Monday 15 October 2012

Lebuhraya Sintok lubuk rezeki



Oleh     MOHD RIZALMAN BIN ABDULLAH
            MOHD RIDZUAN BIN MOHMAD JALIL


Disebalik kemeriahan majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia kali yang ke-25 baru-baru ini, ramai yang tertarik dengan lambakan perniaga yang berkampung selama seminggu memenuhi dataran PALAPES. Tidak kurang meriahnya sepanjang lebuhraya menuju ke UUM dan di hadapan pintu masuk universiti ini. Semenjak hari pertama  majlis konvokesyen, deretan kedai yang menjual pelbagai buah-buahan, bunga, perkhimatan fotografi tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Kehadiran para peniaga tersebut menambahkan lagi keunikan   dan kemeriahan suasana majlis konvokesyen kali ini.
Bagaikan pesta.        
Deretan gerai-gerai disepanjang lebuhraya umpama pesta yang menyambut ketibaan tetamu konvokesyen pada kali ini. Kehadiran graduasi, keluarga serta penduduk amat dinanti oleh para peniaga untuk dihidangkan dengan pelbagai barangan jualan serta perkhidmatan.
            Di sudut gerai buah-buahan terdapat lambakan aneka buah tempatan. Pengunjung yang melihatnya sudah tentu tertarik untuk singgah menjamah sebelum membeli. Mempelam, tembikai, mata kucing, laici, nangka dan pelbagai lagi buah-buahan segar yang menarik perhatian pembeli. Menurut seorang peniaga, Fatimah binti salleh 51, berkata pendapatan seharian boleh mencecah  seribu  Ringgit sehari semenjak beliau membuka tapak gerai di sini. Tambah  beliau, bekalan buahan-buahan ditambah setiap hari untuk dijual kepada pengunjung. Beliau  juga turut mempunyai gerai bernombor 3 dan 4 di hadapan UNIMAP sebagai gerai tetap untuk mencari rezeki.
Deretan limau bali di lebuhraya     
Kehadiran pengunjung ke majlis konvokesyen yang bermula pada 3 hingga 10 oktober telah memberikan penduduk  sekitar “durian runtuh”. Kemeriahan gerai ini juga dapat disaksikan di sepanjang lebuh raya Changlun-Kuala Perlis dengan deretan peniaga limau bali yang membuka gerai yang bermula dari pagi hingga ke malam menjadikan deretan jalan begitu meriah.
            Turut menarik perhatian, Nurul Atikah ,23 merupakan penuntut Kolej Pertanian Malaysia  Bukit Tangga memberitahu bahawa buah-buahan yang dijual merupakan hasil tanaman kumpulannay adn dijual untuk melaksanakan projek ilmiahnya.
Kurang mampu menyewa tapak    
Disebabkan harga tapak perniagaan yang agak tinggi di Pesta Konvo, para peniaga mengambil keputusan untuk menjual di pinggir jalanan yang tidak dikenakan sewa tapak yang mahal. Sedar akan  risiko yang bakal dihadapi seperti disaman pihak berkuasa atau kemalangan, para peniaga ini menolak persoalan tersebut demi mencari sesuap nasi. Bahkan bagi mereka peluang seperti ini Cuma datang setahun sekali apabila berlangsungnya majlis konvokesyen.
            Di samping itu, terdapat juga gerai-gerai yang menjual bunga dan perkhimatan fotografi. Mereka juga turut mengambil peluang berniaga di pinggir lebuhraya sepanjang laluan menuju ke UUM.
            Oleh yang demikian majlis Konvokesyen UUM pada kali ini dimeriahkan dengan deretan gerai-gerai pinggiran leburaya. Kita dapat melihat bahawa majlis yang bersejarah kepada graduasi ini turut memberi rezeki kepada peniaga yang ingin mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga masing-masing.



   Kenderaan yang melalui lebuhraya turut behenti untuk singgah membeli buah-buahan yang dijual.

             suasana lebih rancak apabila pelanggan turut mencuba untuk tawar menawar
        

No comments:

Post a Comment