Wednesday 17 October 2012

SEKTOR PELANCONGAN PERLU DIPERTINGKATKAN MENERUSI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2013/2014



  
Oleh: Mohd Zamri bin Anuar
...............................................


       Industri pelancongan merupakan satu sektor pertumbuhan ekonomi penting yang menyumbang kepada hampir 12 peratus KDNK.Jumlah pendapatan daripada sektor pelancongan dianggarkan akan meningkat kepada 62 billion ringgit pada tahun 2012. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014, Kerajaan seharusnya menitikberatkan tentang destinasi pelancongan yang boleh menarik minat pelancong asing.   
PERUNTUKAN BAJAT

     Negara kita telah meletakkan sasaran untuk mencapai 2020:36:168, iaitu pada tahun 2020, Malaysia akan menerima 36 juta ketibaan pelancong dengan penerimaan sebanyak RM168 bilion. Ini bermaksud bahawa industri pelancongan akan berkembang sebanyak tiga kali ganda dan pelancongan akan menyumbang penerimaan berjumlah RM3 bilion setiap minggu kepada Negara pada tahun 2020. Berdasarkan kepada bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, beliau menganggarkan jumlah pendapatan sektor pelancongan akan meningkat kepada 62 billion ringgit pada tahun 2012. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014, kerjaan telah memperuntukan sebanyak 358 juta ringgit di bawah perbelanjaan pembangunan iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 42 peratus dengan sasaran pelancong seramai 26.8 juta orang. Kerajaan juga mengumumkan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan.

STATUS SEKTOR PELANCONGAN    

    Sektor pelancongan akan kekal menjadi peneraju utama pembangunan ekonomi Malaysia. Sektor yang mampan dan menjana pulangan tinggi ini akan terus memacu ekonomi Malaysia dengan, menyediakan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada Rakyat. Hari ini, Malaysia mencapai kedudukan yang kukuh dalam pelancongan global. Kami merupakan negara ke-9 yang paling banyak dikunjungi di dunia dan memperoleh RM1 bilion penerimaan daripada pelawat asing setiap minggu. Menyedari kelebihan dan kedudukan kukuh yang dimiliki oleh Negara dalam industri pelancongan pada peringkat global, Kerajaan bersama-sama dengan sektor swasta adalah komited untuk memajukan lagi sektor ini untuk manfaat seluruh Rakyat. Sektor pelancongan bukan sahaja muncul sebagai penyumbang besar pendapatan negara, bahkan menjana kesan pengganda yang besar dalam kegiatan ekonomi. Peluang pekerjaan dan penyelidikan dalam bidang pelancongan juga dapat dikembangkan secara lebih agresif. Dengan kemudahan perkhidmatan atas talian, keberkesanan kos dalam aspek pemasaran pelancongan dapat dioptimumkan.

12 EPP UNTUK MENJANA PNK TAMBAHAN SEBANYAK RM66.7 BILION      

    12 Projek Permulaan (Entry Point Project atau EPP) yang merangkumi lima tema telah dikenal pasti untuk meningkatkan pendapatan pelancongan negara. Kita juga telah mengenal pasti tiga peluang perniagaan yang bakal menjadi kenyataan berikutan jangkaan pertumbuhan industri pelancongan. Sebagaimana yang dihuraikan dalam Carta 10-3, 12 EPP ini dan tiga peluang perniagaan bersama dengan pertumbuhan asas sektor akan merangsangkan peningkatan pertumbuhan industri pelancongan daripada PNK sebanyak RM36.9 bilion yang tercatat pada masa ini kepada PNK sebanyak RM103.6 bilion menjelang 2020. Sumbangan PNK sebanyak RM103.6 bilion merangkumi PNK sebanyak RM9.7 bilion daripada kesan penggandaan yang dijana oleh EPP sektor yang lain.
      Sumber terbesar kesan penggandaan ini ialah daripada NKEA yang termasuk Elektrik dan Elektronik serta Minyak Sawit. Adalah dijangka golongan professional yang bekerja di Malaysia dalam NKEA tersebut akan membawa manfaat yang akan merangsangkan industry restoran, perhotelan dan sektor pelancongan yang lebih luas. Dua belas projek permulaan (EPP) tersebut merangkumi lima tema luas yang memenuhi keperluan pelbagai segmen pelancong, iaitu dari penggemar membeli-belah hinggalah kepada pencinta alam semula jadi, pengembara perniagaan dan juga percutian seisi keluarga. Lima tema dan 12 projek berimpak tinggi yang dikenal pasti termasuk Tema 1:Barangan mewah mampu milik, Tema 2: Kembara Alam Semula Jadi,Tema 3: Keseronokan Seisi Keluarga, Tema 4: Acara, Hiburan, Spa dan Sukan, Tema 5: Pelancongan Perniagaan


PELANCONGAN MEWAH

   Bagi merealisasikan matlamat kerajaan mencapai sasaran 26.8 juta pelancong, beliau menyarankan penggiat industri pelancongan merebut peluang menawarkan konsep pelancongan mewah kerana ia bakal menyumbang kepada lonjakan peningkatan ekonomi negara.“Bagi Tahun Melawat Malaysia 2013/2014, konsep pelancongan mewah wajar dijadikan tema kerana selain mendorong pelancong untuk berbelanja di negara ini, ia dapat memberi kepuasan kepada mereka untuk menikmati suatu pengalaman baru seperti mengelilingi Malaysia dengan helikopter atau jet atau pun belayar menaiki kapal mewah. Merujuk pemberian insentif pengecualian cukai selama tiga tahun kepada pengusaha pelancongan, Mohamad Abdullah berkata ia mampu menggalak pengusaha terlibat untuk terus berusaha dan memenuhi kriteria ditetapkan kerajaan. Pada masa sama, kata Mohamad Abdullah pelbagai inisiatif boleh dilakukan penggiat pelancongan mempelbagaikan produk pelancongan yang mempromosikan keindahan alam semula dan keunikan flora dan fauna hutan simpan negara ini, serta menawarkan pelancongan rekreasi seperti berbasikal dan menyelusuri sungai di taman-taman negara.

PELANCONGAN TAMAN TEMA SEPERTI LEGOLAND

    Legoland Malaysia seluas 30.4 hektar, yang menerima kunjungan lebih 10,000 pengunjung pada 15 Sept, akan membuka Legoland Water Park kepada orang ramai pada separuh kedua 2013, diikuti Legoland Hotel Park pada 2014. Khazanah Nasional Bhd adalah penggerak utama Iskandar Malaysia. Projek pembangunan ini disasar menarik pelaburan berjumlah RM383 bilion dalam tempoh 20 tahun hingga 2025. Iskandar Malaysia dilengkapi prasarana serta kemudahan yang membolehkan industri pelancongan negeri ini menyediakan pelancongan keluarga, pelancongan pendidikan dan pelancongan kesihatan yang lengkap segala-galanya di satu lokasi. Selama ini, sektor pelancongan di Johor begitu banyak bergantung pada pelancongan di kawasan pesisiran pantai dan pulau, ekopelancongan serta kekayaan budaya dan warisan. Kini, Iskandar Malaysia membawa transformsi kepada industri pelancongan di negeri ini melalui konsep berhibur bersama keluarga dan produk bernilai tinggi. Perkara merupakan nilai penting dalam menaikkan nama Malaysia sekaligus untuk mencapai misi sasaran pelancong seramai 26.8 juta orang.





Pintu Masuk Legoland dipenuhi oleh pelancong asing





No comments:

Post a Comment