emel: azura_awi@yahoo.com
SINTOK- Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional
(PTPTN) dengan kerjasama Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) telah
menganjurkan taklimat dan dialog mengenai bayaran balik PTPTN dan pengurusan
kewangan di Dewan Tan Sri Othman, Universiti Utara Malaysia baru-baru ini.
Program
ini bertujuan memberi pendedahan serta maklumat mengenai pengurusan kewangan
secara berhemah kepada mahasiswa tahun akhir Universiti Utara Malaysia.
Dalam ceramah
tersebut, Tan Chee Hong, Pegawai Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit
(AKPK), menyarankan agar pelajar perlu bijak dalam merangka bajet peribadi dan
perlu tahu membezakan yang mana satu keperluan dan kehendak agar perbelanjaan
tidak melebihi pendapatan bulanan gaji.
“Apabila kita membuat pilihan bijak dalam
perbelanjaan seharian dan tahu mengukuhkan kewangan dengan baik, secara tidak
langsung ia dapat menyelesaikan hutang secara berhemat,” ujar beliau.
Seminar ini bukan sahaja mengulas mengenai
prosedur bayaran balik pinjaman PTPTN tetapi banyak membuka minda serta
mendidik mahasiswa tahun akhir mengenai asas pengurusan kewangan apabila
melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Reox, 23, pelajar jurusan Pengurusan
Perniagaan berpendapat bahawa seminar ini memberi banyak pengetahuan asas
mengurusan bajet apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak. Sementara itu,
Nurnazihah Norzilan, 22, berpendapat melalui ceramah AKPK beliau lebih yakin
untuk menguruskan kewangan dan melunaskan pinjaman PTPTN kelak.
No comments:
Post a Comment