ITU-UUM AKAR ICT
Oleh: Masitah bt Jaafar
Siti Salihah Saidin
Nurul
Nadia Rosli
Afeef
Afzaal Nuri
ICT merupakan elemen yang semakin mendapat tempat dewasa ini. Apabila menyebut
tentang ITU-UUM pasti ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan dan
fungsinya. ITU ( International Telecommunication Union) di Universiti Utara
Malaysia mula beroperasi pada 2 Januari 2007. ITU- UUM berfungsi sebagai titik
fokus bagi semua inisiatif pembangunan ICT ( Information Technology
Communication) di seluruh rantau Asia Pasifik. Teras ITU-UUM adalah untuk
menyediakan program latihan eksekutif, penyelidikan dan pembangunan (R&D)
serta perkhidmatan perundingan.
Memperkasa ICT luar bandar
Sebagai agen perubahan ITU-UUM
memanfaatkan peranannya sebagai pemangkin ICT dalam memperkasakan ICT di luar
Bandar. ITU-UUM telah menjalankan pelbagai kajian seperti Kajian Keperluan
Aplikasi dan Kandungan untuk Penggunaan ICT di Luar Bandar dan Issues and
Challenges in Developing Rural ICT in Malaysia. Semua kajian ini adalah
bertujuan untuk mencari punca, halangan dan penyelesaian bagi memperkasa ICT di
luar bandar. Saban tahun jurang ICT di luar bandar amat ketara jika
dibandingkan dengan di bandar. ICT harus diperkasakan di luar bandar bagi
membangunkan masyarakat. Di negara membangun seperti Malaysia ICT dapat
meningkatkan ekonomi masyarakat. Secara langsung melalui usaha- usaha yang
dijalankan ITU-UUM dapat menambah baik kehidupan masyarakat dengan membantu
dalam pelbagai aspek. Melalui ICT maklumat tentang harga, pasaran dan jualan
dapat diperolehi dengan mudah dan membantu masyarakat luar bandar mencari
pasaran baru serta memudahkan proses tempahan, penghantaran dan pembayaran.
Bengkel ICT yang diadakan membantu usahawan kecil
|
Bantu Usahawan Kecil
Selain itu, ITU-UUM juga prihatin terhadap usahawan kecil. Bengkel ICT diadakan
bagi membuka minda usahawan kecil yang rata- ratanya kurang celik tentang ICT.
Menurut Encik Azlan Nasrun iaitu pegawai pentadbiran ITU-UUM usahawan kecil
lazimnya tidak mengendahkan tentang ICT yang ternyata dapat membantu mereka
dalam meningkatkan lagi perniagaan mereka. Bengkel yang diadakan secara
percuma ini dapat membantu mereka dalam penghasilan blog perniagaan dan seterusnya
memasarkan produk mereka di alam maya. Usahawan kecil juga banyak membantu
dalam mengembangkan ekonomi negara. Apabila mereka lebih peka terhadap
penggunaan ICT ternyata ekonomi mereka dan negara turut meningkat. Dewasa ini,
semakin ramai yang mempercayai urusan jual beli di Internet yang ternyata lebih
mudah. Peranan ICT itu sendiri tidak dapat disangkal lagi kehebatan dan
kepentingannya dalam menggerakkan ekonomi terutamanya. Justeru itu, kita patut
merasa bertuah kerana mempunyai ITU yang ternyata dapat membantu dalam pelbagai
aspek ICT.
Manfaat Negara Membangun
Seterusnya melalui
pewujudan Pusat Kecemerlangan (CoE) ITU-UUM terus mengorak langkah. (CoE)
merupakan suatu akujanji Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU) untuk
manfaat negara- negara membangun. Pembentukan CoE wujud sebagai lanjutan kepada
konsep yang mendasari Global Telekomunikasi Universiti / Institut Latihan
Global Telekomunikasi ( GTU/ GTII) yang melibatkan penggunaan sumber- sumber
yang sedia ada di institut awam, swasta atau separa awam berkenaan sektor
Telekomunikasi dan ICT bagi tujuan memberi manfaat kepada negara- negara
membangun. Fungsi utama CoE adalah untuk melatih pembuat dasar, pentadbir dan
pengawal selia dan untuk menubuhkan peraturan dan memberi keutamaan dalam
sektor kebangsaan serta untuk melatih pengarah korporat dalam pengurusan
rangkaian telekomunikasi dan perkhidmatan. Oleh itu, negara- negara membangun
dapat memperoleh manfaat yang maksimum kerana matlamat Pusat Konsep
Kecemerlangan ( CoE) itu sendiri adalah untuk membangunkan dan menghasilkan
pakar dalam bidang peraturan, pengurusan dan dasar yang berkaitan dengan
rangkaian telekomunikasi dan perkhidmatan.
Jalin kerjasama
ITU UUM turut tidak
ketinggalan dalam penganjuran program yang melibatkan kerjasama dengan badan –
badan lain . Kerjasama dapat dibentuk dalam kalangan agensi serta organisasi
antarabangsa antaranya Badan Bukan Kerajaan ( NGO), Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Terengganu. Sebagai contoh, kerjasama melalui Jabatan Jalur
Lebar dalam penganjuran program Bengkel Latihan Penggunaan Telekomunikasi dan
Respon Terhadap Bencana secara berkesan. Tambahan pula, bengkel ini turut
bertujuan dalam mengenal pasti isu – isu yang dihadapi supaya langkah yang
sewajarnya dari segi penambahbaikan dapat diambil dengan berkesan dan cekap.
Kerjasama yang dijalinkan secara automatiknya bakal mewujudkan perkongsian idea
dan penyelesaian masalah yang dapat diambil dengan kadar segera.
No comments:
Post a Comment