Mohd Ridzuan Bin Mohamad Jalil
dalam mencari kelainan untuk infomasi kepada komuniti, wartawan juga cuba membongkar keunikan komuniti lain yang terdapat dalam dan luar negara sebagai pengetahuan kepada masyarakat. |
Secara umun bidang kewartawanan
merangkumi mengumpul, menyunting, menulis, memberi maklumat, membuat perubahan
melalui penulisan yang disiarkan melalui berita
akhbar, televisyen, radio dan internet. Bidang kewartawanan mempunyai
dua cabang iaitu kewartawanan cetak dan kewartawanan elektronik.Kewartawanan
cetak tertumpu kepada pengeluaran akhbar, majalah dan buku manakala
kewartawanan elektronik pula adalah berbentuk penyiaran maklumat atau berita
melalui televisyen, radio dan media interaktif. Walaupun terdapat perbezaan
dari segi kandungan mesej namum ia mempunyai satu kepentingan yang sama.
Kewartawanan melalui televisyen dan radio memberikan informasi yang lebih mudah
dan cepat berbanding dengan kewartawanan cetak tetapi kandungan mesej yang disampaikan
dalam akhbar lebih terperinci dengan mengupas tentang sesuatu isu secara lebih
kritikal.Berbeza bagi siaran televisyen keberkesanan beritanya dapat dinilai
daripada skop liputan siaranyang dihasilkannya manakala media cetak pula
keberkesanan berita dilihat dari segi kejayaan menghasilkan kupasan berita.Namun
seorang wartawan terikat dengan etika dan perundangandemi memelihara kebebasan dalam
menyampaikan maklumat.Hal ini bertujuan menjaga intergriti dalam menjalankan
tugas sebagai seorang wartawan. Pepatah juga telah mengatakan bahawa “ mata
pena lebih tajam daripda mata pisau” kerana melalui penulisan ia boleh
menimbulkan satu kebangkitan. Pada masa yang sama, khalayak juga perlu faham
dan sedar peranan media demi infomasi kepada komuniti. Oleh yang demikian dapat
kita menilai tentang sejauh manakah peranan media demi menyampaikan infomasi
terbaik kepada komuniti.
Wadah
penyaluran maklumat
Masyarakat menilai wartawan sebagai
satu kelompok individu dan kumpulan yang berusaha mencari maklumat demi
menyebarkan kepada umum.Mereka sering bertungkus lumus dalam meneroka segala
pelusuk maklumat yang mempunyai nilai berita.Bahkan tugas mereka lebih mencabar
apabila turut berperanan sebagai penggerak dasar kerajaan.Mereka menggunakan
segala ilmu komunikasi sebagai ejen perubahan demi mengubah pemikiran
rakyat.Mereka turut mengulas tentang sesuatu isu dengan pemikiran yang kritis
untuk massyarakat menilai tentang sejauhmanakah sesuatu isu wajar dalam
masyarakat.Sebagai contoh dalam ulasan bajet 2013, mereka mengupas segala
kandungan bajet tersebut dan menilai sejauh manakah rakyat membuka mata tentang
usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan demi pembangunan negara.
Selain itu, wartawan cuba untuk
membongkar tentang realiti sebenar masyarakat,Contoh program ‘Bersamamu’. TV3
selaku pengamal media telah menganjurkan program khas ini adalah bertujuan
untuk membongkar tentang realiti sebenar masyarakat yang kurang berkemampuan.
Di sini peranan wartawan adalah memupuk sikap membantu dalam kalangan masyarakat
supaya peka akan nasib orang yang tidak berkemampuan. Secara tidak langsung
wartawan telah membantu meraih dana bagi membantu segelintir masyarakat yang
dibelenggu kemiskinan. Hal ini turut membantu kerajaan untuk menilai kelompok
yang kurang berkemampuan ini untuk membantu mereka mengubah hidup kepada yang
lebih terjamin.
Tugas
sebagai wartawan amat meluas dalam menyampaikan maklumat kepada komuniti.
Wartawan juga tidak janggal dalam mencari keunikan sesuatu nilai berita biar
pun ia sukar untuk dicapai. Hal ini demi mencari infomasi yang bermutu agar
masyarakat dapat mengetahui perkara yang belum pernah didengari dalam komuniti
mereka.Sebagai contoh mereka menyiarkan tentang kehidupan masyarakat pribumi
yang jauh ke pedalaman. Dengan mengupas berita-berita sebegini ia dapat memberi
kelainan dan keunikan dalam sesuatu nilai berita. Masyarakat juga turut
terdedah dengan infomasi kelompok orang asli yang belum pernah mereka dengari.
Penyalur
hiburan kepada komuniti
Hiburan
dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan.Hiburan diperlukan sebagai
penawar dikala kekusutan. Bahkan dalam bidang kewartawan juga mempunyai skop
hiburan yang akan disajikan kepada komuniti. Mereka menyajikan berita-berita
yang berkait dengan hiburan seperti filem, artis, humor, dan sebagainya.
Berita-berita seperti ini yang
dihasilkan oleh wartawan dapat menghiburkan masyarakat. Kebiasaannya ia
disasarkan kepada golongan muda yang sering mengikuti perkembangan dunia
hiburan tanah air mahupun luar negara.Bahkan berita sebegini mempunyai nilai
positif dalam masyarakat keranaia memupuk satu sifat suka akan pembacaan. Berita-berita
hiburan sebegini mempunyai nilai-nilai tersendiri kerana nilai pemberitaan
tersebut dapat mendidik masyarakat dan memberi pedoman kepada dunia realiti.
Contohnya wartawan yang memperihalkan isu berkaitan artis-artis yang dapat
membuka mata masyarakatdengan mengambil
iktibar daripada perkara yang berlaku dalam dunia hiburan. Ada juga dalam
kalangan artis yang menjadi ikon kepada masyarakat dengan menunjukkan etika
yang baik dan dituruti oleh masyarakat.Penceritaan sebegini dibawa oleh
wartawan hiburan untuk menjadikan satu teladan kepada masyarakat.
Pendidik yang gigih
Kewartawanan tidak dapat dipisahkan
dengan unsur-unsur pendidik kepada komuniti.Melalui penulisan, wartawan perlu
menyingkap tabir ilmu dengan memupuk minda masyarakat untuk mengubah sesuatu
kebiasaan kepada satu perubahan yang lebih baik dalam linkungan roda
kehidupan.Untuk mendidik masyarakat supaya melakukan sesuatu yang lebih baik
dalam kehidupan mereka memerlukan infomasi untuk disampaikan kepada masyarakat.
Infomasi yang disampaikan masyarakat bukan sekadar maklumat biasa, tetapi ia
memerlukan satu bentuk maklumat yang lebih spesifik dan mengandungi pelbagai
ilmu kemanusiaan. Penyebaran ilmu oleh wartawan menunjukkan kepentingan bidang
wartawan kepada komuniti.Penyampaian penulisan kewartawanan amat berpengaruh
kepada masyarakat disebabkan masyarakat amat bergantung kepada infomasi yang di
ulas oleh pihak wartawan. Wartawan akan mengulas sesuatu isu secara kritikal
dengan pemikiran yang sesuai dengan ideologi sesebuah negara. Sebagai wartawan
infomasi yang ingin di hidangkan kepada masyarakat sebelum dicetak di dada-dada
akhbar memerlukan penyaringan yang teliti bertujuan segala penulisan menjadi
wadah ilmiah kepada masyarakat.Melalui penulisan ini rakyat dapat berfikir
tentang sesuatu isu berdasarkan penulisan yang di ulas oleh kewartawanan. Isu
tersebut akan tersebar dan menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Hal ini
menjelaskan penulisan kewartawan amat berpengaruh kepada komuniti. Benarlah
perkara yang terkandung dalam falsafah jihad pena iaitu penulisan merupakan
pena dakwah. Perkara yang ingin dibawa oleh wartawan merupakan satu bentuk
dakwah yang dijadikan bahan pendidik kepada masyarakat.
Ejen
perubahan kepada komuniti
Pembangunan sesebuah negara
terletak kepada kebijaksanaan pentadbir dalam mengubah dasar-dasar
negara.Dasar-dasar yang digubal pula perlulah konsisten dengan peredaran zaman
dan keperluan semasa dalam mencapai pengertian sesebuah negara maju.Dasar-dasar
yang digubal semestinya untuk keperluan rakyat sesebuah negara.Oleh yang
demikian, bagi pihak rakyat, mampukah mereka sebagai pengikut dasar untuk turut
serta menyokong dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan.Disini meperlihatkan
peranan wartawan sebgai ejen perubahan atau ejen pembangunan untuk membuka
minda rakyat berfikir tentang isu yang diketengahkan.Wartawan menulis untuk
memujuk rakyat melakukan perubahan bergantung kepada usaha-usaha komunikasi
dalam memujuk rakyat.Wartawan kebiasaannya mempunyai kemahiran-kemahiran yang
tinggi dalam memupuk kesedaran masyarakat untuk terpengaruh dengan ideologi
yang dibawa.Sebagai contoh isu penubuhan Felda Global Venture (FGV) yang
mempunyai kontroversi terhadap penubuhannya.Dalam media sosial banyak
memperkatakan tentang isu negatif tentang penubuhan FGV dan kesannya kepada
peneroka.Sebagai wartawan mereka perlu membalas kritikan yang telah dibuat
dengan menyertakan fakta yang mudah difahami serta mampu memupuk kesedaran
terhadap perkara sebenar yang ingin diketengahkan.Sebagai wartawan mereka perlu
mempunyai kredibiliti dalam menyampaikan sesebuah berita pembangunan untuk
memupuk rakyat berfikir secara kritis dan inovatif sejajar dengan kreteria penduduk
negara maju. Kemajuan bukan semata-mata kayu ukur kepada status negara maju, bahkan pemikiran rakyat
kelas pertama juga menjadikan negara itu untuk terus maju. Melalui pemberitaan
yang dibawa wartawan ini dapat melahirkan pemikir yang rasional dan memupuk
semangat patriotisma untuk menuruti arus perubahan yang direncanakan. Dasar
tidak akan terlaksana jika rakyat tidak turut serta untuk mengikuti perubahan.
Oleh yang demikian, penulisan dan pemikiran yang kritikal diperlukan oleh
seorang wartawan dalam membawa rakyat berfikir untuk melakukan perubahan dan
membuang tabiat yang suka memundurkan diri dengan sifat kebiasaan.
Tuntasnya
kewartawanan mempunyai peranan yang besar dalam komuniti demi mencari dan
menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.Wartawan mempunyai sikap
memerhati, memikir dan menulis secara kritis mengikut pemikiran yang rasional
kepada masyarakat.Bahkan penulisannya meliputi ideologi yang didasarkan oleh
faktor pembangunan sesebuah negara. Pengaruh terhadap penulisan kewartawanan
amat besar kerana ia mampu memajukan mahupun memundurkan sesebuah negara. Oleh
yang demikian kebebasan penulisan kewartawanan terikat kepada etika
kewartawanan dan akta-akta yang digubal bertujuan untuk memelihara keamanan
untuk mengelakkan kekacauan dan sensitiviti masyarakat. Akan tetapi bukan
kesemua masyarakat sedar akan bebanan yang dibawa oleh seorang wartawan. Hal
ini demikian kerana terdapat sesetengah pihak yang mengkritik peranan wartawan
seperti menjaga tepi kain orang, menyampaikan berita fitnah, dan ejen kepada
politik kerajaan. Sesungguhnya kewartawan cuba untuk menyampaikan wadah ilmiah
kepada masyarakat dengan memelihara sensitiviti sesetengah pihak. Benarlah kata
pujangga penulisan bahawa mata pena lebih tajam taripada mata pedang. penulisan
mampu membuatkan rakyat bangkit dan berubah daripada kebiasaan kepada kemajuan.
Oleh sebab itu wartawan mempunyai peranan yang besar dalam komuniti.
wartawan berusaha mencari sesuatu berita yang bernilai untuk komuniti dengan mengupas secara kritikal agar masyarakat dapat menilai sesuatu isu dari persepsi mereka. |
No comments:
Post a Comment