Sunday 14 October 2012

AKADEMI GOLF NASIONAL UUM,MAMPU KE PERINGKAT ANTARABANGSA



Oleh > Mohd Zamri bin Anuar
            Nor Azura binti Awi
 ....................................................



      Dalam usaha menaikkan nama Negara ke peringkat global, dan nama Universiti selaras dengan inspirasi Naib Canselor khasnya, maka  Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010 atas pemberian mandat oleh Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT) kepada Universiti Utara Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan Sukan Golf. Potensi Akademi Golf Nasional dilihat begitu besar di mana ianya akan menjadi hub kepada pelbagai hubungan strategik dan juga pusat perkembangan samada di peringkat nasional dan antarabangsa yang mengfokus dalam bidang golf. 

 PERANAN AUMGNU
      Peranan utama Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia sebenarnya ialah  berasaskan kepada empat fungsi iaitu Akademi Golf Nasional  akan menawarkan program akademik bagi program Diploma, Sarjana Muda,dan Sarjana khusus dalam bidang Golf dan rekreasi. Kedua ialah sebagai pusat latihan dan kecemerlangan sukan golf dengan menawarkan latihan professional kepada pelatih golf. Ketiga, menjadikan pusat latihan professional yang akan menawarkan sijil-sijil berkaitan industri golf. Keempat iaitu menawarkan perundingan dan khidmat fasilitator kepada penyelidik untuk mendalami dan membuat kajian dalam bidang berkaitan sukan golf.
 
KERJASAMA DENGAN NEGARA LUAR
     Mengikut kepada kemungkinan yang telah dirintis antaranya ialah Akademi Golf Nasional  menjadi sebuah pusat latihan kemahiran dan pengajian berkaitan golf dengan akreditasi oleh badan golf professional dunia (contohnya PGA) dan mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti atau akademi-akademi golf ternama dunia seperti dari USA, Korea, Jepun, dan Thailand. Dengan kata lain, perkembangan sedemikian akan menjadikan Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia sebagai salah satu institusi yang bakal menaikkan nama UUM ke persada dunia.
     Bagi meningkatkan kualiti yang akan dilaksanakan ianya harus melihat kepada visi utama iaitu menjadikan Akademi Golf Nasional sebagai sebuah organisasi pengurusan golf yang unggul di arena antarabangsa. Manakala misi iaitu menjadikan Akademi Golf Nasional sebagai sebuah organisasi akademik dan latihan pengurusan golf bertaraf antarabangsa untuk melahirkan pemain-pemain yang professional. Kesan daripada itu, UUM akan cuba sedaya upaya untuk mencapai apa yang diinginkan oleh organisasi bagi meningkatkan kualiti Akademi golf  mengikut kepada perkembangan dan kemajuan Negara Malaysia.
Barisan Pemain golf UUM,semasa perasmian bersama ment
MEMILIKI JURULATIH YANG HEBAT
      Golongan mahasiswa yang terlibat dengan bidang golf amat bertuah kerana universiti sememangnya penyediakan tenaga pengajar yang mahir dan ini dapat dibuktikan bahawa Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia melaksana perkongsian positif dan penggemblengan guna tenaga dengan Persatuan Golf Malaysia (MGA) bagi melestarikan perkongsian pintar. Langkah ini bakal memberi kesan kepada kecemerlangan sukan golf negara dan mendorong pengembangan bakat pemain golf yang lebih terancang. Pihak MGA berpengalaman dari pelbagai aspek termasuk aspek teknikal, peraturan golf, kejurulatihan profesional dan aspek psikologikal yang boleh diketengahkan bagi meningkatkan mutu sukan ini. UUM berusaha untuk mengorak langkah bersama MGA bagi mencapai kecemerlangan sukan golf hingga ke peringkat antarabangsaan.  Sebagai pusat kecemerlangan sukan golf, UUM akan menyediakan kemudahan latihan untuk dijadikan tumpuan peminat sukan ini dan memilih UUM sebagai tuan rumah bagi pertandingan peringkat kebangsaan

PELUANG KERJAYA AGNUUM
      Dengan tertubuhnya sebuah akademi di bawah bendera Universiti Utara Malaysia, maka ianya melengkapkan program kecemerlangan dalam bidang golf. Dari prospek kerjaya yang ditawarkan, dijangkakan melalui penubuhan akademi ini akan melahirkan para profesional dalam bidang-bidang seperti pengurusan golf, pengurusan padang, pemasaran berkaitan pelancongan golf, kejurulatihan sukan golf dan banyak lagi. Dengan itu, adalah dijangkakan prospek kerjaya berkaitan bidang ini amat luas dan berpotensi untuk memberikan peluang kerjaya kepada sekurang-kurangnya seratus ribu pekerjaan dalam industri golf dalam Negara dan di peringkat serantau.
     Dalam jangka masa lima tahun akan datang, UUM akan menjadi institusi utama yang mengeluarkan para graduan dalam bidang ini sekaligus menjadi pusat R&D utama berkaitan sukan golf di peringkat ASEAN. Program-program seperti ini boleh memartabatkan UUM ke seluruh dunia dan dikenali ramai kerana Akademi ini hanya di Universiti Utara Malaysia sahaja. Perkara ini akan memberi kesan positif kepada mahasiswa untuk meneruskan minat dalam bidang golf, kerana UUM merupakan salah satu di Malaysia yang mempunyai Akademi Golf Nasional  dan peluang-peluang pekerjaan juga banyak ditawarkan menjadikan mahasiswa semakin bersemangat untuk meneruskan minat dalam bidang sukan golf.

TAWARAN PROGRAM IJAZAH 
    Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia turut menawarkan program yang terbahagi kepada dua kategori utama iaitu pertama, program pensiswazahan iaitu menawarkan program akademi di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang pengurusan golf yang dijangka ditawar pada bulan September pada tahun hadapan.Kedua ialah menawarkan kursus kemahiran atau eksekutif dengan penawaran kursus- kursus jangka pendek.Antara program-program yang ditawarkan dalam program pensijilan ialah Certificate In Driving Range Management dan kursus kemahiran Golf Lessons for Staff dan Golf Lesson for Student.  

KEJAYAAN PEMAIN UUM
     Sejak penubuhan Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia pada tahun 2010 telah banyak meraih kejayaan yang sangat membanggakan bukan sahaja di peringkat nasional malah ke peringkat antarabangsa.Malah kejayaan dan pencapaian yang diktiraf menampakkan hasil dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa juga pada masa yang sama menaikkan imej Universiti Utara Malaysia yang satu-satunya universiti yang mempunyai  pusat akademi golf.
    Buktinya, pencapaian  atlet golf yang paling membanggakan  iaitu Muhammad Wafiyuddin bin Abdul Manaf berjaya mendapat Tour Card untuk melayakkan diri bermain di PGM tour 2012 dan boleh bertanding bersama pemain professional negara seperti Shaaban Hussin, Danny Chia, Airil Rizman dan pemain terbaik Asian Development Tour seperti negara Thailand, Korea dan Jepun.Beliau berturut-turut merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Golf Darulaman Master 2010, Kejohanan Golf Universiti Asean 2010, Juara Terbuka Amatur Kedah 2011, Juara KSU KPT 2011 dan mendapat pingat perak Asean Universiti Games di Chiang Mai.
      Seorang lagi atlet golf yang cemerlang yang berjaya diasah bakatnya  ialah Hillrefah Tan, pelajar jurusan Komunikasi yang dipilih mewakili negara bersama tiga orang pemain negara yang lain di kejohanan Santhi di Hong Kong pada tahun lepas. Beliau juga dipilih di bawah program Sime Darby LPGA Golf Training 2011 dan 2012 untuk persiapan Kejohanan Golf LPGA pada Oktober 2012 nanti.

KELEBIHAN LAIN AGNUUM
      Menurut Encik Mohd Rom Muslim, Timbalan Akademik Golf Universiti Utara Malaysia berkata, penubuhan akademi golf ini bukan sahaja bermatlamatkan melahirkan pemain golf professional bertaraf dunia namun pada masa yang sama mahu generasi muda yang berpendidikan tinggi.
     “Kita bukan sahaja ingin mengasah bakat muda dalam sukan golf tetapi juga mahu melahirkan insan yang berpendidikan dan mempunyai ilmu yang tinggi. Kita percaya bahawa melalui akademi ini dapat membentuk pelajar yang berdisiplin, memiliki personaliti menarik dan mempunyai semangat kesukanan melalui sukan golf, ” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.
        Ternyata melalui penubuhan Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia merupakan suatu usaha kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi khususnya dalam bidang golf yang diangkat tinggi di persada antarabangsa dan memberi peluang kepada pemain muda melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi. Secara tidak langsung  akan melahirkan tenaga kerja yang professional dan  dalam memajukan lagi sukan golf dalam negara kerana industri golf  kini sudah  menjadi satu industri yang berkembang pesat di peringkat global. Industri sukan golf juga mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan akademi ini akan melatih anak-anak tempatan untuk menjadi tenaga kerja terlatih pada masa akan datang.
       Pemilihan Universiti Utara Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan  Golf ketika ini, dilihat sebagai inisiatif kerajaan dalam melahirkan atlet-atlet bertaraf antarabangsa dan membolehkan pelajar mengembangkan bakat mereka dalam sukan golf serta menggunakan sepenuhnya kemudahan sukan di universiti. Dari sudut pandangan mata kasar, penubuhan akademi ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan membangunkan modal insan kelas pertama kepada pelajar institut pengajian tinggi sehingga  ke peringkat antarabangsa.
     Boleh dirumuskan bahawan justifikasi utama penubuhan akademi ini dapat meneroka bidang penyelidikan yang berkaitan dengan sukan golf dan rekreasi ialah untuk melahirkan modal insan dalam industri golf di Malaysia.

Pemain Golf UUM  hebat

                                             







                      Penulis:
ialah pelajar jurusan Sarjana Muda Komunikasi,
Universiti Utara Malaysia.
___________________________________________
zam_azu@rencanaTV.com

No comments:

Post a Comment