emel: sitikhalidah90@gmail.com.my
PUSAT SUKAN
: Pelajar antarabangsa meriahkan sambutan Hari Malaysia Universiti Utara
Malaysia (UUM) dengan turut serta dalam acara perbarisan dan memenuhi ruangan
penonton.
Pelajar antarabangsa begitu bersemangat
sepanjang perarakan dengan memakai pakaian kebangsaan masing-masing sebagai
tanda menyokong majlis Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Sebanyak 15 buah dewan penginapan pelajar
(DPP) turut serta dalam perarakan perbarisan bersempena majlis Sambutan
Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM).
Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed
Mustafa Ishak menyifatkan sambutan kali ini sangat meriah dengan penyertaan
yang menggalakkan dalam kalangan pelajar termasuk pelajar antarabangsa.
Beliau
menegaskan apabila sehelai kain kosong diwarnakan dan dibentuk menjadi bendera,
ianya adalah simbol kedaulatan dan maruah negara, maka ianya seharusnya dijaga
dan dihormati.
“Mahasiswa perlu sentiasa menanamkan
semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara bagi mengekalkan kemerdekaan
negara kerana kuasa asing sentiasa menunggu masa yang terbaik untuk masuk
kembali ke Malaysia,” katanya.
Maskot Helang, Tabung Haji, jambatan Pulau
Pinang dan litar F1 antara maskot DPP yang
memeriahkan acara perbarisan pada kali ini.
Maskot ini adalah hasil daripada idea
kreatif para peserta perbarisan yang berlangsung di Pusat Sukan UUM.
Kerjasama dan keharmonian antara pelajar
tempatan dan antarabangsa dapat dilihat sepanjang majlis.
Majlis gilang-gemilang ini berjaya mengeratkan
hubungan baik antara pelajar tempatan dan antarabangsa disamping dapat
meningkatkan pengetahuan dan idea kreatif
para peserta sebagai pemangkin perubahan generasi muda pada masa ini.
No comments:
Post a Comment