Oleh Mohamad Amin Bin Abd Rani, Siti Khalidah Mazlan, Noor Sahkira Kamaruddin dan Mohd Nazrin Shah Musirin
Majlis pelancaran kelab MyAgrosis oleh Dato' Mohd Hassan Abdullah
Pertanian merupakan satu sumber pendapatan negara
yang menjana lebih RM 18 bilion setahun. Maka, kerajaan hari ini telah mengambil
langkah yang komprehensif bagi merancakkan lagi sektor pertanian agar defisit fiskal negara akan
berkurangan. Umum juga mengetahui bahawa jumlah rakyat Malaysia telah meningkat
saban tahun yang mengakibatkan peningkatan permintaan dalam sumber makanan negara.
Bagi mengawal situasi tersebut, satu mekanisme haruslah dilaksanakan untuk
mengimbangi fenomena ini.
Seiring
dengan usaha itulah, kerajaan telah menubuhkan MYAGROSIS supaya dapat menjadi
pemacu dalam sektor pertanian negara agar dapat mengurangkan kebergantungan
kepada import sumber pertanian. Melalui usaha tersebut, penubuhan Kelab
Usahawan Tani ataupun MYAGROSIS yang telah ditubuhkan di seluruh institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia ini diharapkan dapat mencapai objektifnya
dengan jayanya .
Penubuhan
MyAgrosis telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib
Bin Tun Abdul Razak pada 17 Disember 2011 yang lalu di Universiti Teknologi
Mara Merbok, Kedah. Program MyAgrosis ini adalah hasil inisiatif Strategi
Lautan Biru diantara Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani serta
Kementerian Pengajian Tinggi yang merentasi sempadan di antara kementerian.
Adakah
bidang keusahawanan tani mampu menjana masa depan yang cerah, atau masih
wujudkah lagi stigma bahawa pertanian hanya untuk masyarakat petani? Oleh yang demikian, hari ini
pelbagai kursus ditawarkan berkaitan keushawanan dan pertanian di peringkat
pengajian tinggi. Kewujudan kursus seperti ini mampu melahirkan siswazah yang
mempunyai nilai komersial seperti diidamkan para majikan. Walaupun para majikan menilai dari segi penampilan dan personaliti, namun dari segi akademik dan kebolehan istimewa juga ditekankan dalam pemilihan bakal pekerja. Nilai tambah yang ada dalam setiap siswazah menjadi satu tonik tambahan untuk mereka yang ingin ke alam pekerjaan.
Penubuhan
kelab MyAgrosis mampu melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi dalam bidang
pertanian. Kelab MYAGROSIS adalah kelab yang ditubuhkan untuk para siswazah
institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (
IPTS) seluruh negara yang berminat menjadi usahawan tani. Disebalik penubuhan
kelab ini, pihak Agrobank bertindak sebagai tulang belakang bagi merealisasikan
MYAGROSIS berjaya. Kerjasama ini memberi kemudahan kredit bagi graduan yang berminat
untuk menceburi aktiviti pertanian secara serius. Kewujudan K-shope adalah
kesinambungan dalam penubuhan kelab MyAgrosis dalam kalangan siswazah.
Siswazah
Universiti Utara Malaysia (UUM) sendiri telah mengambil inisiatif dengan
menubuhkan satu organisasi yang dikenali sebagai MyAgrosis K-shoppe (MAKS) di
bumi Sintok ini. Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk
Abdul Rahim Salleh berkata, dengan penubuhan kelab itu, MADA akan menjadi
koordinator MyAgrosis di UUM dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAp)
sebagaimana diminta oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menariknya organisasi ini mempunyai ketua
pegawai eksekutif (CEO) mirip kepada hierarki organisasi syarikat korporat. Secara
tidak langsung ,MARKS bertindak sebagai platform persaingan di peringkat luar
mahupun sedia ada.
MYAGROSIS
UUM telah menerima peruntukan sebanyak RM 234, 000 daripada pihak kementerian
bagi merealisasikan program ini. Siswazah daripada kursus Sarjana Ijazah Muda
Pengurusan PerniagaanTani diberi tanggungjawab untuk menjayakan program ini.
Dana tersebut meliputi kos penubuhan MAKS serta Projek Agroladang Tanaman
Fertegasi Hidroponik dan sayur-sayuran yang diusahakan berdekatan dengan Taman Botani
UUM.
Pelaksanaan
MAKS juga dapat memberi pendedahan kepada ahli kelab MyAgrosis UUM sendiri
mengenai potensi industri asas tani sebagai bidang kerjaya selaras dengan
slogan MoA , “Pertaniaan adalah Perniagaan”. Mohamad Khairulnizam bin Abdul
Mutalib selaku CEO MAKS UUM, berkata “kami bertukar-tukar shif menjaga K-shoppe
dan diberi upah sebanyak RM 1.50 sejam. Sekiranya perniagaan K-shoppe bertambah
maju, upah kami sebagai petugas jualan akan dinaikkan” ujar beliau ketika
ditemuramah. Upah yang diberikan adalah daripada hasil jualan K-shoppe yang diperolehi.
Menurutnya
lagi, "buat masa ini pihaknya tidak lagi menetapkan jadual bertugas dan waktu
K-shope beroperasi juga masih tidak menentu". Namun, Khairulnizam berkata, beliau
akan sentiasa mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli kelab MyAgrosis untuk mengemaskini
maklumat agar perlaksanaan MAKS berjalan lancar. Manakala penasihat Kelab MYAGROSIS
UUM , Dr Ibrahim bin Yunus menyatakan bahawa setiap petugas jualan wajib menerima
upah dalam bentuk bayaran bagi menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan dan akhirnya mampu memberikan mereka ilmu yang berguna kepada siswazah itu kelak.
No comments:
Post a Comment