Wednesday 24 October 2012

DURIAN RUNTUH KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA



Oleh Muhd Muslim Bin Mat Daud



Pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini bukan sahaja menggembirakan rakyat dan kakitangan awam, malah turut disambut baik oleh kementerian-kementerian kerajaan. Menurut Menteri pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, peruntukan besar kepada ATM merupakan hadiah paling berharga dan sememangnya dinanti-nantikan golongan tersebut.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional Negara Malaysia. ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM.

Dalam usaha kerajaan untuk menghargai jasa anggota tentera, kerajaan telah memberi insentif khas RM200 sebulan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM301 juta yang memberi manfaat kepada seramai 125,708 pegawai dan anggota ATM. Dengan pemberian insentif khas ini ia akan lebih meningkatkan motivasi tentera untuk mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan daripada pihak musuh yang cuba untuk menceroboh pertahanan negara.

Keprihatinan kerajaan terhadap angota tentera khususnya  kepada angota berpangkat rendah terserlah apabila kerajaan  telah memperkenalkan sistem atau kaedah kenaikan pangkat secara time-based iaitu peluang kenaikan pangkat anggota ATM yang merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan kemajuan kerjaya serta motivasi anggota ATM.  Dengan penggunaan sistem time-based ini, ia telah meningkatkan peluang kerjaya yang lebih dinamik bagi angota berpangkat rendah disamping dapat menyuntik semangat kepada angota tentera untuk terus memberi khidmat dalam pasukan.

Selain itu,sebagai penghargaan kepada jasa anggota tentera kerajaan telah menyelaraskan elaun khidmat bertugas bagi Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara daripada RM4 sejam bagi angota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai ,daripada RM5.80 sejam Kepada RM7.80 sejam melibatkan 65,000 anggota simpanan tentera. Langkah ini adalah sebagai satu tanda sokongan dan penghargaan pihak kerajaan kepada angota tentera.

Pemberian sumbangan sebanyak RM1000 secara one-off kepada bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun serta tidak berpencen oleh Kerajaan sebagai simbol pengiktirafan jasa mereka dalam mempertahankan negara. Peruntukan sebanyak RM24 juta yang melibatkan 224,000 bekas tentera ini akan dikongsi bersama oleh Kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Selain itu juga,Skim Perlindungan Insurans Berkelompok yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat dengan peruntukan RM12 juta memberi had perlindungan maksimum sehingga RM15000.  Pelbagai insentif yang diberikan kepada pegawai, anggota serta pesara tentera dalam bajet 2013 adalah sebagai penghargaan kerajaan terhadap jasa dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Di samping itu juga,bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, Perdana Menteri Dato’ Sri  Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM591 juta Ringgit untuk meningkatkan kecekapan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Buat pertama kali sejak 1969, pendekatan Belanjawan 2013 menyebut secara khusus mengenai penambahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Penambahan anggota PDRM ini amat penting memandangkan jumlah anggota tersebut yang kurang berbanding rakyat dengan nisbah satu anggota kepada 257 penduduk. Selain itu, skim penambahbaikan dalam laluan kerjaya PDRM menerusi pengumuman Bajet 2013 juga membolehkan pihak PDRM menarik minat orang ramai menyertai badan beruniform tersebut.

Sejajar dengan matlamat Kementerian Pertahanan untuk membabitkan semua pihak membanteras kelakuan jenayah, kerajaan telah memperkenalkan langkah mengurangkan kadar jenayah sebagai salah satu inisiatif dibawah NKRA.  Peruntukan sebanyak RM591 juta Ringgit tersebut disediakan bagi tahun 2013 untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
Pertama: Menambah bilangan perjawatan baru Polis DiRaja Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas rondaan dan pencegahan jenayah serta menaik taraf infrastruktur dan menyediakan perlatan moden;
Kedua: Menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal untuk memantau kawasan perumahan.  Untuk ini, kerajaan akan menyediakan 1,000 buah motosikal dengan peruntukan sebanyak RM20 juta;
Ketiga: Menambah bilangan ahli Pasukan Sukarelawan Polis seramai 10,000 orang dengan peruntukan RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah; dan
Keempat: Menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Selain langkah-langkah tersebut, kerajaan juga mengambil inisiatif dalam mewujudkan kejiranan yang selamat dan harmoni dengan penglibatan swasta dan komuniti setempat secara menyeluruh bersama Kerajaan adalah penting bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat.  Sehubungan itu, kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti menyokong peranan persatuan penduduk bagi tujuan menggalakan aktiviti rondaan dikawasan kejiranan.  Untuk ini, kerajaan bercadang memberi geran berjumlah RM10,000 kepada 4,025 persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan kos sebanyak RM40 juta.

                                  Angkatan Tentera Malaysia tekad lebih bersemangat jaga keamanan negara.


Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, komitmen tinggi kerajaan menyediakan pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan PDRM bukan saja mencatat sejarah, tetapi memperkasakan pasukan keselamatan itu. Penambahan peruntukan sebanyak RM68.8 paratus di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), membuktikan kerajaan serius dan komited untuk menurunkan kadar jenayah di negara ini.  Usaha yang bakal dilaksanakan oleh pihak polis itu akan lebih berhasil jika mendapat kerjasama daripada masyarakat khususnya merealisasikan matlamat mewujudkan komuniti selamat.

Tuntasnya disini, memang selayak dan sewajarnya anggota pertahanan diberi insentif dan keistimewaan  berdasarkan tanggungjawab yang dipikul serta beban yang digalas, namun perlu ditekankan juga isu ketelusan dalam belanjawan pertahanan sangat perlu diberi perhatian dan pertahanan serius.  rasuah dalam pertahanan akan melesapkan dan membazir sumber wang dan tenaga manusia yang sangat besar, ia sekaligus menyebabkan keberkesanan operasi terjejas.  Dalam masa yang sama keyakinan awam tergugat terhadap kecekapan tentera dan seluruh khidmat keselamatan yang sepatutnya dijamin untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment