Monday, 1 October 2012

kemenangan mudah calon perubahan UUM

Oleh Mohamad Amin Bin Abd Rani
e-mail: amin_rani@yahoo.com


Kubang Pasu :Seramai 22 orang calon dari kumpulan Perubahan telah menang tanpa bertanding di 11 kerusi Pusat Pengajian yang dipertandingkan. Pilihanraya Kampus Universiti Utara Malaysia akan diadakan pada 25 September 2012 dimana proses pengundian berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 1 petang.
    Menurut Pengerusi Jawatankuasa  Majlis Perwakilan Pelajar, Prof. Madya Dr. Amy Azhar Mohd Harif , pada permulaannya, sebanyak 45 calon telah menawarkan diri untuk bertanding tetapi 22 orang calon telah menang tanpa bertanding berikutan tidak mendapat tentangan daripada calon lain. Manakala, dua pencalonan telah ditolak dan hanya 21 calon sahaja yang akan bertanding pada Pilihanraya Kampus kali ini.

     Ujar beliau lagi,  “pihaknya mensasarkan sebanyak 100 peratus untuk peratusan keluar mengundi kali ini bagi mengatasi peratusan keluar mengundi pada pilihanraya kampus  pada tahun lalu yang mencatatkan 95 peratus keluar mengundi”. “Hal ini bagi menunjukkan kepada masyarakat luar, bahawa mahasiswa UUM adalah mahasiswa yang celik politik”.

   “Pihak universiti sudah meletakkan garis panduan dalam memastikan proses pilihanraya kampus berjalan dengan lancar dan diterima baik oleh mahasiswa, “  katanya. Difahamkan sebanyak 36 kerusi dipertandingkan  termasuk lapan kerusi UMUM dan hanya tiga Pusat Pengajian yang menyaksikan pertandingan bagi tiga penjuru. Proses pengundian secara e-voting akan dibuat di setiap Dewan Penginapan Pelajar, Pusat Kegiatan Pelajar dan juga Pusat Budaya Awang Hashim.       
    
Ku Amirul Faiz Ku Seman
  
    Salah seorang calon kerusi Umum, iaitu Ku Amirul Faiz Bin Ku Seman, 23, berkata manifestonya pada kali ini adalah mengumpulkan suara mahasiswa serta melahirkan mahasiswa yang sudi menyalurkan maklumat serta info untuk kebaikan semua. Ku Amirul yang juga bekas Timbalan Yang Di-Pertua, UUM sesi 2011/2012 turut menambah, bahawa keutamaannya adalah untuk berikan fokus mengenai suara mahasiswa melalui saluran yang betul tanpa menggunakan saluran demonstrasi atau rusuhan.


No comments:

Post a Comment