Monday 1 October 2012

"social work nature care" bangkit kesedara komuniti Pulau Perhentian


Oleh : Noor Sahkira bt Kamaruddin
Emel : kieravanilla@yahoo.com

SINTOK :  Persatuan Kerja Sosial dan Pejabat Dekan Pembangunan Pelajar , Kolej Sastera dan Sains (CAS) , Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Social Work Nature Care untuk menjalankan program pembangunan sosial berbentuk khidmat sosial kepada komuniti di sekitar Pulau Perhentian , Terengganu baru-baru ini.
   Program ini dijalankan selama empat hari bermula dari 13 September sehingga 16 September 2012 yang disertai oleh 35 orang pelajar-pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dan 10 orang pegawai pengiring yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Dekan Pembangunan Pelajar CAS.
   Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk di sekitar Pulau Perhentian bahawa pentingnya memulihara dan memelihara pulau yang dikategorikan antara pulau tercantik di negara ini. Mahasiswa juga bertindak sebagai agen perubahan dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk setempat ke arah pembangunan sosioekonomi komuniti di Pulau Perhentian 
  “Pulau Perhentian seperti aset negara yang perlu dijaga rapi kerana pulau secantik ini telah memberi pendapatan kepada negara kerana ramai pelancong yang datang bercuti di sini saban tahun” kata Pengarah Projek Social Work Nature Care , Nurul Huda Ghazali ketika diminta mengulas pendapat tentang projek berkenaan.
Program berbentuk pembangunan sosial seperti ini turut mendapat sokongan penuh dari pihak kementerian apabila Jabatan Pertanian daerah Besut bersetuju memberi 100 batang pokok secara percuma kepada Persatuan Kerja Sosial UUM bagi memenuhi tentatif program mereka pada hari kedua iaitu Kempen Menanam 100 Pokok di sekitar Pulau Perhentian.



Mahasiswa dan penduduk Kampung Pulau Perhentian bertungkus-lumus menanam pokok di sekitar Pulau Perhentian.


No comments:

Post a Comment