Tuesday, 16 October 2012

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA PEMANGKIN EKONOMI NEGARA

Oleh Khairul Bariah bt Mohamad
Emel bariahmohamad@gmil.com














             Dalam perkembangan arus kemodenan pada masa kini. Kerajaan membawa banyak perubahan dalam sektor pembagunan dan pengurusan negara. Dalam perbentangan Bajet 2013. Pelbagai inisiatif diberikan rakyat daripada pelbagai peringkat. Hal ini juga tidak terkecuali juga kepada golongan terpinggir.

            Dalam perbentangan bajet 2013, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 1 bilion ringgit disediakan utuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bawah kendalian SME Bank. Dana ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada PKS untuk mendapatkan pembiayaian dalam memajukan perniagaan mereka.

            Selaras dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan industri pertanian, peruntukan tersebut dapat membantu golongan petani dalam memajukan industri mereka. Rentetan daripada krisis kekurangan sumber makanan dalam negara pada tahun 2008, kerajaan meningkatkan kepentingan industri pertanian dalam negara melalui peruntukan bajet dalam sektor pertanian khususnya dalam PKS.

produk keluaran Bumeputera


            Selari dengan Pelan Induk PKS (2012-2020)  yang telah dilancarkan yang bertindak sebagai ‘game change’  untuk meningkatkan PKS melalui produktiviti dan inovasi. Sebanyak 30 juta ringgit diperuntukkan melalui pelan induk dalam pelaksanaan 32 inisiatif termasuk enam Program Berimpak Tinggi.

            Bukti kerajaan tidak mengabaikan rakyatnya melalui peruntukan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pulau pinang, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) telah memperuntukkan hampir RM 18.2juta pada tahun ini untuk pembangunan usahawan industri kecil dan sederhana dinegeri ini.

            Peruntukkan ini melibatkan pelaksanaan Kompleks Perniagaan, Skim Sokongan Usahawan Pertengahan Bumiputera Pulau Pinang, Bengkel Pandai Besi dan sebagainya. Menurut Pengerusi MPBPP Tan Sri Nor Mohamed, inisiatif ini dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran PKS dalam menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

            Dalam perbentangan bajet 2013, fokus utama kerajaan kepada PKS iaitu merangsang aktiviti pelaburan serta membudayakan inovasi dan meningkatkan produktiviti. Kerjasama dengan badan organisasi lain seperti SME Bank, Bank Pembangunan Islam dan sebagainya dapat meningkatkan pengeluaran PKS dalam negara selain daripada mempergiatkan Industri Halal untuk aktiviti eksport ke luar negara.

pelbagai hasil pengeluaran PKS diperkenalkan keseluruh Dunia.

No comments:

Post a Comment