Monday 1 October 2012

HOPE DAY UUM 2012 merangsang minat pelajar dalam aktiviti kokurikulum

oleh: Nik Mohd Haris Nik Setapa
emel: haris_setapa@yahoo.com


Sintok : Hari Organisasi Pelajar(HOPE) Universiti Utara Malaysia(UUM) telah berjaya menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum diperingkat university Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 22 hingga 24 September  bertempat di ruang legar Perpustakaan Sultanah Bahiyah itu telah dirasmikan oleh Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Dalam ucaptama yang diberikan dihadapan pimpinan tertinggi setiap kelab, beliau berkata “Melalui program Hope Day ini, pelajar-pelajar dapat membuat pilihan untuk menyertai kelab atau persatuan yang mereka minati. Ini merupakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti segala aktiviti yang dijalankan kelak.”
     Program yang dijadikan sebagai program tahunan di UUM tersebut telah disertai oleh pelbagai kelab dan persatuan yang aktif seperti Kelab Perkim, Kelab Kembara, Kelab Kenu dan banyak lagi.
      Pada tahun ini, sambutan yang ditunjukkan amat menggalakkan dimana semakin ramai pelajar yang datang mengunjungi tapak gerai dan mendaftar sebagai ahli bagi setiap kelab dan persatuan mengikut minat masing-masing.
      Dalam majlis tersebut juga, Dato’ Mukhriz turut merasmikan majlis penyerahan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia(KADS1M) yang memberikan pelbagai kelebihan dan penjimatan kepada mahasiswa diseluruh negara.
      Turut serta dalam majlis tersebut  ialah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia iaitu Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang mengiringi Dato’ Mukhriz melawat gerai-gerai yang disediakan oleh kelab dan persatuan pelajar di UUM

                       sesi pendaftaran di gerai Pencak Silat

No comments:

Post a Comment