Oleh Mohamad Amin Bin Abd Rani
Siti Khalidah Bt Mazlan
Noor Sahkira Kamaruddin
Mohd Nazrin Shah Musirin
Wartawan
Karier sebagai seorang wartawan
bukanlah semudah yang disangkakan.Wartawan mempunyai tanggungjawab besar dalam menyampaikan
pelbagai informasi dan maklumat kepada masyarakat.Namun, pada masa yang sama
golongan wartawan terdedah dengan risiko dikenakan tindakan undang-undang
setiap kali melaporkan sesebuah berita. Undang-undang diwujudkan untuk mengawal
salah laku individu atau kumpulan terhadap penguatkuasaan dasar-dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan.
Undang-undang
Selaras dengan itu, akta-akta
berkaitan dengan dunia kewartawanan digubal supaya para wartawan mengikut etika
dalam menjalankan tugasan mereka.Wartawan-wartawan di Malaysia harus peka
dengan enam undang-undang utama yang sering dikaitkan dengan dunia kewartawanan
serta menjadikannya sebagai garis panduan dalam menulis sebarang berita.
Undang-undang tersebut terdiri daripada Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948,
AktaRahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hakcipta 1987, dan Akta Komunikasi dan
Multimedia (Pindaan) 2004.
Akta fitnah
Akta Fitnah 1957 merupakan akta
berhubung dengan undan-undang libel dan slander serta kepalsuan berniat jahat.
Fitnah dalam konteks undang-undang tort merupakan
kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang menjejaskan reputasi
seseorang dan mendedahkan diri kepada kebencian dan penghinaan diri di dalam
masyarakat.Wartawan sering disamandi bawah akta ini kerana mendedahkan berita
yang tidak benar dan memalukan bagi sesetengah pihak.
Akta Hasutan
Akta Hasutan 1948 yang sebelum ini
dikenali sebagai Ordinan Hasutan 1948 telah dipinda dalam tahun 1970.Pindaan
ini bertujuan bagi mengekalkan keharmonian dan mengelakkan sensitiviti pelbagai
kaum di negara ini. Menurut seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948, antara kecenderungan menghasut adalah, bagi
mendatangkan benci atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak suka
terhadap mana-mana raja atau kerajaan. Lazimnya, undang-undang ini dikenakan
kepada wartawan yang menulis berkaitan dengan hal politik negara sehingga
timbul isu hasutan dalam berita yang disampaikan.
Akta Rahsia Rasmi
Akta Rahsia Rasmi 1972 pula
merupakan satu akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan
perlindungan rahsia rasmi. Rahsia rasmi didefinisikan sebagai apa-apa dokumen,
maklumat dan bahan berhubung dengannya,
termasuklah apa-apa dokumen rasmi, maklumat dan bahan lain yang dikelaskan
sebagai “Rahsia Besar” , “Rahsia”, “Sulit”, atau “Terhad”. Rasmi itu sendiri
didefinisikan sesuatu yang berhubung dengan perkhidmatan awam. Akta ini
berkaitan dengan semua orang dan para wartawan tidak terkecuali kerana mereka
adalah antara orang terawal yang mengetahui sebarang berita sama ada berita
tersebut ‘suam-suam kuku’ atau berita ‘panas’ dan sulit yang perlu dirahsiakan
dari pengetahuan umum.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
ditubuhkan bagi tujuan mengawal penggunaan mesin cetak dan percetakan,
pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil
penerbitan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Saluran yang
digunakan oleh para wartawan dalam penyampaian berita sudah tentu melalui media
cetak dan elektronik. Oleh itu, golongan wartawan harus berhati-hati dalam
penulisan mereka yang dipaparkan khususnya dalam surat khabar. Ulasan dan
penerangan yang sahih dalam sesebuah berita oleh seseorang wartawan adalah
penting bagi mengelakkan pihak penerbitan disaman di bawah akta ini.
Akta Hakcipta
Akta Hakcipta 1987 berperanan
melindungi hak pemilikan pencipta berhubung dengan hasil karya. Sesuatu karya itu
dilindungi tanpa mengira kualiti dan
nilainya, tetapi yang diutamakan ialah perlu bersifat asli. Akta ini amat
penting dalam menangani masalah hakcipta di Malaysia terutamanya masalah
berkaitan pelanggaran hakcipta. Seseorang wartawan akhbar contohnya, tidak
sepatutnya “mencedok” atau mengambil maklumat daripada akhbar lain dan
kemudiannya mengumpul maklumat-maklumat tersebut agar dapat menghasilkan sebuah
berita tanpa mencari sendiribahan berita berkenaan.
Akta Komunikasi dan Multimedia
Akta Komunikasi dan Multimedia
(Pindaan) 2004 digubal bagi mengawal industri komunikasi dan multimedia yang
menjurus ke arah percantuman industri-industri telekomunikasi, penyiaran,
teknologi maklumat dan perkara-perkara berkaitan dengannya.Penubuhan akta ini
dilihat penting dalam ledakan maklumat melalui sebaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Penulis-penulis bebas seperti blogger bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana mereka
menganggap cara menyebarkan maklumat sebegini mudah dan seronok serta tidak
terikat dengan prosedur penulisan seperti mana yang perlu dilakukan oleh
wartawan akhbar. Hal ini menyebabkan banyak timbul berita-berita yang tidak
sepatutnya diketahui umum di alam maya.
Risiko
Undang-undang sedia ada
memperlihatkan kekangan kepada wartawan dalam melaporkan sesebuah isu.Tindakan
undang-undang boleh dikenakan kepada penulis yang dianggap melanggar hak
seseorang individu. Dalam kes Melan Abdullah dan Anor melawan pendakwaraya,
beliau telah dituduh kerana menyiarkan
artikel menghasut di bawah akta hasutan kerana telah dituduh menerbitkan satu
penerbitan “hapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil”di akhabr Utusan Melayu.
Namun mahkamah telah mendapati kedua-duanya bersalah dan kedua-duanya juga
merayu atas alasan dibawah peruntukan artikel 1952 (a). Dalam pada itu wartawan
hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita. Penyamaran
sering dilakukan oleh wartawan semasa mencari bahan berita.Namun haruslah
diingat penyamaran tersebut perlu mematuhi undang-undang sedia ada.Risiko yang
ditanggung sangat tinggi apabila mereka mengambil keputusan untuk menyamar
semasa bertugas.Kadangkala perkara-perkara seperti ini boleh membawa kepada
tindakan undang-undang kerana mencabul hak asasi seseorang individu jika dia
merasakan haknya diceroboh. Dalam kes Tan Sri Dato’ Tan Kok Ping selaku
pengerusi kepada Magnum corporation Berhad, beliau telah melawan The New
Straits Time Press di mahkamah kerana laporan berita yang telah dikeluarkan
akhbar tersebut membawa unsur fitnah.
Terikat
Walaupun dikatakan terdapat
kebebasan media, wartawan di Malaysia masih terikat dengan etika dan
undang-undang yang telah ditetapkan.Wartawan yang cekap dapat menyediakan
laporan berita yang mampu menarik minat pembaca.Perjuangan wartawan adalah
untuk menyampaikan kebenaran tanpa halangan yang bersifat konkrit.Kepuasan
seseorang wartawan berlaku apabila mereka diberi peluang untuk menghasilkan
laporan berita tanpa disunting secara berlebihan. Memang tidak dinafikan proses
suntingan diwujudkan bagi menjaga ketepatan berita. Namun jika dibuat secara
berlebihan dengan alasan untuk menjaga sensitiviti dan keharmonian masyarakat
adalah tidak wajar.Wartawan sudah didik untuk melaporkan berita yang sahih dan
adil.
Tanggungjawab sosial
Wartawan juga bertindak sebagai agen
perubahan dalam sesebuah masyarakat.Mereka befungsi sebagai jambatan diantara
pihak kerajaan dan masyarakat untuk berhubung. Malahan hasil penulisan
merekalah yang menyebabkan sesuatu tindakan itu akan diambil. Kadangkala isu
yang dianggap remeh oleh masyarakat menjadi penting hasil laporan berita yang
disiarkan.Sebagai contoh, pembongkaran mengenai ijazah palsu yang dibuat oleh
wartawan Berita Harian telah membuka mata orang ramai termasuklah pihak
berkuasa untuk mengambil tindakan.Risiko yang dihadapi oleh wartawan ini amat
tinggi ketika mendapatkan informasi untuk dimuatkan dalam ruang penulisannya.
Senario ini jelas menunjukkan mereka sangat komited untuk menghasilkan berita
yang berkualiti dan pada masa yang sama membuka mata masyarakat tentang sesuatu
isu.
Oleh
yang demikian, wartawan haruslah diberi lebih ruang dan kebebasan dalam
menyampaikan berita yang kepada rakyat.Hal ini bagi memastikan bahawa rakyat
sentiasa mendapat maklumat yang tepat tanpa mengira fahaman politik mahupun
kaum.Situasi ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan
hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang
yang beruntung”. (Surah Ali-Imran: Ayat 104).
menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang
yang beruntung”. (Surah Ali-Imran: Ayat 104).
Secara
dasarnya, kita dapat memperhalusi kata-kata Allah SWT yang menyeru kepada
umatNya untuk menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada orang lain. Malah, Allah
SWT juga menyeru kepada kita untuk melakukan kebaikan dan mencegah akan
kemungkaran. Berdasarkan ayat Al-Quran tersebut, seorang wartawan haruslah
bertanggungjawab mengajak rakyat untuk melakukan perubahan yang positif serta
menjadi pelapor dalam permasalahan rakyat.Walaubagaimanapun, setiap berita yang
disampaikan oleh seseorang wartawan itu haruslah bertunjangkan kepada kebenaran
supaya rakyat tidak keliru dan berlaku percanggahan maklumat. Berdasarkan
kepada firman Allah SWT yang bermaksud :
“Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesandengan
kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr: Ayat 3).
kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr: Ayat 3).
Ayat
tersebut telah menerangkan bahawa kita sebagai hambaNya, haruslah menyampaikan sesuatu
maklumat yang benar kepada orang lain serta hendaklah bersabar dengan dugaan
yang ditempuhi agar tidak termasuk dalam golongan yang kerugian. Ayat Al-Quran
amat signifikan
Namun,
persoalan yang timbul dalam dunia kewartawanan pada hari ini adalah tentang
masa depan kebebasan media yang turut mempengaruhi peranan wartawan dalam
menyampaikan berita. Umum mengetahui bahawa, undang-undang di Malaysia
dikatakan telah menyekat kebebasan media dalam menyampaikan berita yang
telus.Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa media arus perdana hanyalah
boneka kerajaan dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.Sejauh manakah kebenaran
tentang polemik yang menjadi igauan kepada wartawan dalam menyampaikan berita
yang telus kepada rakyat?Namun, turut menjadi persoalannya adalah media
alternatif turut diberi peluang dan ruang untuk menyampaikan berita kepada
rakyat walaupun dalam keadaan yang terhad.
No comments:
Post a Comment