emel: duta_lara@yahoo.com
Sintok: Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini telah
mengadakan Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012 yang berlangsung di Dewan
Mu’adzam Shah.
Penampilan
istimewa penghibur ternama tanah air, Anuar Zain, memeriahkan lagi konsert ini.
Anuar berjaya memukau hampir 5,000 penonton apabila menghiburkan mereka dengan
enam lagu popularnya, iaitu Sedetik Lebih, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Kau
Bunga Cintaku, Ajari Aku, dan Cinta Harus Memiliki.
Konsert
Diraja Menjunjung Kasih 2012 ini diadakan sebagai kelangsungan kepada siri
persembahan Konsert Diraja yang pernah diadakan sebelum ini bersempena Hari
Pengasasan Universiti kali ke-28, 16 Februari lalu. Konsert yang berlangsung
hampir dua jam itu diadakan sebagai ucapan terima kasih dan tahniah kepada
Tuanku Canselor UUM, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang dilantik sebagai
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Baginda bersama Raja
Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, turut mencemar duli hadir pada majlis
tersebut.
Program
anjuran UUM dengan kerjasama Istana Budaya itu turut diserikan oleh persembahan
penyanyi Istana Budaya, Norehan Saif; Artis Pusat Budaya UUM, Jack Zull; dan
pelajar UUM, Sukena Arif, Shafiq Adri Fitri serta Norshahida Shamsudin. Melalui
penyertaan artis Pusat Budaya dan pelajar-pelajar UUM ini diharapkan dapat
memperkenalkan mereka kepada khalayak serta dapat meningkatkan mutu dan dan
bakat yang mereka miliki sehingga mampu berganding dengan artis-artis ternama
tanah air pada hari ini.
No comments:
Post a Comment