, sesuatu
kod etika kewartawanan dapat membantu wartawan mengenal pasti banyak masalah
dan menyedarkan wartawan bahawa tugas mereka ialah bertanggungjawab mencari dan
melaporkan berita dengan lengkap dan tepat, dan juga mengingatkan wartawan
supaya sentiasa berwaspada terhadap tekanan-tekanan yang akan akhirnya
melenyapkan kebebasan akhbar.“Sebaliknya, kod etika kewartawanan boleh
membatasi kemampuan individu wartawan untuk bertindak dan membuat keputusan
secara bebas”Etika Kewartawanan Malaysia telah disusun oleh wartawan untuk
wartawan. Oleh yang demikian kaum wartawan Malaysia bertanggungjawab untuk
menghayati dan mematuhinya.
Menurut penjelasan di atas ianya ada menyentuh tentang konsep, falsafah,
peranan wartawan dalam pembangunan dan sebagainya.Hal ini merupakan aspek
penting dalam dunia kewartawanan yang mencorakkan pemikiran masyarakat supaya
mereka lebih berfikiran positif dan bersama-sama dalam pembangunan Negara Malaysia.
Tidak dinafikan tugas sebagai wartawan merupakan suatu perkara yang agak sukar
kerana meraka seharusnya mempunyai hubungan yang baik dengan khalayak bagi
membolehkan khalayak akan lebih mudah untuk menerima sesuatu maklumat dan mudah
untuk memberikan maklum balas tentang sesuatu yang mesej yang disampaikan.
Penulis:
Pelajar Jurusan Sarjana Muda Komunikasi,
Universiti Utara Malaysia.
___________________________________________
zam_azu@rencanaTV.com