Monday 1 October 2012

Majlis keraian kepimpinan pelajar

oleh: Muhd Muslim Bin Mat Daud
emel: muslim_uum@yahoo.com


KUBANG PASU 24 Sept. :  Satu majlis  “ Hi-Tea” Bersama Mahasiswa telah diadakan di Hotel EDC UUM anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (JHEP)  bersempena dengan  Hari Organisasi Pelajar  (HOPE).  Majlis ini diadakan  bertujuan untuk  meraikan kelab dan persatuan-persatuan yang  bernaung dibawah  HEP UUM.
     Disamping itu ,majlis ini juga sebagai satu penghargaan kepada tampuk kepimpinan yang bertungkus lumus menjayakan HOPE UUM bagi semua kelab dan persatuan. Berucap semasa majlis, Prof. Madya  Dr. Mohd Amy  Azhar  Mohd Harif yang merupakan Pengarah JHEP menyeru semua persatuan-persatuan  ini supaya bergiat aktif dimana beliau telah mengumunkan ganjaran yang menarik kepada tiga persatuan teratas yang paling aktif.
    “Persatuan yang pertama yang paling aktif akan menerima  peruntukan sebanyak RM 10,000  dan dijangkakan akan digandakan kepada RM 20,000. Manakala bagi kelab kedua dan ketiga aktif akan di berikan bilik di Kompleks  Budaya Hashim Yasin ”, katanya.
      Beliau juga turut menyeru semua mahasiswa Universiti Utara Malaysia  meningkatkan prestasi dengan mewujudkan keseimbangan dalam pembelajaran akademik dan berpersatuan  dengan melengkapkan diri dengan soft skill   dan nilai-nilai tambah yang dapat melahirkan produk yang  beketrampilan dan berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi  permintaan pasaran kerja. Ini kerana penguasaan soft skill adalah penting dimana kurangnya penguasaan kepada nilai-nilai tambah ini akan mengehadkan peluang untuk  mereka untuk bersaing dalam  pasaran .
    Sehubungan dengan itu, pelbagai kemudahan prasarana dan  infrastruktur telah dinaik taraf oleh pihak Universiti bagi memperkukuhkan kualiti pembelajaran dan  pengajaran  serta menyediakan persekitaran yang kondusif kepada mahasiswa agar dapat belajar dengan selesa dan sempurna yang diharap mampu melahirkan generasi pelajar cemerlang dan kompetitif.


                      


No comments:

Post a Comment