Sunday, 14 October 2012

KESEJAHTERAAN KAMPUS UUM TERJAMIN.



Oleh :
Nik Mohd Haris Bin Nik Setapa
Mohd Khuzaimi Bin Juhari

 Kesejahteraan Universiti Utara Malaysia(UUM) kampus Sintok terus terjamin dengan adanya sebuah jabatan iaitu Jabatan Keselamatan UUM yang mampu mengawal keselamatan di seluruh kawasan kampus yang berkapasiti lebih daripada dua puluh ribu orang pelajar tersebut.

 
Pintu pagar utama kampus yang menempatkan Jabatan keselamatan
 
Pemasangan CCTV
Menurut salah seorang pengawal keselamatan, Ahmad Supi Bin Ismail, jabatan keselamatan berperanan dalam memastikan segala harta benda yang berada di dalam kampus UUM berada dalam keadaan yang selamat. Bersesuaian dengan tanggungjawabnya dalam menjaga keselamatan kampus, Jabatan Keselamatan UUM telah membuat pelbagai perubahan dalam meningkatkan kualiti pengawalan keselamatan kampus sejajar dengan perubahan teknologi moden pada hari ini. Penggunaan kamera litar tertutup atau lebih dikenali sebagai CCTV di sekitar kawasan kampus telah membantu dalam memudahkan proses kawalan keselamatan. Menurut seorang pelajar, Siti Aminah Johan,22, menyatakan bahawa pemasangan CCTV oleh pihak keselamatan menjadikan mahsiswi lebih selamat untuk melakukan kerja dan rujukan di perpustakaan sehingga lewat malam
 
Penyeri
Sesuai dengan pertambahan bilangan pelajar lelaki dan perempuan di UUM kampus Sintok, pihak Jabatan Keselamatan telah melakukan penambahan dalam bilangan anggotanya. Jika dilihat pada dua tahun sebelum ini, jumlah anggota keselamatan wanita amat sukar untuk dilihat berkawal di pintu masuk utama UUM. Namun, pada hari ini situasi itu telah berubah. Pertambahan dalam bilangan anggota wanita telah “menyerikan” suasana di pintu masuk utama UUM. Pertambahan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah anggota lelaki selain untuk memenuhi keperluan semasa sekiranya berlaku kes-kes yang melibatkan mahasiswi. Seperti contoh, sekiranya berlaku kejadian di blok penginapan yang dihuni oleh mahasiswi, kehadiran anggota keselamatan lelaki amatlah tidak menyenangkan. Oleh itu, kehadiran anggota wanita lebih dianggap sesuai kerana ia menepati keadaan tempat dan suasana semasa.
 
Setaraf
Dalam aspek trafik pula, Unit Trafik Jabatan Keselamatan UUM boleh dianggap setaraf dengan pasukan beruniform yang lain dalam memastikan keselamatan golongan kenamaan. Dengan anggota pengiring yang terlatih serta dilengkapi dengan kenderaan pengiring seperti pacuan empat roda serta motosikal berkuasa tinggi, unit ini mampu memastikan kelancaran perjalanan serta keselamatan golongan kenamaan yang hadir ke UUM berada dalam keadaan yang meyakinkan.

Membangun
Menurut Adnan Ashari, yang juga merupakan bekas pengarah Jabatan Keselamatan UUM, beliau melihat banyak pembangunan yang telah berlaku pada jabatan tersebut. Jabatan tersebut kini telah melakukan pelbagai perubahan sejajar dengan perkembangan keadaan semasa kampus. Jika dahulunya jabatan tersebut hanya mempunyai 2 orang pegawai dan 21 orang anggota, namun hal ini telah berubah dari masa ke masa.

Pembangunan yang berlaku pada Jabatan Keselamatan UUM tersebut telah membawa banyak perubahan kepada UUM dan kepada jabatan tersebut sendiri khususnya. Perubahan demi perubahan telah membuatkan jabatan tersebut kini dihormati oleh seluruh warga UUM.


 
unit trafik: tugas menjadi mencabar apabila diwaktu puncak 

 


hanya 1/3 kawasan UUM telah dimajukan manakala selebihnya belum dimajukan dan ini menjadi tanggungjawab Jabatan keselamatan memastikan tiada pencerobohan berlaku. 



No comments:

Post a Comment