emel: nuri.afeef@yahoo.com
SINTOK : Dewan Penginapan Pelajar Telekom Malaysia (DPP TM) telah menganjurkan satu
program langkah-langkah pertolongan cemas yang melibatkan seramai 200
orang pelajar semester 1, St John
Ambulance dari cawangan perlis telah sudi datang untuk memberi sedikit
tunjuk ajar berkaitan dengan pertolongan cemas.
Penceramah
daripada St John Ambulance iaitu Encik Mohamad Bin Abdullah telah
memberi ceramah berbentuk teori berserta
dengan teknik untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar agar dapat melakukannya dengan baik sekiranya
berlaku kejadian malang.
Dalam
program tersebut beberapa teknik pertolongan cemas telah diajar antaranya
Pernafasan Resutasi Kardiopulmonar dan cara merawat kaki atau tangan,CPR ialah
satu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan ketika kecemasan apabila
mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut,penyelamat boleh
melakukan CPR sekiranya bantuan daripada pihak Hospital lambat tiba.
“ Menurut Mohamad lagi pertolongan yang diberikan
mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang sekiranya bantuan yang diminta
lambat sampai”.
Josaphine A/P Sawarnathan berkata pengajuran
program kali -2 ini telah menimbulkan kesedaran dalam diri masing-masing.
“Menurutnya
lagi penglibatan pelajar amat menggalakan kerana ada diantara mereka
sememangnya sudah terdedah dengan teknik pertolongan cemas di peringkat sekolah
No comments:
Post a Comment