Monday 1 October 2012

Blok akademik baru uum dirasmikan

oleh:  Mohd Khuzaimi Bin Juhari
Emel: khuzaimimohd@yahoo.com


Sintok:  Menteri pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini telah merasmikan 3 blok akademik baru Universiti Utara Malaysia(UUM) bertempat di perkarangan bangunan baru tersebut.
    3 blok tersebutkan menempatkan pusat pengajian Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS),  Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan Dewan Kuliah Gugusan 6(DKG 6). Pembinaan bangunan ini bermula pada 31 Januari 2007 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang siap dibina pada 25 April 2011 dan mula beroperasi pada Mei 2011.
     Majlis dimulakan dengan ketibaan menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada jam 12 tengah hari. Sebaik sahaja tiba Datuk Seri Mohamed Khaled nordin telah disambut oleh para warga UUM yang telah siap sedia menunggu di perkarangan bangunan baru SMMTC. Seterusnya majlis dimulakan dengan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyampaikan kata alu – aluan bagi mengalukan kedatangan Menteri Pengajian Tinggi ke majlis perasmian blok akademik baru UUM  dan majlis jamuan raya.
     Antara intipati ucapan Naib Canselor UUM ialah “saban tahun universiti ini akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri yang ditunggu-tunggu oleh setiap warganya sama ada pihak  pengurusan, kakitangan mahupun pelajar untuk bersama - sama berinteraksi dan beramah mesra.” Selain itu  Naib Canselor UUM juga merasakan warga UUM bertuah kerana Menteri Pengajian Tinggi sudi meluangkan masa untuk sama – sama meraikan majlis hari raya dan perasmian blok akademik baru. Dalam pada masa  yang sama juga naib Canselor UUM telah merasmikan sekolah tiga buah sekolah siswazah iaitu, Othman Yeop AbdullahGraduate  School of Business, Ghazali Shafie Graduate School of Government dan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences.
     Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula dalam ucapannya perasmiannya telah ,meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)  Naib Canselor institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diukur berdasarkan kejayaan mereka melaksanakan program akademik yang melahirkan mahasiswa berciri keusahawanan. Menurut Mohamad Shahril bin Nazimudin Johari,22  pelajar jurusan sains pemutusan berharap dengan perasmian blok akademik baru ini memberi suasana belajar yang selesa kepada mahasiswa. Beliau juga turut merasa bangga kerana dapat dapat sama – sama meraikan majlis hari raya bersama – sama menteri pengajian tinggi.
Turut hadir ke majlis tersebut, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr Rujhan Mustafa, Pro-Canselor UUM, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

         para tetamu jemputan bergambar kenangan.


No comments:

Post a Comment