Monday 1 October 2012

Pemberian KADS1M diharap mampu bantu pelajar

Oleh: Siti Saliha Saidin
Emel: siti_salihah90@yahoo.com



Sintok : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir telah menghadiri Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) dengan harapan dapat membantu pelajar daripada dibebani kos baru-baru ini.
    Majlis yang berlangsung di Perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah,Universiti Utara Malaysia dan hampir satu jam itu telah menyaksikan beliau menyerahkan KADS1M  kepada  beberapa orang pelajar sebagai simbolik penyerahan.
  “Berikutan peningkatan harga barangan pengguna kini,diharapkan pemberian KADS1M ini dapat mengurangkan bebanan kos mereka,” katanya semasa menyampaikan ucapan.
   Beliau berkata,pemberian KADS1M  ini merupakan inisiatif berikutan cadangan dan inspirasi yang disertai oleh siswa dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPKK)  melalui suara siswa.
    “Sebanyak 1.5 juta mahasiswa dan mahasiswi dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerima KADS1M  ini sebagai faedah dalam pembelajaran serta hanya perlu menunjukkan kad pengenalan bersama-sama kad pelajar kepada mana-mana perniagaan yang menyertai bagi mendapatkan diskaun,” katanya.
    Mukhriz turut menyatakan bahawa,sebanyak 2414 premis perniagaan menyertai pemberian diskaun ini dan tempoh sah penggunaanya adalah semasa tempoh pengajian sahaja.
    Dalam pada itu,Mukhriz turut menambah bahawa pemberian KADS1M ini adalah secara percuma kepada mahasiswa serta mahasiswi bagi warganegara Malaysia sahaja.
   Diskaun hampir 60 peratus boleh didapati terhadap barangan dan perkhidmatan serta diantaranya terdiri daripada buku,alat tulis,pakaian,kesihatan,penginapan,produk automatif dan sebagainya.
    Majlis itu turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak selaku Naib Canselor Universiti Utara Malaysia disamping merasmikan Hari Organisasi Pelajar 2012 (HOPE Day) yang disertai hampir 76 buah badan pelajar untuk memberi peluang kepada golongan mahasiswa dalam memilih badan-badan pelajar yang disukai serta bergiat aktif.

   Mukhriz ketika menyampaikan kad KADS1M

    Fadilah Salim antara pelajar yang menerima KADS1M

No comments:

Post a Comment