Monday 1 October 2012

KELAB BELIA RIBEN MERAH PUPUK KOMITMEN BELIA BANTERAS HIV

Oleh: Mohd Zamri Bin Anuar
Emel: zam_diey89@yahoo.com



Sintok: Majlis AIDS Malaysia (MAM) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melancarkan Kelab Belia Riben Merah di dewan pusat kegiatan pelajar UUM sebagai medan untuk mempromosikan  gaya hidup sihat dan memberi informasi yang terkini tentang HIV dan AIDS di kalangan belia. Kelab ini akan dikendalikan oleh beberapa golongan belia dan akan digerakkan secara aktif melalui landasan jaringan sosial. Seramai 100 orang mahasiswa UUM pelbagai jurusan pengajian telah mendaftar sebagai anggota perintis semasa pelancaran kelab pada 6 September lalu.
   Kelab ini merupakan seruan MAM kepada para belia berusia antara 18 dan 40 tahun untuk bertindak dalam menangani penularan HIV yang kian serius di kalangan peringkat umur tersebut. Berdasarkan kepada statistik 76 peratus, atau 69,747 daripada jumlah keseluruhan kes HIV sehingga akhir tahun 2010 adalah di kalagan belia yang berumur 20-39 tahun.
    Aaron aziz, merupakan selebriti sokongan Kelab Riben Merah MAM yang juga jurucakap rasmi kepada Kelab Belia Riben Merah yang berpendapat penglibatan secara aktif golongan belia dalam tindak balas HIV dapat membuka ruang penyelesaian kepada isu yang berkaitan dengan wabak tersebut. “ sebagai golongan yang berpendidikan, golongan mahasiswa seharusnya mempunyai sikap tangungjawab untuk memperbaiki tangapan negatif masyarakat serta menangani stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang mengidap HIV, ”kata beliau semasa pelancaran kelab tersebut.
   “ selain daripada itu, mahasiswa dan golongan belia seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mempunyai risiko kepada jangkitan virus HIV,”tambah beliau lagi.
    “Professor Ismail Baba, selaku professor dalam bidang kerja sosial Di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains UUM pula menegaskan berkaitan tentang pentingnya penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan, tahap kecemerlangan akademik di universiti  haruslah seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan peribadi mahasiswa,” jelas professor Ismail yang merupakan Timbalan Presiden MAM.

  
Aaron Aziz bergambar dengan kakitangan UUM

No comments:

Post a Comment