Monday 1 October 2012

UUM berhari raya dengan bangunan baru

Khaled Nordin menandatangani plak perasmian sambil diperhatiakn oleh Mustafa Ishak

oleh: Masitah Jaafar
emel: masitahj@news.com



SINTOK: Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah merasmikan tiga blok akademik Universiti Utara Malaysia ( UUM) baru- baru ini.
  Tiga blok akedemik yang baru terdiri daripada blok Pusat Pengajian Teknologi Media dan Komunikasi ( SMMTC), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif ( SQS) dan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik ( STML).
  Pada majlis tersebut, Mohamed Khaled berkata faktor pembangunan fizikal menyumbang kepada ekosistem kampus yang kondusif dan mempengaruhi suasana pembelajaran serta pengajaran terutamanya untuk keselesaan para mahasiswa menimba ilmu.
  “Dengan tersergamnya bangunan tiga blok akademik ini, ia sudah pasti dapat memperkukuhkan lagi mutu dan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan bagi 10 program akademik sarjana muda, program sarjana dan dua program doktor falsafah yang berada di bawah ketiga- tiga pusat pengajian ini.

    “Lebih penting, bangunan baharu ini akan membantu pusat-pusat pengajian ini dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh negara,” ujar beliau pada Majlis Perasmian Tiga Blok Akademik dan Sambutan Aidilfitiri Peringkat UUM di Dataran Perkarangan Pusat Pusat Pengajian SMMTC, SQS dan STML. Beliau turut menyarankan agar UUM menumpu pada program Perbankan dan Kewangan Islam untuk menonjolkan kekuatannya melalui Projek Permulaan ( EEP) Bidang Utama Ekonomi Negara ( NKEA) selain memenuhi keperluan NKEA bagi menjayakan agenda transformasi ekonomi negara.

   Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, saban tahun universiti ini akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri yang ditunggu-tunggu oleh setiap warganya sama ada pihak pengurusan, kakitangan mahupun pelajar untuk  berinteraksi dan beramah mesra.
“Tiga blok ini juga turut mengandungi Dewan Kuliah Gugusan 6 yang mula dibina pada 31 Januari 2007 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan siap dibina sepenuhnya pada 25 April 2011 dan mula beroperasi pada Mei tahun berkenaan.”

   Tambah Mohamed Mustafa lagi, ini merupakan kali kedua kehadiran Menteri Pengajian Tinggi itu ke universiti ini sempena Majlis Sambutan Aidilfitiri Peringkat UUM, yang sebelum ini Mohamed Khaled hadir pada 23 September 2010. Turut hadir, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Pro-Canselor UUM, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).


No comments:

Post a Comment