Oleh Nuur Eemi Binti Mohamed
nuur_eemi0801@yahoo.com
“Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” merupakan tema Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hujung bulan lepas. Berdasarkan inti pati pembentangan Bajet 2013 adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Fokus bajet ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat
nuur_eemi0801@yahoo.com
“Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” merupakan tema Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hujung bulan lepas. Berdasarkan inti pati pembentangan Bajet 2013 adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Fokus bajet ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat
“Kerajaan akan memastikan rakyat
mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada program dan
projek pembangunan”. Salah satu dari projek pembangunan negara ialah
perkhidmatan kesihatan yang diperuntukkan sebanyak RM19.3 billion untuk
melahirkan masyarakat yang sihat. Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada
rakyat untuk mengecapi pelbagai kemudahan yang disediakan untuk setiap lapisan
masyarakat desa, luar bandar, generasi y mahupun warga emas.
Peruntukan RM25 juta
Melahirkan
golongan wanita yang cemerlang, mereka perlu mempunyai kesihatan yang baik.
Pelbagai tekanan dan bebanan tugas sebagai wanita, mereka juga tidak terlepas
daripada menderita pelbagai penyakit yang berbahaya. Barah payudara adalah
pembunuh utama wanita selepas barah pangkal rahim. Kurangnya kesedaran dan
pengetahuan memeriksa sendiri menyebabkan wanita tidak mempedulikan sebarang
ketumbuhan dalam payudara mereka.
Pemeriksaan percuma ujian mammogram
untuk mengesan penyakit barah payudara diberikan kepada 100,000 wanita berusia
40 tahun ke atas dengan peruntukan RM25 juta. Pemeriksaan mammogram ini
dijalankan oleh doktor pakar sakit puan bagi mengesan kanser ini pada peringkat
awal dan mampu menyelamatkan nyawa. Tujuan pemeriksaan percuma ini mampu
memberikan manfaat terbaik kepada golongan wanita yang merupakan penyumbang
dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Peruntukan sebanyak RM25 juta adalah
memberikan ujian secara percuma kepada golongan wanita berpendapatan isi rumah
RM5 000 sebulan ke bawah. Manakala, bagi isi rumah berpendapatan melebihi RM5
000 sebulan diberi subsidi sebanyak RM50 seorang. Subsidi ini memberi peluang
kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berada di luar bandar agar lebih
berani tampil menjalani pemeriksaan tahap kesihatan tanpa memikirkan
perbelanjaannya. Langkah ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
untuk mengenal pasti penyakit pada peringkat awal lagi.
Klinik 1 Malaysia
Berbekalkan
RM1 sahaja, rakyat tempatan boleh menikmati perkhidmatan rawatan perubatan
ringan manakala bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan kepada bukan warganegara
melalui Klinik 1 Malaysia. Klinik 1
Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2010 memberi satu persepsi yang positif
di kalangan masyarakat Malaysia. Bertepatan dengan gagasan 1 Malaysia “Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, kini 50 buah klinik 1 Malaysia telah dibina
dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Usaha ini merupakan salah satu bukti
kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah. Penubuhan klinik ini
bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin luar bandar di mana
mereka tidak lagi perlu berkenderaan ke klinik-klinik kesihatan yang jauh dari
tempat tinggal. Bagi meluaskan capaian klinik ini, 70 unit klinik baru akan
dibuka di seluruh negara menerusi bajet 2013 akan datang. Perkhidmatan klinik
ini juga dinaiktarafkan dengan meningkatkan perkhidmatan seperti memperkenalkan
perkhidmatan pemeriksaan darah, pemeriksaan kolesterol dan glukosa serta ujian
urin . Oleh itu, masyarakat dapat mengetahui tahap perkembangan kesihatan dan
memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum.
Salah sebuah klinik 1Malaysia yang dirasmikan oleh PM |
Baik
pulih klinik kesihatan
Berdasarkan belanjawan 2013,
kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk program baik pulih
klinik kesihatan di bawah projek pembangunan perkhidmatan kesihatan. Sebanyak
350 buah klinik kesihatan akan di baik pulih dari segi infrastruktur, perkhidmatan
yang lebih cekap, serta penggunaan teknologi canggih. Klinik-klinik usang juga
akan diperbaharui agar lebih mesra rakyat dan mampu memberi ketenangan kepada
pesakit. Penambahan doktor dan jururawat juga mampu menyelesaikan masalah
rawatan kepada pesakit dalam tempoh yang singkat.
Menambah mesin dialisis
Arus
globalisasi negara yang kian maju kini telah mendedahkan rakyat kepada pelbagai
jenis makanan segera yang boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang terjejas.
Oleh itu, tidak hairanlah bahawasanya masyarakat lebih berisiko menghadapi
penyakit akibat dari tabiat pemakanan yang tidak sihat atau tidak seimbang.
Maka, jumlah pesakit buah pinggan semakin bertambah adalah berpunca daripada
penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal. Ini berkait rapat
dengan gaya hidup sihat masyarakat sekarang. Kos rawatan yang tinggi
menyebabkan pesakit tidak berkemampuan untuk menerima rawatan selanjutnya dan
membiarkan penyakit tersebut semakin teruk.
Hal ini demikian, kerajaan telah
mendengar rintihan rakyat dan meluluskan pembelian mesin dialisis, penambahan
sebanyak 150 buah mesin untuk ditempatkan di hospital-hospital Kementerian
Kesihatan. Penambahan mesin dialisis ini dapat membantu pesakit menerima
rawatan dan dapat menurunkan kadar statistik kematian akibat penyakit tersebut.
Pencarum KWSP
Menurut
Norasikin Abd Hamid, Ketua Ekonomi KWSP, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) boleh mengeluarkan semua simpanan mereka dalam akaun satu dan dua
sekiranya disahkan secara fizikal dan mental tidak boleh bekerja oleh doktor
perubatan yang dilantik KWSP. Konsep ini dilakukan dengan membolehkan ahli yang
menderita penyakit terminal disahkan Lembaga Perubatan KWSP untuk membenarkan
mengguna simpanan KWSP. Mereka boleh mengeluarkan semua simpanan bagi
mendapatkan penjagaan dan rawatan termasuk rawatan alternatif.
Walaupun berhadapan dengan kemelut
ekonomi dunia, kerajaan perlu dipuji dengan bajet 2013 bagi menunaikan
permintaan dan tuntutan rakyat. Selari dengan gagasan 1 Malaysia iaitu “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dengan memperuntukkan nilai yang agak besar
untuk kesihatan mampu melahirkan rakyat yang sihat sekali gus dapat
meningkatkan produktiviti negara. Rakyat merupakan penyumbang terbesar dalam
menaikkan ekonomi negara di mata dunia. Ternyata segala keluhan rakyat selama
ini didengar dan diambil perhatian oleh kerajaan. Melahirkan generasi muda yang
sihat dan cerdas dapat meningkat ekonomi negara kerana mereka merupakan
pemimpin pada masa akan datang yang bebas dari serangan penyakit. Tindakan
kerajaan memberikan subsidi terhadap bidang kesihatan merupakan tindakan yang
munasabah dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan mahupun berkemampuan
untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang sama rata.
“bajet ini cukup menyeluruh,
dalam bidang kesihatan, sangat memberangsangkan kerana pekerja Socso boleh
membuat pemeriksaan kesihatan percuma di klinik panel dan hospital kerajaan”
Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan.
No comments:
Post a Comment