OLEH :MOHD KHUZAIMI BIN JUHARI
Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat Sebuah Janji Ditepati" telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 28 September 2012. Ucapan bajet yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit itu terus mengutamakan rakyat kerana terus mendekati setiap lapisan masyarakat dan ini bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke lima itu iaitu “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Lima fokus yang bajet 2013 ini ialah Lima fokus itu ialah Merangsang Aktiviti Pelaburan, Memperkasa Pendidikan dan Latihan, Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti, Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Rakyat. Kanak-kanak berlainan keupayaan (OKU), petani, nelayan, pesara kerajaan, bekas tentera tanpa pencen, pengusaha bas sekolah, pelajar dan pengguna feri di Sarawak, Labuan dan Sabah adalah antara kumpulan yang mendapat perhatian kerajaaan. Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2012. Hasil kerajaan persekutuan bagi tahun depan dianggarkan RM208.6 bilion dan kerajaan akan terus mengurangkan defisit kepada empat peratus.
Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat Sebuah Janji Ditepati" telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 28 September 2012. Ucapan bajet yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit itu terus mengutamakan rakyat kerana terus mendekati setiap lapisan masyarakat dan ini bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke lima itu iaitu “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Lima fokus yang bajet 2013 ini ialah Lima fokus itu ialah Merangsang Aktiviti Pelaburan, Memperkasa Pendidikan dan Latihan, Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti, Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Rakyat. Kanak-kanak berlainan keupayaan (OKU), petani, nelayan, pesara kerajaan, bekas tentera tanpa pencen, pengusaha bas sekolah, pelajar dan pengguna feri di Sarawak, Labuan dan Sabah adalah antara kumpulan yang mendapat perhatian kerajaaan. Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2012. Hasil kerajaan persekutuan bagi tahun depan dianggarkan RM208.6 bilion dan kerajaan akan terus mengurangkan defisit kepada empat peratus.
Bajet yang dibentangkan memberi peruntukan besar kepada sektor pendidikan
iaitu sejumlah RM38.7 bilion atau 21 peratus daripada keseluruhan belanjawan. Bajet
ini adalah kerana kerajaan komited dalam memastikan mutu pendidikan negara
setaraf dengan negara maju lain. Selain itu ia menampakkan kerajaan komited
dalam memastikan rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti dan sewajarnya. Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang merupakan menteri kewangan ke 2 menjelaskan bajet pendidikan kali ini adalah
usaha memangkin pelaksanaan program
transformasi pendidikan ke arah yang lebih maju disamping itu ia merupakan
sektor memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkat ekonomi negara.
Beliau menjelaskan lagi bahawa perubahan dari segi ekonomi memerlukan
pengetahuan dan kemahiran yang berbeza pada masa sekarang dan akan datang.
Antara bajet pendidikan yang mendapat tumpuan para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) adalah pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus(sehingga 30/9/2013) dengan pemberian diskaun ini dapatlah para pemimjam mengurangkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung. Cara ini juga dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan memastikan lebih ramai peminjam PTPTN melunaskan hutang mereka kerana potongan yang diberikan adalah lumayan dan sesiapa yang ingin melunaskan pinjaman mereka secara sekaligus ini adalah peluang baik buat mereka. Menurut Halijah Abu Bakar,25 yang merupakan Pembantu Pengurus Telekom Malaysia sebenarnya “para peminjam lebih terbeban kepada kos pentadbiran satu peratus akibatnya walaupun hutang telah dibayar secara ansuran tetapi jumlah pinjaman tidak berkurangan”. Di dalam bajet tersebut juga dijelaskan bahawa para peminjam PTPTN akan menikmati diskaun 10 % setahun bagi bayaran secara konsisten dan ini adalah peluang kepada golongan yang kurang mampu membayar secara sekaligus secara ansuran dan lebih teratur disamping menikmati kadar diskaun 10 %. Seorang perkerja swasta, Mohd Adni Wahab menyambut baik cadangan berkenaan dan ujarnya lagi “sukar baginya melunaskan bayaran secara sekaligus tetapi beliau memuji usaha kerajaan menyediakan inisiatif bagi mengurangkan hutang peminjam.” Bagi Datuk Ismail Mohamad Said, pengerusi PTPTN pula menjangkakan peningkatan sehingga 70 peratus bayaran balik daripada RM 3.5 bilion kini dengan jumlah keseluruhan pinjaman berjumlah RM 7.083 bilion.
Selain itu, kerajaan melalui bajet
pendidikan juga menyediakan baucer buku 1 Malaysia kepada mahasiswa dan pelajar
tingkatan 6 bagi mengurangkan bebanan
yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Nilai baucer juga telah ditambah dari RM
200 ke RM 250. Usaha ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan bebanan
hidup mahasiswa yang semakin bertambah. Penambahan nilai baucer adalah sesuatu
yang patut ini adalah kerana buku ilmiah dan rujukan harganya lebih mahal dan
dengan kenaikan nilai baucer ini dapatlah mahasiswa membeli lebih banyak buku
rujukan. Menurut Seorang mahasiswi Universiti Sains Malaysia(USM), Nur Amira Shahirah, menyifatkan “kos di IPT semakin meningkat
setiap tahun dan pemberian ini membolehkan pelajar nenampung kos pembelajaran
dan ujarnya lagi walaupun hanya RM250 impaknya adalah sangat besar”.
Bajet pendidikan juga
memperuntukkan bantuan persekolahan RM 100 kepada pelajar sekolah dari tahun 1
hingga tingkatan 5. Peruntukan ini amat bersuaian bagi mengurangkan kos
perbelanjaan pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar. Walaupun
jumlahnya kecil namun ia amat bermakna bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah
membeli keperluan asas sekolah anak – anak mereka. Dengan RM100 juga yuran
persekolah disifatkan sebagai percuma kerana pelajar boleh menjelaskan bayaran
yuran mengunakan wang bantuan berkenaan. “Terima kasih” itulah ungkapan yang
diberikan oleh Rasyid bin Salleh yang menyifatkan pemberian bantuan berkenaan
sebagai langkah prihatin kerajaan dalam mengurangkan beban hidup rakyat berpendapatan rendah.
Kerajaan juga
memperuntukkan tabung penyelenggaraan sekolah sebanyak RM 1 bilion.
Penyelenggaraan ini meliputi sekolah jenis Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina(SJK C), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJK C), Sekolah Agama,Sekolah
Mubaligh, Maktab Rendah Sains Mara(MRSM), dan Sekolah Beasrama Penuh(SBP).
Peruntukan ini dilihat penting kerana ini membolehkan guru menyampaikan
pendidikan dengan lebih berkesan. Bajet ini meliputi aspek penyelenggaraan,
pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Bagi memastikan infrastruktur
sekolah dapat disempurnakan terutama sekolah di kawasan luar bandar dan
pedalaman maka kerajaan telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM1
bilion lagi. Ini bermakna bagi tujuan meningkatkan keupayaan infrastruktur
sekolah sebanyak RM2 bilion telah disediakan. Di samping itu Tabung Khas pula
diwujudkan iaitu peruntukan sebanyak RM400 juta daripada RM2 bilion itu akan
disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan dan RM100 juta lagi diperuntukkan kepada
setiap aliran sekolah lain iaitu SRJK(C), SRJK(T), sekolah mubaligh, sekolah
agama bantuan kerajaan dan sekolah berasrama penuh.
Bajet 2013 memberi tumpuan
bagi menjayakan transformasi pendidikan. Aspek pertama ialah meningkatkan
kualiti pengajaran guru. Bagi tujuan tersebut kerajaan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk
membolehkan guru melaksanakan pengajaran melalui pendekatan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam pengajaran subjek-subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik. Bagi seorang guru, Aidil Khidir Abd Habib pula berpendapat “kursus peningkatan
profesionalisme guru atau teknik pengajaran perlu diperbanyakkan seiring
kemajuan teknologi terutamanya bidang sains”