Emel: nuur_eemi0801@yahoo.com
SINTOK:
Sebanyak 19 kontinjen yang mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Kemerdekaan
dan Hari Malaysia peringkat Universiti
Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung
pada malam 19 September 2012 bagi
meraikan keamanan negara bersama pegawai-pegawai dan mahasiswa/I UUM.
Kemeriahan majlis ini juga disertai
perarakan perbarisan oleh 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP) bersama replika
perbarisan, Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS), PALAPES, Pegawai Keselamatan
dan diiringi oleh kontinjen Pancaragam Kolej Tentera Udara DiRaja Malaysia
Kepala Batas.
Kehadiran Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr
Mohamed Mustafa Ishak, Timbalan Naib
Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof
Dr Rosna Awang Hashim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya
Dr Mohd Amy Azhar, Kabinet Perwakilan Pelajar (MPP) dan Tokoh Kemerdekaan UUM,
Ahmad Saad telah menyerikan lagi majlis
pada malam tersebut.
Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada
peserta yang menyertai perarakan perbarisan dan menunjukkan semangat
patriotisme di kalangan generasi muda
serta daya kreativiti yang amat tinggi untuk menyiapkan perhiasan dan replika
perbarisan.
Beliau menegaskan kepada mahasiswa/I UUM
untuk menghormati bendera Jalur Gemilang yang merupakan lambang bagi identiti
negara kita yang aman damai.
“Asalnya kain putih kosong yang dianggap
kain itu bodoh yang tiada apa-apa erti namun, apabila diwarnakan dan dibentuk
menjadi bendera, ia nya adalah simbol
kedaulatan dan maruah negara yang harus dihormati dan dijaga.” Kata Naib
Canselor UUM
Beliau juga mengingatkan mahasiswa/I UUM
supaya sentiasa memelihara keamanan dan kedaulatan negara agar tidak jatuh ke
tangan kuasa asing dengan adanya 5 prinsip Rukun Negara yang telah dihuraikan
secara terperinci.
“Kuasa asing sentiasa menunggu masa yang
terbaik untuk menakluki kembali Malaysia yang aman damai ini dan mahasiswa/I
perlu sentiasa mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam menjaga
kedaulatan negara “ ujarnya lagi.
Majlis seperti ini dapat memberi kesedaran
serta meningkatkan semangat patriotisme kepada mahasiswa/I UUM terhadap perkembangan
negara yang perlu dibangunkan oleh generasi muda ini.
DPP Petronas telah memenangi kontinjen terbaik
yang mempersembahkan kreativiti replika burung helang yang menarik perhatian
ramai penonton dan hadiah bernilai RM500 telah disampaikan oleh Naib Canselor
UUM.
sebahagian kontinjen perarakan perbarisan tekun mendengar ceramah Naib Canselor UUM
No comments:
Post a Comment