Oleh Mohamad Amin Bin Abd Rani
Golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan dari
kelas marhaen kini boleh menarik nafas lega berikutan pengumuman menggembirakan
daripada Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak
hasil pembentangan Bajet 2013 yang diumumkan pada 28 September 2013 pada hari
jumaat yang lalu. Hasil pembentangan bajet pada kali ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM251.6
bilion bagi melaksanakan semua program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Bajet yang bertemakan ‘Memakmurkan Negara,
Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati’ menfokuskan kepada lima fokus
utama iaitu memberi penekanan kepada usaha merancakkan aktiviti pelaburan;
mempergiatkan usaha inovasi; meningkatkan produktiviti; memperkasa pendidikan
dan latihan; meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengukuhkan pencapaian
perkhidmatan awam. Salah satu fokus yang menarik dan realistik untuk
dilaksanakan adalah meningkatkan taraf hidup rakyat yang menjadi keutamaan
kerajaan pada masa kini selari dengan slogan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Oleh yang demikian, bajet kali ini adalah
manifestasi kesinambungan daripada hala tuju kerajaan sekarang semenjak
pengambilalihan tampuk kepimpinan tertinggi negara oleh Dato’ Sri Najib Razak
pada tahun 2008.
Antara program pembangunan yang dijalankan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat adalah projek perumahan untuk rakyat. Projek perumahan
rakyat ini bakal dibangunkan oleh pihak Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara BERHAD (SPNB) dan
Jabatan Perumahan Negara. Dato’ Sri
Najib Razak telah mengumumkan sebanyak RM1.9 bilion telah diperuntukkan bagi
membangunkan projek perumahan rakyat yang berjumlah 123,000 unit rumah. Dalam
petikan bajet yang dibacakan oleh Najib Razak, beliau berkata, perumahan selesa
dan mampu milik adalah keperluan asas paling utama kepada rakyat. Malah, beliau
turut memberi jaminan bahawa PR1MA bakal menawarkan kediaman selesa di pinggir
bandar yang menggambarkan keprihatinan kerajaan dalam isu perumahan di kawasan
membangun dan urban. Kebelakangan tahun ini, harga rumah telah naik mendadak
berikutan kenaikan harga bahan binaan dan bahan api yang akhirnya mendorong
kepada peningkatan harga rumah. Impikasinya, rakyat terpaksa menyewa rumah
kerana tidak mampu untuk membeli rumah berikutan harga yang mahal disamping
skim pinjaman perumahan yang ketat oleh pihak bank.
Antara intipati jumlah bajet perumahan untuk rakyat
adalah sebanyak RM 1 bilion diperuntukkan untuk membina 80,000 unit rumah di
kawasan strategik yang berharga di antara RM100,000 hingga RM400,00. Manakala,
Syarikat Perumahan Negara Berhad telah diperuntukkan sebanyak RM320 juta untuk
membina 1,855 unit rumah kos rendah dan
sederhana yang berharga RM110,000 hingga RM250,000. Malah, 21,000 unit rumah
Mesra Rakyat akan dibina yang berharga RM45,000 sahaja. Sebanyak RM543 juta
turut diperuntukkan melalui Jabatan Perumahan Negara bagi membina 20,454 unit
perumahan rakyat yang berharga RM30,00 hingga RM400,000. Tambahan pula, syarat
had pendapatan untuk Skim rumah Pertamaku telah dinaikkan daripada RM3000 ke
RM5000 yang memerlukan syarat keperluan simpanan tiga bulan deposit serta
tempoh bekerja minimum dimansuhkan. RM100 juta diperuntukkan kepada 30 projek
perumahan terbengkalai disamping pemberian cukai insentif kepada kontraktor
yang terlibat. Cukai Keuntungan Harta Tanah turut dilaksanakan bagi
mengurangkan aktiviti spekulasi.
Penulis ialah pelajar Sarjana Muda Komunikasi
Universiti Utara Malaysia
Universiti Utara Malaysia
No comments:
Post a Comment