Monday, 1 October 2012

GCB bantu siswa UUM mantap berkomunikasi

Oleh: Mohd Rizalman Bin Abdullah
Emel: rizal_abdullah@yahoo.com



SINTOK 24 Sept.- Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melancarkan  program GCB bagi memberikan nilai tambah kepada siswazah untuk mahir dalam berkomunikasi.
       Program GCB mempunyai enam modul yang yang dilaksanakan secara berperingkat. Kesemua pelajar semester tiga diwajibkan mengikuti program ini yang bertempat di dewan Muadzam Shah UUM.
        Program GCB mengandungi modul emosi, perkembangan hubungan interpersonal yang mantap serta pengurusan identiti diri. Dengan adanya pengisian sebegini pelajar akan lebih terdedah untuk lebih bijak dalam membuat keputusan.
       Sehubungan dengan itu, majlis penutupan telah disempurnakan oleh  Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM Prof. Madya Dr. Amy Azhar bin Hj. Hariff. Dalam ucapan, beliau menegaskan tentang keperihatinan universiti dalam memberikan kemudahan kepada pelajar untuk menimba ilmu.
     Pengarah Pusat Kaunseling Mohd Salleh juga turut menegaskan bahawa pembelajaran sebegini akan memberikan kesan yang positif kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam dunia pekerjaan.
       Menurut Mohd Benyamin Syah (21) pelajar program BComm berkata program ini dapat menyuntik semangat kepada diri beliau. Keadaan ini dapat dinilai dengan prestasinya di dalam kelas yang lebih berkeyakinan dalam menyuarakan pendapat dan tidak takut untuk berhadapan dengan khalayak ramai bila berkomunikasi
       Justeru itu, program ini memberikan perubahan yang positif dalam diri pelajar yang membolehkan pelajar mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
      Selain itu juga beliau berkata dengan program ini akan membolehkan pelajar untuk lebih berupaya dalam proses temuduga dan inilah  yang disarankan oleh kerajaan untuk menembusi pasaran pekerjaan dari sektor industri di Malaysia.




 

No comments:

Post a Comment